• Isu KSJ : Hak Siswa atau Sekadar Retorik Sahaja?

    Sering kali kita diwara-warakan mengenai hak siswa, kebajikan siswa dan juga isu-isu berbangkit mengenai kampus dan juga universiti kita. Malah, isu ini makin lantang kedengaran apabila tibanya pilihanraya kampus dan juga isu-isu berkaitan politik negara. Tidak kira daripada pihak 'sana' ataupun pihak 'sinun', sama sahaja, cuma ideologinya mungkin berbeza, sama ada satu pihak lebih pro-kerajaan, pro-pembangkang, bebas atau tiada ideologi langsung (lebih mudah tiada hala tuju langsung).

    Pada asalnya, saya agak keberatan untuk menulis dalam blog mengenai hal-hal dalaman kolej dalam blog saya, tetapi melihatkan keadaan semasa, saya rasa ada baiknya saya berkongsi pandangan saya mengenai isu-isu berbangkit di kediaman saya, tempat saya menginap semasa menuntut ilmu di sini. Tujuan saya, bukanlah untuk popular, malah tidak popular mana pun saya, tetapi saya hanya ingin menyuara pandangan saya mengenai isu kolej yang bijak dimanipulasikan pihak tertentu. Saya tidak pasti untuk apa tujuan mereka bermain isu ini, tetapi saya yakin, ia pasti ada kena mengena dengan pilihan raya yang bakal berlangsung pada semester depan dan juga kepentingan tertentu yang berselindung. Wallahuaklam.


    "Benarkah Infrastruktur KSJ lengkap??"- Persoalan sama ada penafian kemudahan yang ada ataupun memang tidak lengkap lagi? Wallahuaklam.

    Pengalaman saya berkhidmat dalam JKM banyak mengajar saya agar berhati-hati dalam menyuarakan pandangan, malah teliti dahulu maklumat yang diterima, sama ada maklumat itu fakta atau auta semata-mata. Saya akui, kepimpinan di Universiti banyak geloranya kerana masing-masing ingin tegakkan ideologi yang dibawa, tetapi persoalannya, adakah mereka (pemimpin gerakan siswa) ini memikirkan sesebuah isu daripada pelbagai sudut? Maksud saya, bukan sahaja dari sudut mahasiswa itu sendiri, tetapi dari sudut kepentingan universiti, masyarakat dan juga negara. Saya rasa tidak ramai yang sedemikian rupa.

    Saya tidak nafikan, mahasiswa kini makin hebat, dapat menganjurkan program bermacam-macam, dapat menyuarakan pandangan secara bebas dalam blog-blog dan gerakan dalaman pimpinan mahasiswa (walaupun ada yang menyatakan terkongkong akibat AUKU) dan mendapat kelebihan-kelebihan tertentu daripada universiti dan pihak-pihak luar, tetapi adakah kelebihan itu menjadikan kita lupa diri dan tidak bersyukur dengan nikmat yang ada? Kita harus tanya kembali kepada diri kita, dari mana asalnya semua itu sekiranya tidak daripada Allah SWT dan juga orang yang berkuasa dalam pentadbiran semasa. Ingin saya tegaskan di sini, kita tiada apa-apa pun yang harus dibanggakan kerana semua ini milik Allah SWT dan kita sebagai hambanya hanya menjalankan amanah sahaja, tidak lebih daripada itu.

    Baiklah, ayuh kita bincangkan isu-isu berbangkit di kediaman saya (kita). Pertama, mengenai isu cuti semester yang akan datang. Ramai yang mempertikaikan mengenai bayaran penyimpanan barang dalam bilik kediaman sehingga RM26 walhal cuti sebulan sahaja. Akibat isu ini juga, ada yang memberontak sehingga menampal poster-poster pada tiang-tiang di kafe kediaman (saya yakin pihak ini lakukan lebih teruk lagi daripada itu) seolah-olah tiada saluran tertentu untuk menyalurkan pandangan dan juga bantahan.

    Ya, bagi saya tiada salahnya pun nak membantah atau menyuarakan pendapat, tetapi bagi saya, biarlah matlamat itu kena pada cara. Apa salahnya tulis surat rasmi dan hantarkan secara baik pada pihak-pihak tertentu yang diyakini mampu untuk membangkitkan dan menyelesaikan isu-isu ini. Saya yakin, pihak-pihak demikian arif mengenai saluran untuk menyuarakan pandangan siswa kepada pihak universiti, pada siapa untuk berjumpa dan lain-lain, tetapi mereka dilihat seperti sengaja ikut pintu belakang dan mengambil pendekatan untuk popular dengan mudah.

