Akulah Victorian!


(Sajak sempena 120 tahun ulangtahun penubuhan Victoria Institution, Kuala Lumpur)

Tembok yang berdiri utuh,
Ditengah Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur,
Masih lagi kukuh berdiri,
Walau dipanah hangatnya mentari,
Disirami hujan bertahun lamanya,
Menjadi saksi suka duka,
Perit jerih warga Victoria,
Yang datangnya daripada dari seluruh pelusuk tanah bertuah ini.

Keteguhan binaan menara jam-mu,
Sebagai manifestasi kehebatan dan kegagahan anak didikmu,
Yang telah kau lahirkan sejak 120 tahun lalu,
Tanpa rasa jemu dan lelah,
Tanpa rasa takut dan kecut,
Merentas zaman kolonial, perang hinggalah kemajuan pertiwi kini,
Kau terus unggul menjadi institusi ilmu yang elit.

Sebutlah apa sahaja,
Dari seorang Sultan yang berkuasa di sebuah negara,
Menteri kabinet dan ahli politik yang berpengaruh,
Gabenor dan Polis negara yang dihormati,
Jurutera Arkitek, Ahli Sains, Teknokrat, Ahli Akademik yang terbilang,
Personaliti TV, Ahli Sukan, Usahawan, Peneraju Utama Industri,
Hatta banyak lagi peranan penting serata dunia,
Ada sahaja para Victorian yang mengisinya,
Yang terus berbangga dengan identitimu,
Jati diri sebagai seorang lepasan dan juga warga Victoria..

Usiamu yang lebih berabad,
Tidak bermakna kau usang dan tua,
Terus kau mencurah bakti dengan penuh dedikasi,
Tak kira latar belakang anak watan yang berbeza-beza,
Pendidik datang dan pergi,
Pelajar bersilih ganti,
Namun kau tiada galang ganti,
Terus terpahat di hati,
Tetap unggul berbakti,
Dari generasi ke generasi..

Inilah Victoriaku,
Tempat jatuh bangun yang terus ku kenang,
Ku layangkan ingatan padamu,
Pada rakan-rakan berbilang bangsa dan agama,
Yang mesra, baik hati dan sejiwa,
Para pendidik yang tidak pernah jemu memberi inspirasi untuk maju,
Bangunan sekolah warisan kolonial yang unik,
Tradisi sekolah yang penuh dengan kebangaan,
Warisan zaman-berzaman,
Dari lepasan Victoria hinggalah kini,
Semuanya terus segar dalam hati,
Walau hanya seketika disini,
Namun,
Victoria tetap ku abadikan dalam memori...

Gahnya Victoriaku,
Bukan sekadar terletak pada keunikan bangunanmu,
Bukan sekadar cantiknya tembok dan bumbung,
Ianya Tradisi kecemerlangan,
Warisan lama dan baharu yang bergandingan dan berpadu,
Menjunjung Victoria yang dicintai.

Ku panjatkan doaku pada Yang Maha Esa,
Agar Victoriaku terus setia menabur bakti,
Mendidik bunga-bunga bangsa agar terus berjaya

Majulah Victoria,
Aku bangga menjadi wargamu,
Perasaan yang sama dikongsi seluruh lepasanmu,
Kerana... Akulah Victorian!

IdhamM | 14 Ogos 2013
Kuala Lumpur.


2 comments

Selamat ulangtahun penubuhan VI ke-120

Prod to be Victorian!

terbaik bro...please share it at FB Vi group


EmoticonEmoticon