Banner Blog Baru - Retro! cAk-LemPonG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini, 22/7/2011, termaktub dalam sejarah sebuah blog yang masih muda ini dimana sekali lagi banner blog ini ditukar. Jika sebelum ini, design banner blog ini tribute kepada Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, seorang seniman agong negara, kali ini, blog cAk-LemPonG! berubah wajah lagi dengan reka bentuk yang lebih muda dan klasik.


Banner lama


Banner baru yang lebih energetic, font cAk-LemPong! yang dah berubah..:)



Bertemakan retro, di mana saya sendiri sukakan retro, warnanya banner yang bercampur-campur melambangkan hidup saya yang penuh dengan warna warni dan juga energetic. Slogan blog yang dahulunya "apabila pro dan kontra dilihat daripada satu perspektif " kini bertukar kepada "mencari konklusi di balik pro dan kontra" di mana hidup saya kini giat mencari fakta disebalik sesuatu perkara, tanpa memihak kepada mana-mana pengaruh yang boleh menyebabkan pandangan saya serong.

Background Kuala Lumpur menggambarkan saya berbangga menjadi warga jati Kuala Lumpur di mana lahir, membesar dan kini menuntut ilmu di Kuala Lumpur. Tema 10 tahun dalam kepimpinan menunjukkan evolusi saya sebagai seorang pemimpin daripada hanya seorang Penolong Ketua Darjah pada tahun 2002 di SRK Padang Tembak 2 sehinggalah kini sebagai seorang Presiden Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, KL dan akan terus berevolusi mengikut jalan yang telah diberkan kepada saya kelak.

Saya akan terus memperbaiki blog saya..Tunggu ya..:) hik..hik..hik...


EmoticonEmoticon