    Permainan ideologi ini cukup mudah ditafsirkan, seandainya kempen mereka ini berjaya, sudah semestinya siswa akan memberikan perhatian kepada mereka dan seterusnya memangkah serta melobi calon yang pihak mereka utarakan dalam pilihan raya kampus yang akan datang.

    Untuk makluman sahabatku semua (sekiranya ada yang membaca), bayaran penyimpanan barang dalam bilik sebanyak RM26 yang dikenakan pada kita semua itu adalah arahan daripada pihak atasan, atau lebih mudah pihak universiti sendiri, bukannya seperti tanggapan segelintir daripada kita iaitu daripada pihak KSJ atau lebih tepat sekali Tuan Pengetua dengan alasan "Nak masuk duit poket sendiri" atau "Untuk peras duit mahasiswa", malah saya yakin tuan Pengetua tidak tergamak pun nak berbuat begitu.

    Ada sesiapa yang boleh nyatakan alasan dengan kukuh, apa motif tuan Pengetua untuk melakukan perkara sedemikian rupa? Ada yang nampak ke tuan Pengetua menyelewengkan duit kediaman sehinggakan tuan Pengetua dilihat seolah-olah telah melakukan perkara yang berdosa besar dan harus bertaubat seperti kata Karpal Singh? Saya yakin, sekiranya tuan Pengetua diberi pilihan yang terbaik, beliau pun tidak mahu mengenakan sebarang bayaran untuk penghuni KSJ untuk menyimpan barang. Apa faedahnya beliau hendak kenakan bayaran pada siswa KSJ, buat dicemuh orang sahaja, tetapi apakan daya, semua itu arahan universiti, jadi buatlah bantahan secara baik di peringkat atasan universiti, janganlah dicemuh tuan Pengetua. Beliau juga manusia biasa yang diberi amanah untuk mentadbir KSJ, sebaiknya kita harus faham bahawa beliau menjalankan arahan universiti.

    Dalam pekeliling mahasiswa itu, dinyatakan satu alternatif untuk bagi yang merasakan bayaran RM26 itu beban bagi mereka untuk membayarnya, barang mereka boleh disimpan dalam stor dengan caj 3 kotak RM10. Bukankah baik alternatif itu? Carilah kotak sebesar loker dan pindahkan barang anda dalam stor. Bukankah itu lebih jimat? Atau sekiranya nak jimat lagi, bawalah barang-barang anda pulang ke kampung halaman, lagi jimat, tidak ada bayaran pun dikenakan.

    Sahabatku sekalian, dalam dunia ini, sukar untuk kita jumpa benda percuma. Malah, nak masuk tandas awam pun kena bayar RM0.30, walhal ibu bapa kita bayar cukai itu dan ini. Kita seharusnya berfikir bahawa wang itu mungkin digunakan untuk tujuan penyelenggaraan tandas atau perkara-perkara lain yang akhirnya untuk keselesaan pengguna juga, jika tidak untuk ketika itu, mungkin untuk pada masa akan datang. Amat dangkallah fikiran kita sekiranya kita terus melabelkan dengan mudah "untuk cari untung" dan juga "gila duit" bagi sebuah organisasi yang kenakan bayaran tanpa selidik untuk apa bayaran ini digunakan. Kita harus ingat, semua benda dalam dunia ini memerlukan kos, bukannya jatuh daripada langit semata-mata.

    Saya tertarik untuk mengulas satu persoalan pada poster yang ditampal di dinding kafe KSJ, benarkah infrastruktur KSJ ini lengkap? Saya ingin bertanya kepada yang menampal poster itu kembali, apa yang tidak cukup?? Adakah selama kita tinggal di KSJ ini, ada yang tak cukup makan? Ada ke bilik yang tak ada katil? Ada bilik yang tiada elektrik ke?? Sepanjang pengalaman saya ke kolej universiti lain (UM) dan juga di kolej kampus induk sendiri (Skudai), kemudahan di KSJ sudah cukup baik, malah alhamdulillah, boleh dikategorikan mewah sangat. Di KSJ, kita ada TV berastro setiap blok 3 astro selang satu aras (kad astro hilang akibat kecuaian pihak kita juga), kita ada pantry yang mempunyai peti ais, pembakar roti, dan water cooler, alat senaman yang khusus untuk kolej kita sahaja (di Skudai, alat senaman yang tepi padang itu diletakkan tepi tasik dan jauh dari kolej) dan washer machines yang boleh saya katakan murah, hanya RM2 sekali basuh (di luar harganya boleh mencecah RM5), apakah kita tidak mahu lagi bersyukur? Hendak sangatkah kita Tuhan tarik semua nikmat yang diberikan Allah kepada kita? (Mudah-mudahan dijauhkan). Berfikir dan bersyukurlah kita sebelum ianya benar-benar terjadi.


