• Lemah Ekonomi Umat Islam bermaksud menuju Kekufuran


    Saya berfikir secara sejenak mengenai isu yang dibangkitkan khatib semasa khutbah jumaat di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah. Taman Seri Rampai yang ada menyentuh sedikit tentang ekonomi dalam tajuk khutbah, "Memelihara Fitrah Tercinta".

    Ekonomi adalah satu satu kunci kekuatan umat Islam. Kita harus sedar bahawa melalui ekonomi yang mantap, kita mampu merencana pembangunan umat yang mampan, muslim yang kaya membantu muslim yang miskin dan seterusnya membantu meningkatkan dakwah islamiah dengan penyaluran dana untuk para mujahid dan juga pergerakan dakwah Islam yang lain.



    Ramai umat Islam kini keliru dengan sifat 'zuhud' yang dimaksudkan dalam Islam. Bagi mereka, zuhud bermakna mereka patut lupakan urusan dunia semata-mata dan berusaha untuk mendapat akhirat tanpa menghiraukan apa yang berlaku pada masyarakat sekeliling mereka. Bagi mereka, asalkan ada makanan dan boleh beribadah, itu sudah memadai.

    Zuhud dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan dunia. Tetapi zuhud dalam Islam tidaklah bermaksud meninggalkan dunia secara total. Allah menjadikan dunia yang kita hidup ini untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat sesama manusia. Kenyataan ini disokongan denga Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Dunia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.” (Riwayat Al ‘Uqaili)

    Umat Islam harus bertekad untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Zaman Nabi SAW pun telah dibuktikan bagaimana para sahabat berusaha memajukan ekonomi umat Islam dan keuntungannya disalurkan kepada kegiatan dakwah Islam. Kalau tidak takkan timbul nama usahawan-usahawan Islam seperti Saad Abi Waqas. Abdul Rahman b. Auf dan lain-lain lagi. Dakwah Islam takkan berjalan dengan lancar dan berjaya pada zaman Rasulullah dan para sahabat seandainya tiada umat Islam yang maju dalam ekonomi dan bersedia mewakafkan hartanya demi kepentingan umat.

    Umat Islam haruslah sedar bahawasanya umat Islam yang fakir dan miskin sekiranya tanpa pembelaan akan mengakibatkan kekufuran. Malah, hal ini telah pun diberi amaran keras oleh Rasulullah SAW dahulu. Maka tanggungjawab siapa untuk ini? Kita sebagai umat Islamlah yang WAJIB untuk mempertingkatkan ekonomi Islam supaya syiar Islam di bumi Allah dapat terus dilaksanakan.

    Sebagai mahasiswa, kita boleh membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam dengan :-


    1. Belajar bersungguh-sungguh dengan menjadi individu penting dalam kelompok masyarakat supaya dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan sebaiknya dan menjadi pembayar zakat serta pewakaf harta seperti para sahabat
    2. Membantu meningkatkan tahap akademik masyarakat setempat dengan mengadakan tutor ataupun mengajar secara sukarela tanpa mengharap apa-apa imbuhan untuk memastikan ramai adik-adik kita maju dalam pelajaran.
    3. Menjadi mata dan telinga pemerintah, menjadi pencadang tentang apa yang dapat dilakukan kerajaan secara bijak dalam mempertingkatkan ekonomi umat Islam.

    Kita harus lihat mengapa Yahudi kuat masa kini walaupun bilangan mereka sedikit? Yahudi kuat kerana mereka kaya. Kaya ilmu dan kaya harta. Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa umat Islam perlu kaya ilmu dan kaya harta, dan yang paling wajib sekali kaya iman dan amal supaya dapat terus mempertahankan Islam di bumi Allah SWT ini.

    p/s : Maksud zuhud yang paling tepat adalah mengengam dunia. Tangan pada dunia tetapi hati dekat pada akhirat. :)

    Rujukan :-
    1. http://www.usahataqwa.com/rohaniah/zuhud-dan-cinta-dunia
    2. http://www.mohdzulkifli.com/2011/05/idola-usahawan-muslim.html
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan