• Syarifah v Bawani : Siapa salah?

    Assalamualaikum dan Slmt Pagi, semua.

    Semoga senantiasa ceria dan sihat selalu dibawah lembayung rahmat Tuhan :)


    Hari ini, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang apa yang terjadi di UUM baru-baru ini, mengenai kejadian yang berlaku dalam Forum Suara Mahasiswa, since ada yang bertanya pada sy sebagai mantan pimpinan mahasiswa. 



    Bagi saya, dua-dua dalam video tu salah. Pada pendapat saya la..

    1. Moderator forum - Berlaku agak biadap sebenarnya bila mahasiswa tengah bercakap, terus shj menarik microfon hanya kerana untuk minta mahasiswa berhenti bercakap, dan kemudian, walaupun kata tidak mengaibkan mahasiswa terbabit, tetapi beliau meleter panjang hanya kerana pendapat mahasiswa terbabit tidak sehaluan dengan moderator dari aspek politik.


    2. Mahasiswa - Keberanian beliau bertanyakan soalan itu harus dipuji, sbb x ramai pun yang berani tampil untuk bertanya, tapi, dari mana dapat fakta negara yang beri pendidikan percuma, rasional dan juga bukti yang menyokong kepada soalan yang diberi? Ke hanya main baca je dalam blog yang belum tentu benar 100%? Ramai mahasiswa bijak dalam membuat perbandingan, tetapi tak ramai yang bijak mencari fakta yang tepat dan ramai juga yang hanya terikut-ikutkan orang.


    Apa2 pun, ini adalah mesej awal mahasiswa buat semua pihak bahawa pandangan mahasiswa JANGAN SESEKALI DIPANDANG SEPI, sebab akibatnya sangat kritikal spt apa yang berlaku dalam kes BAWANI v SYARIFAH.



    p/s : Matluthfi90 : Ikan apa yang ada banyak masalah?? ikan BAWAL NI :p LOL..

    #respectOTHERS!
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan