• PTPTN : Kesal dgn tindakan rakan-rakan di luar sana ibarat kacang lupakan kulit


    Kesal dengan tindakan pemimpin mahasiswa yang bagai tak sedar dek untung menyertai DEMO ANTI PTPTN hari ini. Saya merupakan peminjam PTPTN dan rasa sangat bersyukur dengan adanya PTPTN kini saya mampu mendapat segulung diploma tanpa membebankan ibu bapa saya. Alhamdulillah.

    Lumrahlah, setiapa sesuatu itu mesti ada harga untuk dibayar, dan begitu juga pendidikan. Susahlah jika kita hanya berharap kerajaan memberikan 100% pendidikan percuma kepada kita. Mana kerajaan nak dapat duit untuk menanggung semua? Negara kita bukan sekangkang kera dan penduduknya bukanlah hanya beratus org, tetapi berjuta.

    Apa yang saya nampak, PTPTN itu bukanlah isu, tetapi hanya untuk batu loncatan meraih publisti sahaja... Kita lihat kerajaan dah banyak bertolak ansur. Dahulu isu PPSMI dan yang terbaharu, Akta ISA yang dimansuhkan. Pada hemat saya, mgkin tindakan untuk menganjurkan DEMO ANTI PTPTN ini berharap agar outputnya sama seperti isu-isu tersebut.


    Perkiraan saya pula, sekiranya mereka-mereka yang turun berdemonstrasi tadi adalah muka-muka yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama di institusi masing-masing, adakah mereka sanggup bersusah payah untuk turun di jalanan untuk mansuhkan PTPTN yang membantu mereka selama ini? Aiseh, terkantoi disitu.

    Kedua, tak kisahlah mereka nak bawa ideologi apa untuk berhimpun, tetapi adakah rasional untuk mengkalungkan gambar DS Najib dan DS Khaled (Menteri KPT) kalungan bunga seolah-olah mereka menganut agama Hindu? Bukankah berdosa besar mengkafirkan orang lain? Yang peliknya pakai kepiah dan serban, tongggang tonggek kat masjid 5 kali sehari semalam, ni mesti ada yang tak kena ni. Kerana janji Allah dan Rasul, ibadat yang sempurna akan menjaga orang yang melaksanakannya.

    Ketiga, PTPTN itu PILIHAN, bukan paksaan. Tu la, masa sign borang agreement PTPTN tak nak baca, seronok sangat nak pegang duit, boleh beli blackberry dan I-Phone, tapi satu butir syarat-syarat pun x nak baca. Kalau dah tahu mahu meminjam dan bayar, rasa terbeban, bayarlah sendiri tanpa bantuan kerajaan untuk yuran pengajian. Tak pun, mintalah biasiswa, itupun kalau benar-benar layak la kan.

    Apa-apapun, sekali lagi, minoriti yang seperti lebih senduk daripada kuah. Mengaku mahasiswa tetapi bertindak seperti tak belajar. Mudah-mudahan, Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan