• Tahniah Mia dan Suami, yang lain bila lagi?

    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera.



    Apa khabar semua? Harapnya semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah, cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan duduk rumah, menonton televisyen dan juga menghadiri majlis orang kahwin.

    Setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada Nor Amirah Shaari (Mia) dan suami yang telahpun selamat mendirikan rumah tangga pada 30 Jun 2012 (sabtu) di Taman Sri Pristana, Sungai Buluh, Selangor. Semoga murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah sentiasa. Mia ni masa kat TIKL merupakan anak buah saya dalam Lembaga Pengawas Perpustakaan di SM Teknik Kuala Lumpur batch 2008.


    Perjalanan daripada Puchong, KL mengambil masa kira-kira sejam melalui Shah Alam >> Klang >> Sungai Buluh. Terima kasih kepada Cik Nadia Nazari yang bagi tumpang kereta Myvi Baru warna kuning... Hehe, plat WWV **** tu.. :)

    Ramai jugak lah ex-student TIKL yang hadir pada majlis itu, kiranya boleh buat mini reunion kat situ. Tambah memarketkan kitorang adalah si pengantin mengalu-alukan kehadiran kami dari TIKL dalam ucapannya.. Terima kasih la cik puan muda..



    Apa-apa pun, kami mendokan agar kedua pasangan mempelai sentiasa bahagia hingga ke akhirnya.

    p/s : ehem-ehem, yang lain tu bila lagi, terutama yang menaip entry ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru juga buat kawan TIKL kita yang akan melangsungkan perkahwinan hari ini, 1 Julai 2012, Cik Jijah mekanikal TIKL yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Maaf tak dapat hadir berikutan ada perkara yang tak dapat dielakkan...=)

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan