• TEMMASYA'11 - Gagal atau Berjaya?

    Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya 2011 (TEMMASYA'11) telah berlangsung dengan jaya seminggu lalu. Pelbagai gambaran suka duka, tawa riang dan tidak kurang juga reaksi spontan dapat dirakam sepanjang 3 hari 2 malam berlangsungnya program ini.

    Sekali lagi, untuk acara yang memang menjadi perhatian seluruh warga kampus UTM IC, Kuala Lumpur, memang tidak akan terlepas dengan perbandingan dengan edisi-edisi hari terbuka kediaman saya yang terdahulu. Kehebatan TEMMASYA'10, JUMBARA'07, PERSADA'08 bermain-main di minda dan meniti di mulut siswa KSJ terutama bekas senior yang bertandang kembali semasa hari program dan juga senior tahun tiga KSJ.

    Malah, kalangan krew sendiri pun siap menyatakan dengan terang dalam laman sosial facebook mengenai kurangnya kemeriahan Pesta Hari Terbuka KSJ tahun ini. Bagi saya, saya amat berterima kasih kepada mana-mana pihak yang tampil memberikan komen mengenai Pesta Hari Terbuka kali ini dan saya serta Majlis Tertinggi menerima dengan hati terbuka segala komen yang dilontarkan, cuma pinta saya, biarlah bertempat dan kena pada masa, kerana bukan saya sahaja yang baca, anak-anak buah saya yang lain pun terasa. Nak sakitkan hati orang, biarlah saya sahaja yang merasanya, janganlah dilibatkan tenaga penggerak yang lain, mereka tidak bersalah.

    Bagi saya, kejayaan hari terbuka KSJ bukanlah terletak kepada kemeriahannya, tetapi terletak kepada kekuatan pengisian program. Malah, dalam jangkaan awal saya, jika dikaji pemilihan tarikh program itu sendiri pun tidak berapa tepat. 16 hingga 18 September 2011 yang jatuhnya pada bulan Syawal dan betul-betul musim sambutan Hari Malaysia dengan cuti hari Jumaat sudah terang-terang ramai penduduk sekitar akan mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing. Kalau tidak balik pun, sudah semestinya orang akan berpusu-pusu ke rumah terbuka sahabat handai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Itu sudah pasti. Harap AJK Pengelola untuk penganjuran akan datang ambil perhatian mengenai pemilihan tarikh untuk program mega yang melibatkan masyarakat seperti ini.

    Yang kedua, cuaca di Kuala Lumpur seminggu sebelum Pesta Hari Terbuka agak berjerebu, hujan dan tidak kurang juga berangin kuat. Akibatnya, ramai kalangan masyarakat malas untuk rumah untuk menyertai aktiviti luar.

    Kurangnya promosi kepada masyarakat setempat juga menjadi punca mengapa Pesta Hari Terbuka KSJ tahun ini kurang menyengat. Ya, memang sekarang ini saya mengambil alih peranan Pengarah Program TEMMASYA'11, itupun setelah Tuan Pemangku Pengetua meminta saya untuk mengambil alih peranan Pengarah Program terdahulu yang dapat tawaran lebih baik di tempat lain. Dengan hanya masa yang tinggal kurang 30 hari, dengan banyak masalah berbangkit yang perlu diselesaikan, saya kira memang agak mustahil untuk diselesaikan dengan sekelip mata. Bayangkan selama 8 bulan gerak kerja, tidak ada satu penajaan pun yang masuk kerana tidak follow up penaja. Masa sebulan yang diambil saya digunakan untuk meyusun strategi baharu bagi memastikan penajaan diperolehi dan juga aktiviti berjalan dengan baik. Alhamdulillah, dengan usaha selama tiga minggu, penajaan sebanyak RM 7000 masuk di saat-saat akhir sebelum program.

    Kejayaan Hari Terbuka Kediaman pada pendapat saya bukan terletak kepada bilangan orang, tetapi letaknya sejauh mana mantapnya program yang ada bawah Pesta Hari Terbuka itu sendiri. Kebanyakan Gerai dan Jualan puas hati dengan dapatan hasil sepanjang 3 hari 2 malam berniaga di KSJ, Sukan Moden mendapat penyertaan sebanyak 32 kumpulan futsal di mana satu team futsal sebanyak 5 orang per pasukan, TEMMASYA KIDS mendapat penyertaan hampir 100 orang kanak-kanak sekitar KSJ, Festival Nasyid sebanyak 3 pasukan daripada luar dengan 10 orang satu team, apakah kita masih nak salahkan bilangan pengunjung yang hadir sedangkan perkara itu adalah satu perkara yang bukan kita boleh kawal dengan kemampuan yang kita ada? Sedangkan aktiviti kediaman pun siswa KSJ sendiri pun susah nak turun, apatah lagi orang luar.

    Bagi saya, meriah atau tidak ini adalah suatu perkara yang subjektif yang diukur mengikut amatan setiap individu. Jadi, saya tidak begitu bimbang mengenainya tetapi tidak bermakna saya tidak mengambil kira pandangan yang diutarakan. Cuma bagi saya, adalah begitu tidak wajar menyatakan bahawa Pesta hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya 2011 (TEMMASYA'11) gagal kerana jika gagal, program ini telah terbengkalai atau tidak dapat digerakkan langsung dan takkan menjadi kenyataan pada 16-18 September 2011 yang lalu.

    Penganjuran Pesta Hari Terbuka bukan terletak kepada usaha krew pada 16-18 September, tetapi terletak pada usaha sebelum program berlangsung. Cuma mungkin kali ini, krew terutama krew kanan tidak begitu bersedia sehingga terjadi perkara-perkara sedemikian.

    Walau bagaimanapun, pujian harus juga diberikan kepada krew Temmasya'11, sekurang-kurangnya mereka masih bersama dan uniti sehingga tarikh akhir program. Setakat ini tidak ada program yang dibatalkan atau terbengkalai dalam Temmasya'11 melainkan mereka sendiri yang mahu begitu. Sekurang-kurangnya, mereka berjaya merealisasikan idea mereka daripada atas kertas kepada suasana sebenarnya. Itulah baru namanya krew yang sebenar, bukan hanya pandai merancang, tetapi tidak mampu menghabiskannya dengan baik. Kalau la ia pun mendapat peluang yang lebih baik, sekurang-kurangnya tinggalkanlah dengan baik keadaan kerja yang tinggalkan supaya orang yang melaksanakan kerja itu menggantikan kita berlapang dada untuk menghabiskannya dan menghormati kita sebagai orang yang mula-mula melakukan kerja itu.

    Apa-apa pun, pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan kuat. Bak kata Tun Dr. M, hanya yang cekal dan tabah sahaja dapat membina bangsanya yang berjaya dan saya kira, hampir semua Krew Kanan Temmasya'11 benar-benar tabah dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi program ini walaupun pelbagai dugaan silih berganti datang dan pergi. TEMMASYA'11 kali ini benar-benar memberikan pengajaran yang cukup bermakna buat KSJ dan JKM KSJ khususnya, membuka dimensi baharu dalam penganjuran Pesta Hari Terbuka yang lebih akademik dan juga menjurus kepada agenda "Memperkasakan Mahasiswa" seperti motto JKM KSJ.












  • You might also like

    6 ulasan:

    1. X payah ko nak salahkan orang lain la idham...dah la ko ubah sume perancangan last2 minute...pastu ko nak tuduh tarikh la...ape la...ingt kitrong x tau ke ape yng ko dah ubah selame nie...penajaan yang dpt tu pun hasil usaha pengarah temmasya yng tukar ke tempat lain...cume nampak hasilnya waktu ko pegang...x yah nak bangga2 sngt la...pastu ko tuduh pengarah lepas tinggalkan temmasya dengan x baek...ko nie ape la...x penah ucap time kasih langsung kat die...mmng ak x rpt dengn pengrah yang pindah tu...tpi ak tau macm mne die letakkan 'jiwa' die kat temmasya tu ...die mmng nak temmasya tu bjye...x baek kot ko buat spekulasi x baek...rsenye die dah buat yng terbaek...x de pun die tinggalkan krew terkuntang-kanting...sume baek2 belake...dan promosi selalunya dilakukan 1 bulan terakhir...jgn slhkan tarikh idham...salahkan diri sendri sbb x dpt laksanakan promosi dngn baek pada sebulan yang terakhir tu...dan stu lgi...rsenya pengarah lepas tu pindah akhir bulan tujuh...dan ko kte kurang 30 hri...agak tipu disitu...kuman seberang laut nampak...gajah depan mata x nampak...opss...terkena....

      BalasPadam
    2. Assalamualaikum wrbh.

      alhamdulillah, ada jugak yg respon. saya bersyukur sgt2 utk respons yang diberikan. Alhamdulillah. Saya cuba leraikan satu persatu.

      Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih la kepada pengarah program TEMMASYA'11 yg sblm sy kerana telah berjaya menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin walaupun terdapat beberapa kekurangan, tatapi biasalah, manusia bukan sifatkan semua serba perfect kan?

      Post saya ni bukanlah nak tunjuk siapa hebat ataupun siapa bagus, cuma fokus utamanya sekadar menerangkan faktor2 mengapa TEMMASYA'11 yang orang katakan 'gagal' itu kepada satu perkara yang kita patut lihat pada sudut yang positif. saya tuliskan terang-terang disitu, TEMMASYA'11 jika gagal, anda tak akan lihat adanya khemah-khemah mahupun org seorang pun hang on kat KSJ pada tarikh tersebut.

      Next, saya tak kata pun semua penajaan tu saya dapat, malah siap kata balik suruh anak buah follow up apa usaha yang mereka buat. Dan alhamdulillah, sedikit shaja yang dapat, kebanyakan kurang bernasib baik. Tak perlulah saya nak dedahkan statistik, cukup hanya sekadar pengetahuan MT dan pihak kediaman sahaja berapa banyak yang dapat.

      Kemudian, saya ingin menyentuh tentang serah tugas, saya rasa kalau hanya mendengar cerita sebelah pihak yg sinun sahaja, itu namanya berat sebelah. Saya malas nak ungkit cerita-cerita lama ini. Hanya Allah, saya, dia dan Pemangku Pengetua sahaja yang tahu.

      Kemudian, saya akui, memamg pengarah dahulu pergi melanjutkan pelajaran dalam bulan tujuh, tetapi serah tugas?? Saya dapat tugas itu pada 17 Ogos 2011 secara rasmi daripada Pemangku Pengetua dan saya masih ingat lagi bagaimana krew kanan bekorban untuk cari penajaan saat-saat akhir dengan mengorbankan cuti seminggu tatkala siswa lain seronok bercuti termasuk anda yang memberi komen kat atas ini.

      Ini bukan masalah gajah lalu depan mata tak nampak, ni masalah ada mata yang celik x nak bukak, ada telinga x nak dengar. Yang tahu, hanya nak hentam orang membabi buta dan kemudiannya merasakan diri anda tu di pihak yang benar. Jika ya, mari la duduk semeja dgn saya, pemangku pengetu (kini pengetua ) dan saudara Pengarah Program dahulu dengan saya, kita bincang apa yang jadi sbnrnya. Jangan hanya cakap-cakap belakang.

      Nota, lain kali, kalau telus, x payah guna tanpa nama, guna nama sendiri..

      Terima kasih.:)

      BalasPadam
    3. celaka tanpa nama.. aku ajk temmasya, aku tau beza idham ngan pengarah lama, dan aku rapat ngan pengarah lama.. aku tau pengarah lama bagus, tp strategi dia kurang berkesan bbanding idham, sbb tu perjalanan lembab. idham mmg dah tukar bnyk bnda, tp perubahan dia membawa kebaikan. idham tak de burukkan nama pengarah lama pun.. ko cakap baik2 skit.. jaga akhlak la bro.. tau condemn je..

      BalasPadam
    4. sorry to say , to the Tanpa Nama guy .
      Kamu kawan baik pengarah lame . maybe di hadapan mata kamu , he is very very great . yes i admit , dia ada kebolehan . dia ada karisma . tapi tak semua orang yang berkarisma mampu jadi pengarah yang baik . tak semua orang mampu jadi leader .
      sebab saya sendiri AJK dalam temmasya kali ni , saya dapat rasakan perbezaan, saya dapat rasakan kekurangan dan kelebihan . orang luar dapat melihat luaran . inilah orang pesan , don't judge a book by it's cover . tengok luar indah , masuk dalam tunggang-langgang . jangan mencela orang kalau takde usul periksa . pergi tanya semua MT , biro2 temmasya . apa yang dorang rase sepanjang gerak kerja temmasya. bro , puaskan hati sendiri senang bro . nak puaskan hati semua orang , hidup mati balik belum tentu mampu . kita bukan ALLAH SWT . kalau idham tak bagus , takkan pengetua kediaman serah tugas kt dia ? pikir dengan logik . btw bro , GREAT MINDS THINGS THE SAME , bro . remember that . kalau kau great ! kau akan pikir same dgn ape yang dia pikir . lalalaa . ;)

      BalasPadam
    5. Analoginya mudah:

      Mahathir telah merencana acuan Wawasan 2020 dengan baik. Jika ada sebarang kekurangan dalam wawasan ini, menjadi tanggunjawab pemimpin yang akan datang melakukan perubahan. Hasilnya hanya dapat diukur dalam kepimpinan yang akan datang kerana Mahathir bukan lagi PM Malaysia.

      Jika Wawasan 2020 gagal dipacu oleh Abdullah dan Najib dengan baik, adakah Mahathir juga yang akan dipersalahkan?

      Menuding jari mengatakan pengarah lama yang bersalah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggunjawab malah berbaur fitnah. Mungkin di dunia anda lepas, di akhirat belum tentu lagi.

      BalasPadam
    6. Semua nampak pengarah lama dah merencana dengan baik. Cuma pengarah baru yang merosakkan apa yang telah dirancang.

      Akhirnya, menyalahkan kepimpinan lama. Ia umpama menyalahkan Wawasan 2020 gagal kerana Tun, sedangkan Najib yang merosakkannya.

      BalasPadam