• Surat Terbuka kepada Menteri KPT mengenai Pemberian Voucher Buku dan Cadangan Penyelesaian.

    Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan RM200 kepada kami, mahasiswa/i untuk membeli keperluan peralatan dan pembelajaran kami. Cuma, saya tidak berapa setuju dengan kaedah sumbangan itu disampaikan, iaitu dengan memberi voucher di mana hanya kedai-kedai buku yang terpilih sahaja menyertai program ini.

    Hal ini demikian kerana :-

    1. Melalui pengalaman saya, buku teks / ilmiah saya dan mungkin pelajar lain dibeli melalui pensyarah kami
    2. Waktu voucher ini keluar pada bulan satu, bagi kami siswa/i diploma kebanyakannya sudah membeli buku, dan ketika itu sudah minggu 7/8 kuliah
    3. Tarikh penebusan yang sangat singkat iaitu pada 1 Januari 2012 - 31 Mac 2012.
    4. sudah semestinya, pelajar praktikal ketika ini sangat rugi kerana mereka tidak tahu nak buat apa dengan RM200 tersebut

    Saya faham, mungkin cara ini dibuat bagi mengelakkan siswa kita menyalah gunakan peruntukan yang diberi, cuma jelas, pada pandangan peribadi saya, pemberian voucher ini seolah-olah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja kerana pada waktu ini, kuasa membeli terutama di pihak pelajar diploma /atau juga degree untuk membeli buku rujukan ilmiah sudah kurang kerana pertengahan semester.

    Mungkin cara lain boleh dipraktikkan untuk penyampaian sumbangan RM200 ini. Berikut merupakan cadangan saya:-

    1. Berikan siswa dalam bentuk wang tunai. Cuma, kaedahnya, mohon untuk kemukakan reset / bukti pembelian yang sah selepas pembelian pada tempoh tertentu. Sekiranya gagal berbuat demikian, siswa tersebut mengkin disenarai pendek berhutang dengan universiti
    2. Mungkin pihak universiti boleh mengambil inisiatif melalui penerbit / kedai buku universiti untuk buat karnival membeli buku dalaman di mana harga lebih murah dan juga voucher ini dapat digunakan secara sepenuhnya.

    Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan yang diberikan dan amat-amat bersyukur dengan pemberian ini, cuma ingin saya tegaskan disini, kaedah dan masa sahaja yang tidak kena dengan penyampaian sumbangan ini dan mohon jasa baik pihak KPT dan kerajaan untuk mengkaji semula kaedah penyampaian ini. Terima kasih.

    CC
    YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri
    YB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN, Menteri KPT
    Y. Berusaha Encik Arif Adenan
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan