Mana Allah? Tak nampak pun Allah?!


Kita sembah Allah SWT tiap-tiap hari, tetapi kita tak nampak Allah? Apakah itu kerja yang sia-sia?


Ehem, jangan salah dfaham dengan tajuk dan intro saya di atas. Apa yang saya cuba lakukan adalah membuka sedikit idea mengenai setinggi mana kerpercayaan dan kesetiaan kita pada Allah. Benar, kita memang tak nampak Allah, tetapi kekuasaan Allah wujud disekeliling kita. Seharusnya kita menghayati dan ambil iktibar daripada bukti-bukti yang Allah tunjuk berpandukan kitab suci Al-Quran Karim dan hadis Nabi SAW. 

Beginilah, kita belajar organ-organ dalaman manusia. Kita ada otak, jantung dan macam-macam lagi organ yg lain yang kita tak nampak (Kalau nak nampak kena bedah badan kita, tapi sanggupkah kita?). Kita dikurniakan akal (kebolehan untuk menilai dan berfikir). Itu pun dah boleh dijadikan salah satu bukti kebesaran dan keesaan Allah SWT. Kita tak pernah pun nampak bagaimana akal berfungsi di depan mata, sedar-sedar ianya membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik.

Kita masih boleh membaca status di facebook, tagging-tangging, liking-liking, semuanya ini mungkin dengan adanya tenaga elektrik. Apakah tenaga elektrik itu kita nampak dengan mata kita? Tidak. Potong wayar pun belum tentu nampak, silap-silap kita sendiri terkena renjatan elektrik.

Begitu jugalah kepercayaan kepada Allah sepatutnya tidak boleh dipertikaikan. Bukan semua perkara yang boleh dibuktikan secara saintifik dan nampak seperti saintis barat lakukan. Inilah bukti kekuasaan Allah dan kita sebagai hambaNya harus taat dalam perkara yang ditetapkan Allah SWT.

p/s : Mencari hidayah itu bukan sampingan sebagai muslim, tetapi WAJIB. Selamat beramal dan semoga kita terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah SWT.


EmoticonEmoticon