Bajet 2012 - Kesal dengan komen pemimpin mahasiswa pro-pembangkang

Assalamualaikum wrbh dan Salam Sejahtera

Hari ini saya sempat membaca beberapa portal berita sama ada perdana mahupun pembangkang. Apa yang saya lihat adalah, perbezaan reaksi yang diutarakan berikutan daripada hasil perbentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Bangunan Sementara Parlimen Jumaat lalu.

Bagi saya, biasalah, di pihak sini dan di pihak sinun pasti ada perbezaan pendapat kerana ideologi yang berbeza. Di satu pihak, pujian diberikan kadang kala dilihat terlalu melangit. Di pihak sinun pulak, pelbagai kritikan dan tohmahan diberikan kepada belanjawan kali ini. Biasalah, lumrah dunia. Begitulah yang akan terjadi jika masing-masing berkeras kepala untuk mempertahankan ideologi mereka tanpa memikirkan rasional dan juga kebaikan yang cuba disampaikan.

Untuk post kali ini, saya tertarik untuk mengulas mengenai artikel yang ditulis oleh seorang pemimpin mahasiswa di universiti paling tua di malaysia, saya kongsikan artikelnya dgn [klik] sini.

Bagi saya, kerajaan dah cuba yang terbaik untuk diberikan kepada rakyatnya. Mana tidaknya, kerajaan pun bukannya tidak bijak, silap langkah, rakyat mungkin akan berpaling tadah seperti mana yang lakukan pada tahun 2008 di mana berlakunya tsunami politik dan menyebabkan lima negeri jatuh ketangan pembangkang.

Saya amat kesal dengan artikel sahabat saya ingin yang secara total menyalahkan kerajaan seolah-olah kerajaan kita inilah yang paling zalim, paling kejam dalam dunia ini. Saudara, sedar dirilah lah sikit, kalau tidak kerana kerajaan yang 'zalim' dan 'kejam' inilah, saudara dan anak-anak Melayu lain tak dapat masuk IPTA dengan senang. Bangsa lain jelas mendahului bangsa kita. Walaupun tidak dipayung oleh kerajaan tetapi mampu pergi lebih jauh. Itupun masih tidak bersyukur lagi??

Ya, bagi saya kerajaan memang patut berfikir tidak patut 'dimanjakan' sangat kami ini sebagai mahasiswa, sebab saya lihat siswa kita terlalu leka. Ada duit PTPTN, biasiswa dibelanja bukan ke arah untuk pembangunan pembelajaran dan kendiri, sebaliknya berjoli sana sini, memuaskan nafsu memiliki gadget terkini dan yang lebih teruk berbelanja ke arah lembah maksiat.

Susahlah bila siswa kita dah terdidik semua perkara mahu percuma, sedangkan masuk tandas pun nak buang air pun kena bayar, apatah lagi perkhidmatan lain. Takkan itupun nak berkira, bukan pergi mana duit tu pun, untuk kos pembaikan, gaji dan lain lain lagi kos untuk keselesaan bersama. Maka, timbul satu lagi ideologi, kerajaan bertanggungjawab memberi sebab ia duit rakyat. Habis, mahukah kita menjadi rakyat yang suka sangat memeras duit yang sepatutnya dibelanjakan ke tempat lain yang lebih baik?

Saya kadang-kadang tidak faham dengan sikap siswa tempatan yang terlalu 'manja', tidak macam mahasiswa luar negeri yang berdikari mencari wang keperluan sambil memenuhi tuntutan akademik di institusi pembelajaran luar negeri. Mungkin bila mana negara dah bangkrupsi akibat 'kegelojohan' segelintir rakyat kita, baru tahu nak menghargai nilai wang ringgit yang dibelanjakan.

Kerajaan bagi voucer untuk beli buku RM200, kata voucer tu untuk kroni-kroni kerajaan pula..Kalau begitu, baik kerajaan bagi terus je wang RM200 tu pada kroninya, tak yah la nak sibuk dan terhegeh-hegeh nak bagi kita duit, ambil buku kroninya dan bayar nilai tu kat kroninya. Buang masa kerajaan, merugikan kroni dan juga menyusahkan siswa kita sahaja.

Secara jujurnya, saya kesal dengan sikap pemimpin mahasiswa ini yang hanya tahu komen, komen dan komen kerajaan. Bak kata orang Kedah, kalau dah gatai teloq sangat nak komen, hang pi la ganti Najib jadi PM tu. Hang ubah la ikut cita rasa hang. Jangan asyik main teloq jer dengan komen dalam portal pembangkang yang dah tentu-tentu sebelah pihak.

Saya memetik kata-kata Blogger Nasihat Ibn Qayyum,

Barang siapa yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepadanya maka dia akan disiksa dengan nikmat itu sendiri.

wallahuaklam bis sawab.

Lu fikir la sendiri, kawan-kawanku!..




EmoticonEmoticon