• Mahligai Ilmu



    (Nukilan rasa hati terhutang budi sempena ulangtahun ke-10 Kolej Kediaman Perwira UTHM)

    Di sebalik pekan membangun Parit Raja, Johor,

    Tersergam indah mahligai ilmu yang senantiasa bercahaya
    Gah sedekad berpayung bersama,
    UTHM yang disayangi

    Di sinilah 
    semarak budaya ilmu,
    terbentuknya kekuatan jasmani
    ketabahan emosi,
    serta ketinggian rohani diri

    Di mahligai ilmu ini,
    bukan sembarang insan berada di dalamnya,
    kerna hanya yang terpilih dan memilih sahaja berada di sini
    mereka inilah cerdik pandai harapan Nusa
    digilap bakatnya agar bersinar,
    diasah mindanya menjadi tajam amatan dan amalannya
    dididik pekertinya agar halus perwatakkannya
    Mereka inilah
    bakal nahkoda bahtera merdeka
    Mahligai ilmu ini,
    pendetanya bukan sembarangan juga,
    telah banyak puncak yang mereka daki,
    telah banyak jalan yang dilalui,
    telah banyak juga guru pertapaan ditemui,
    dan kini mereka terus setia berbakti di sini,
    berkorban jiwa dan raga,
    mendidik bunga-bunga bangsa tanpa rasa jemu, letih
    agar menjadi permata yang berharga untuk negara

    Inilah mahligai ilmu kita,
    yang sentiasa mengangkasa tradisi keilmuan warisan zaman berzaman
    teruslah kau berdiri kukuh di sini,
    segagah nama “Perwira” yang diberi

    Berjasalah terus pada tanah pusaka ini,
    menggilap siswa siswi harapan Pertiwi,
    agar cemerlang duniawi dan ukhrawi.

    Gemilanglah Mahligai Ilmu… Perwira sebuah taman ilmu

    ...dan kini, aku melangkah pergi,
    dari mahligai ilmu yang aku sayangi...
    meninggalkan sebuah memori,
    yang pasti terbuku di hati ini...

    terima kasih pendeta ilmu,
    terima kasih sahabat bersalaman dan bercakaran,
    terima kasih saudagar makanan,
    atas belas ikhsan dan budi baik sepanjang aku di sini...

    kini, aku memilih jalan lain untuk aku harungi,
    belajar menjadi insan yang lebih matang untuk dunia yang luas ini,
    sudah semestinya mahligai ilmu ini akan ku rindui,
    akan tetapi langkah kakiku akan terus laju bertapak,
    melangkah menuju destinasi yang baharu,
    yang lebih gemilang dan besar ertinya,
    dalam mendidik diriku ini....

    terima kasih...


    IdhamM | ParitRaja,MY
    dibacakan sempena Perwira Lecture Series yang pertama.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan