Pecah Punggung Akibat 2 Alim


Filem 2 Alam baru sahaja dilepaskan untuk tayangan umum. Wah, sememangnya tahap promosi untuk 2 Alam ini agak agresif. Mana taknya, tiap-tiap hari iklan keluar dalam sebuah slot di Surat Khabar KOSMO. Malah, sountracknya lagu 'Andai Ku Tahu' nyanyian Ramli Sarip berkumandang di corong radio dan kaca televisyen. Wah, memang hebat aura 2 Alam ini. Bukan kerana kualiti filem atau jalan ceritanya, tetapi poster yang terpampang wajak doktor kesayangan rakyat Malaysia, dR. Rozmey.

Saya sempat mengunjungi beberapa blog wartawan yang membuat review filem baru, malangnya komen mereka mengenai filem ini sangat mendukacitakan (klik sini). Malah, wartawan yang menyaksikan tayangan perdana filem ini rata-rata rasa seperti indah khabar dari rupa...Alahai, kasihan dR. Rozmie, sudah jatuh ditimpa piano nampaknya...

Sementara berkunjung ke blog rakan-rakan lain, saya terjumpa poster ini;

ha, tudia, kembar dR. Rozmie, memperkenalkan dR. RomZiE, penerbit filem 2 Alim. Khabarnya filem ini mensasarkan 2 kali ganda kutipan filem berbanding 2 Alam dR. Rozmie iaitu RM40 Juta beb..Hahaha, apa yang pasti, pasti pecah punggung buat pihak di sana.

Apa komen anda semua rakan-rakan blogger? Siapa yang akan menang pertandingan ini. Rozmie atau Romzie?? Kita tunggu dan lihat siapa yang pecah panggung dan siapa yang pecah punggung...:)

3 comments

Farihah : agak2 mana lagi hensem ya??

haha... nek fedup ak tgk muke die kat paper ari2... 2 alam lah, 2 alim lah, pasni ape lak? 2 ulam?


EmoticonEmoticon