~~Selamat Hari Raya Aidilfitri~~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Syawal buat semua pembaca Cak-Lempong! Alhamdulillah, setelah kita berpuasa selama sebulan, akhirnya kita diberikan hadiah oleh Allah SWT untuk bersyukur di Bulan Syawal. Rasanya, masih belum terlambat lagikan untuk saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin kepada semua pembaca blog saya yang saya kasihi.



Bagaimana dengan raya anda tahun ini? Adakah anda memenuhkan masa dengan melawat sanak saudara atau hanya menghabiskan masa hanya menonton rancangan televisyen yang menarik sepanjang Aidilfitri ini? Harap-harap sambutan kali ini dipenuhi dengan aktiviti yang mengeratkan tali persaudaraan yang terjalin sekian lama dan juga berkenalan sesama insan tak kira jauh mahupun dekat. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan.

Bagi yang merantau ke desa ataupun apa-apa tujuan, berhati-hatilah di jalan raya. Seharusnya Aidilfitri ini dirai dengan penuh kesyukuran, bukan kesugulan akibat pemergian orang yang tersayang. Ikutlah arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan kita selamat ke destinasi yang dituju.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran perilaku saya dan juga tersilap bicara. Saya doakan agar semua pembaca saya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT senantiasa.

Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

-Idham Mahdi-

1 comments:


EmoticonEmoticon