    Banyak sangatkah duit mahasiswa yang disimpan KSJ? Apakah kita ini tidak nampak kemudahan yang telah KSJ@Universiti berikan pada kita? Dari mana pula datangnya wang itu?

    Bagi sesiapa yang bertanyakan "ke mana perginya wang mahasiswa?", saya tidak pastilah anda nampak apa yang KSJ berikan pada anda semua, atau mungkin terlepas pandang atau yang lebih teruk, buat-buat tak nampak apa yang KSJ/universiti berikan pada kita. Mungkin ada merasakan duit yang diberikan pada KSJ/universiti itu banyak sehingga timbulnya persoalan begitu. Mari bertanya kembali kepada diri kita, dari mana datangnya duit untuk penyelenggaraan kemudahan KSJ?? dari langit kah? Dari mana datangnya duit untuk membeli kemudahan tambahan di KSJ seperti pantry?? dari gua kah? Harta karun? Sudah semestinya duit daripada kita. Kenapa duit kita, bukankah itu tanggungjawab universiti / KSJ?? Habis, siapa yang guna kemudahan itu kalau bukan kita? Berfikirlah secara kritikal dan kita akan nampak rasionalnya.

    Ingin saya tegaskan kembali, tujuan saya untuk membincangkan isu ini bukanlah untuk popularkan diri saya, malah tidak ada faedah pun, buat dibenci pihak-pihak tertentu, tetapi niat saya agar pihak yang berkenaan berfikir kembali kewajaran untuk melakukan perbuatan sedemikian. Fikirkan jika anda berada ditempat yang orang yang anda tujukan poster itu. Tidakkah anda rasa sakit hati??

    Matanglah dalam menyuarakan pandangan, kelak orang dapat menerima apa yang diperjuangkan. Tindakan seperti menampal poster tidak tentu hala ini umpama tindakan budak hingusan. Ikutlah prosidur untuk menyuarakan pandangan, hormati protokol organisasi, jangan main hentam kromo sahaja. Kita sering melaungkan hak-hak mahasiswa, tetapi hak organisasi tidak pula kita patuhi. Jadi, bagaimana organisasi nak hormat hak kita??

    Saya percaya, seandainya kita bersuara dengan cara baik, sudah semestinya pihak atasan akan tangani isu ini dengan cara baik, malah mungkin berpihak dengan kita. InsyaAllah.

    Saya bukanlah ingin menjadi pak turut universiti, malah saya pun menyokong perjuangan dan usaha untuk turunkan/hapuskan bayaran untuk penyimpanan barang di kediaman, tetapi biarlah matlamat itu menghalalkan cara. Seandainya bayaran RM26 juga dikenakan, anggaplah ia sebagai sedekah jariah kita kepada KSJ. Bukannya pihak lain pun, KSJ juga dengan harapan banyak lagi kemudahan dapat disediakan pada masa hadapan. Sekiranya tidak mampu simpan dalam bilik, simpanlah di stor, 3 kotak RM10 sahaja.

    Jika kita boleh belanja rakan kita makan dengan mewah, bergayut dengan buah hati setiap hari berjam-jam, atau menghisap rokok berkotak-kotak setiap hari, apa salahnya sekali sekala menderma untuk KSJ kan??

    Selamat beramal dan bermuhasabah.










  • You might also like

    25 ulasan:

    1. aq stuju........
      hahaha..pengalaman..aq cikgu ad citer....
      bil elektrik sesebuah asrama....tanpa kipas....sebulan ialah RM 30k...
      tu skola aq yg ad....3 blok asrama je la..klu KSJ aq rse smpai RM 90k kot....
      btw yg nk suarakn pndpt..suarakn elok2..jgn wat rusuhan....cni bkn tmpt tnjuk prasaan...

      BalasPadam
    2. Salam...
      saudara penulis...tertarik utk memberikan serba sdikit komen utk post kli nie...hehehe

      alhamdulillah, sbenarnya kita sngat2 bertuah kerana diberikan peluang utk berhujah mengenai perkara yang berlaku dlm kehidupan seharian kita...

      mengenai isu nie, saye cuma ingin menyatakan 3 point utama sahaja...('',)

      1. Kematangan minda
      -sering kali kita dihebohkan mengenai minda mahasiswa yg tidak matang dlm memprjuangkan sesuatu perkara seharian....jadi mngenai isu ini, saya berpendapat minda kita masih lagi di tahap yang sderhana...kita perlu akui yg memang benarlah jalan yg paling mudah utk menghangatkan isu ialah dgn kontroversi....


      2. Muafakat
      - perkara ini jelas sbenarnya aspek paling penting dlm memperjuangkan dan menyelesaikan ssuatu perkara...tanpa muafakat daripda MAJORITI sebenarnya seolah-olah mreka berjuang sorang2 nampaknya....('',)
      jadi dlm kes nie, saya berpendapat x mudah utk wujudkan muafakat lebih2 lagi apabila ada pihak ekstrem dan ada pihak yg terlalu ambil mudah melalui sesuatu keadaan....

      3. psikologi
      -umum tahu sekarang nie kita berperang dengan cara psikologi dan saya sedar saudara penulis pasti melakukan pelbagai rujukan mengenai psikologi...ingin saya berkongsi di sini, isu yang dipermainkan sekarang merupakan antara permainan psikologi mahasiswa dan bagi pihak pentadbir pula, ia merupakan ujian psikologi mreka...
      biasalah...apabila kita menjadi kanak2, pastinya kita suka permainan...dan menjadi ibu bapa, ia merupakan ujian yang perlu mereka tempuhi...
      bukanlah saya ingin menyatakan mahasiswa kita kanak2, cuma perumpamaan dlm konteks "perjuangan" mereka masih lagi perlu blajar...
      saya pasti isu ini akan jadi pengajaran besar buat si pemain dan si penahan ujian...

      3 point utama sebnarnya akan membentuk sma ada ia adalah hak mahasiswa atau retorik smate-mate...('',)
      trima kasih tuan penulis....

      BalasPadam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam
    4. Salam tuan ya empunya blog. Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.

      Saya juga berpendapat yang kebanyakan mahasiswa tak kira di mana pun tidak berfikir secara matang dan suka bersikap kepada mementingkan diri.

      Apa yang saya setuju ialah penyaluran ketidakpuasan hati pelajar tidak kepada saluran yang benar.

      Jadi adakah perkara isu kecil RM26 itu sudah dibawa berbincang secara matang dan penuh formaliti?

      Dan saya juga menyokong penuh bahawa hidup di KSJ sangatlah mewah berbanding dengan kolej universiti lain.

      BalasPadam
    5. bro, kalo setakat org yg komn sume org sendiri bek tok seh, hang duk dpn ksj 2 sng la cte. cuba selam sikit org yang duk jauh cam sy ni. rm26? banyak 2, sedekah amal jariah? kepala hotak ko, pikir la skit, baik aku bagi surau drpd bagi ksj. hang bgtaw sy, program apa jkm wat? kalau bukan open day aktiviti wajib setiap sem, haprak pun xde.. tgk kss aktiviti berlambak tapi student skit.. jkm ksj mana? duit aktiviti pelajar rm150 pergi ne? mana aku dapat? korang jkm lain la, duk bukan main murah. kerja xde, makan ngan artis... bukan main mewah.. duit mana hang dapt? student dapat ke rsa habuan, meleleh air liur nampak jkm makan mewah2.. apa korang wat? setahu sy mpm je yg fight utk student kat ksj... jkm mana.. jkm mana satu pun aku tarak taw.. ni yg bikin student panas, sdh lama terperap ati ni... aku sokong 100% student yang wat 2, kalo ikut ati mcm2 lagi aku dah tulis.. bukak la mata sikit.. nak jadi pemimpin konon, cermin muka 2 bro...

      BalasPadam
    6. nmpk sgt laaa si Tanpa nama kita ni dok bwh tmpurung. Yg ko tk join 2 wt apa...dh duit banyak... drpd mmbazir baik jkm je yg bedal. padan muka ko. lagi pon jkm dh sumbang tenaga n wang ringgit dia...tk leh ka nk di beri pnghrgaan sikit.? dok lagi bwh tmpurong...hahaha. lain kali ambik2 angin sikit kt luar tu haa supaya nmpk ap org wt. aktifkan diri anda 2.
      Jgn asyik salah org jaaa. tengok diri 2 betul2. Allah murka kpd manusia yg tk mensyukuri nikmat. Salah sorangnya ko laaa...

      BalasPadam
    7. lagi pon tk sapa pon yg halang ko utk join mana2 progrm. parah betoi si Tanpa Nama ni. Ko ja yg tk peka apa yg blaku d KSJ. slalunya progrm KSJ ni merata2 tmpt org letak posternya. Buta ke apa ko ni?
      tapi org gini biasa laaa...tetap kata dia nmpk semuanya. NAMPAK TAPI BUTA. hahahaha

      BalasPadam
    8. haha sinis.. cuba heret satu je student kat mana2 ceruk ksj.. tya dorank taw ke pasal program jkm wat.. kalo mereka jawab x.. maksudnya korang x pandai sebarkan info.. setakat tampal then biarkan bersepah. xde follow up,

      BalasPadam
    9. Tanpa Nama : Pertama sekali saya ucapkan terima kasihlah kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa pun ini. Saya akui, saya pun banyak kelemahannya sebab saya sedar saya ini manusia yang hina dina.

      Saya bukanlah nak comdamn atau nak burukkan orang sendiri, tidak! Tapi saya menegur apakah betul tindakan yang org2 di sana itu buat? Sudah berfikir panjang kah untuk itu??

      Ya, saya akui saya tinggal berhampiran KSJ, bagi orang yang tidak kenal saya, mmglah cakap senang dan boleh ulang alik ke rumah tiap-tiap hari. Tidak mengapalah, itu tanggapan orang, apa yang penting saya tahu apa yang saya lakukan, begitu juga rakan-rakan rapat saya.

      Saudara Tanpn Nama, agak-agaknya kan lah, sekiranya kolej saudara dekat dengan rumah saudara, nak ke saudara duduk kat kolej lagi?? Saya rasa tak ramai begitu, malah sekiranya disuruh terlibat dalam aktiviti kolej pun belum tentu lagi saudara mahu terlibat.

      Saya bukanlah nak angkat bakul sendiri di sini, nak bangga diri atau nak cakap saya sahaja yang betul, tapi saya menulis atas dasar saya yakin bahawa tindakan saudara-saudara saya yang menampal poster itu salah. Saya tidak salahkan matlamat perjuangan rakan-rakan kita itu, malah saya katakan teramatlah murni, nak tolong hapuskan dan kurangkan harga simpan barang di kolej, tapi cara itu salah. Menampal poster di dinding itu salah.

      Sebagai mahasiswa, adalah lebih baik sekiranya pemimpin mahasiswa duduk semeja dan berbincang perihal isu ini dahulu, wajar atau tidak dikenakan bayaran RM26 itu. Ajaklah JKM berbincang, kalau rasa JKM tidak berguna pun, bincanglah bersama pemimpin siswa di Skudai, adakah mereka kena bayaran yang sama??

      Sekiranya tidak, barulah kemukakan isu itu. Bagi saya, apa salahnya pergi berbincang cara baik dengan Tuan Pengetua rasional dan pastikan dulu hitam putih dalam bayaran itu, daripada siapa dan kenapa. Ini tidak, belum apa-apa hal lagi, dah tampal poster macam-macam.

      Sekiranya saya ini dayus, dah lama saya ambil pendekatan mendiamkan diri. Tetapi atas dasar etika yang diambil rakan-rakan saya itu salah mengenai poster, jadi saya tegurlah secara baik. Jika yang di sana itu hendak terima, alhamdulillah, jika tidak pun, saya tidak rugi apa-apa.

      Saya sedar tindakan saya, dan saya faham risikonya, tapi saya percaya Tuhan saya maha mengetahui dan saya berada di pihak yang betul, jadi saya tidak sesekali gentar atas pendapat saya di atas.

      BalasPadam
    10. Tanpa Nama : Mengenai aktiviti JKM, sebagai salah seorang pimpinan JKM KSJ, saya akui memang kami kurang anjurkan program, tetapi kami berusaha sedaya upaya bersama-sama Tuan Pengetua dan KSJ untuk memperbaiki kemudahan dan keselesaan penghuni di KSJ.

      untuk makluman saudara tanpa nama, sepanjang tahun 2010, JKM KSJ telah melaksanakan 'Open Day' di mana itu memamg acara wajib KSJ dan juga medium merapatkan hubungan antara KSJ-Masyarakat. Saya rasa saudara pun sedia maklum. Kemudian, KSJ adakan Sports Fiesta, Syarahan Perdana Camp-In Sahabat, Majlis bacaan yasin bersama dgn PMI, reading Station bersama PSZ dan pelbagai lagi program, itupun sama ada saudara sedar ataupun tidak sahaja.

      Bagi saya penyertaan pelajar KSJ dalam aktiviti JKM amat menggalakkan. Nak harapkan semua, memanglah sukar sebab masing-masing ada agenda sendiri, malah saudara pun tahu kepentingan akademik penting, itu kita tidak dapat nafikan, tetapi apa yang penting, objektif penganjuran program boleh dikatakan tercapai.

      Rasanya lebih baik begitu daripada buat program dalam kuantiti yang banyak tapi tiada apa yang dapat dicapai melalui program. Kualiti adalah indikator pada pencapaian.

      Mengenai kepimpinan pula, terima kasih juga la kerana mengkritik saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya tahu apa yang saya buat dan saya pasrah sahaja pada yang maha Kuasa. Bagi saya, saya akan mati suatu masa nanti dan Tuhan saya sahajalah yang layak menimbang amalan saya. Segala amal baik saya di dunia ini adalah sedekah jariah saya dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri dan sekiranya ada salah pada mana-mana pihak, saya dengan rendah hati memohon maaf.

      BalasPadam
    11. haha bro nampak sgt x cya pada pimpinan mpm utm kl, nape ek? trus nk ke pemimpin siswa skudai, apa ni???? bincang ngan jkm? mana jkm? betul ke JKM x perlu bayar untuk letak loker? waaa ptt la korang x taw pe rsnya perit untuk membayar.. bro i tya hang, bape lama hang kat ksj, xkan tiap2 taun mpp nk berusaha untuk kurangkan harga loker.. jadi ritual.. dah taw student akan berontak, masih nk wat tiap2 semester benda yang sama, xke bodoh namanya... pikir la skit.. dgr sore student jgn duk pikir dri sendiri je... semata2 nak jadi presiden kolej.. sanggup jadi pak turut universiti

      BalasPadam
    12. Tanpa Nama : Terpulanglah apa yg saudara nak labelkan pada saya, labellah.Apa yang penting, sekarang saya tiada kepentingan dalam JKM KSJ buat masa ini.

      Apakah saudara ini masih lagi tak nampak organisasi MPM UTMKL? Kenapa saudara Hariz Zakwan berjawatan Naib Presiden MPM UTM?? Kenapa tidak terus presiden MPM UTMKL sahaja? Bukankah ada lagi bos besar di atas? Sudah tentulah MPM UTM ada organisasinya sendiri, Skudai dan Kuala Lumpur, bukan hanya UTM KL sahaja yang ada MPM. Bawa-bawalah berbincang antara MPM, barulah buat keputusan yang drastik.

      Saudara nampaknya memandang serong pada kemampuan JKM. Itulah, lain kali jika ada perjumpaan kolej atau blok, turunlah. Ini tidak, terperap di atas macam katak bawah tempurung. Medium untuk buat laporan yang ada, gunakan sebaiknya. Kalau rasa JKM KSJ ini teruk sangat, buat laporan pada KSJ. Atau jika anda rasa KSJ ini sama dengan JKMnya, buatlah laporan pada MPM. Tiada masalah bagi KSJ dan JKM.

      Untuk makluman saudara, JKM KSJ tidak dapat apa-apa keistimewaan pun dari segi kompromi pentadbiran kolej sama ada sewa bilik mahupun perkara percuma berkenaan sewa barang atau barangan elektrik, semua dilayan sama sahaja kerana kebanyakan peraturan adalah dari pihak Universiti atau lebih tepat sekali Pejabat TNC HEMA yang dipimpin YBHG Datuk Tajudin Haji Ninggal.

      Lagi satu, pandangan Tanpa Nama ini nampaknya hanya satu perspektif sahaja. Apakah bila kita menegur itu terus nampak yang saya ini sangat tidak percaya pada pimpinan ke?? Jika saya tidak percaya, saya tidak akan menulis dalam blog, malah dah lancarkan tindakan yang lebih drastik dan ekstrim untuk jatuhkan pimpinan yang ada.

      Saya hormat semua pimpinan UTMKL, tidak kira sama ada pihak sinun atau di sana.

      Saya rasakan, saudara Tanpa Nama harus ikut kembali Minggu Transformasi Mahasiswa supaya saudara dapat muhasabah diri apa beza antara hak Universiti dan Hak mahasiswa. Ya, slogan yang pihak di sana laungkan itu betul, "semua untuk mahasiswa", tapi manifestasi harus betul. Belajarlah menghormati hak orang sebelum orang menghormati hak kita.

      Saya sebagai pak turut universiti?? Untuk makluman saudara Tanpa Nama, apa faedahnya saya jadi Pak Turut universiti, tiada untungnya. Nak jadi Presiden kolej? Minta maaf la, saya tidak terdesak pun untuk itu. Niat saya untuk masuk JKM KSJ pun untuk beri khidmat bakti saya sahaja pada kolej yang saya tinggal. Tidak lebih daripada itu. Secara jujurnya, daripada saya masuk JKM KSJ dulu, baik saya luangkan masa saya untuk belajar atau buat sesuatu yang mendatangkan keuntungan bagi saya.

      Saudara, berkhidmat itu biarlah niatnya bertunjang kerana Allah, janganlah nak menunjuk-nunjuk. Jika setakat nak menunjuk, buat apa? Memanglah cepat popular, akibatnya nanti lebih buruk pada masa hadapan. Allah tu maha kaya, Dia tahu segala percaturannya, oleh yang demikian, sebagai hambaNya, janganlah kita bongkak dan kufur dengan nikmatnya.

      Lagi satu, jangan mudah percaya sangat pada khabar angin, siasatlah dulu kebenarannya. Pergilah tanya Tuan Pengetua dan staf KSJ, JKM mana yang dapat bayaran percuma untuk letak barang?? Jika ada, boleh minta tunjukkan hitam putih?? Sedangkan kami JKM yang buat program kolej pun perlu bayar wang deposit itu dan ini, apatah lagi nak gunakan perkhidmatan kolej untuk tujuan peribadi.

      BalasPadam
    13. bro wang deposit dpt balik kn!! yup mmg jkm dpt free jgn nafikan!! kerusi sdr hariz mmg naib presiden pertama tpi jgn lupa bro jgn hang igt tgk nama pangkat dh pikir dia 2 hanya naib pres.. aku dah tya rkn mpp sndiri.. mmg hariz zakwan setaraf dgn Pengarah kampus dlm kampus ini.. kalo duk krusi vvip pun, bro hariz yg duk lu walupun en sharil 2 pegawai... mmg sy x puas ati ngan jkm.. pe u all wat??? pnh ke dgr sore student.. aku duk kat nun jauh sna kna angkut brg blk ke sbb x mmpu byr rm26.. hang igt sume kaya2 ke.. pikir la sikit.. duk termenung bukan main stuju ksj wat pe.... guna otak bro

      BalasPadam
    14. wei, pnh ke tgk mpp skudai turun???? kita undi kot dorank... muka depa pun aku x kni, undi ikut muka je... ada dorank ambik kisah kt kl??? spptnya jkm berdiri kat pihak student bukan duk bawah kepak pengetua!!!! sedar la bro bnyk la student yg skit ati.. x caya tnya sape2 jgn duk kat bilik.. duk cafe tya student pe depa ckp.. jgn nafikan kalo student x mrh!!!! ni yg aku bengang.. tok seh la ckp bnyk ngan hang, x masuk otak!!!!

      BalasPadam
    15. Tanpa Nama : Hakikatnya, hanya anda seorang dan segelintir mahasiswa sahaja yang bengang pada JKM KSJ, bukan semua. Bagi saya, biasalah itu, dah memang adat manusia, mesti ada yang tidak puas hati punya.

      Beginilah, jika anda rasa apa yang JKM KSJ buat itu buat salah dan rasa macam JKM KSJ macam 'biskut lemau', apa kata anda masuk JKM KSJ dan jadi kepimpinan JKM KSJ, dan ubahlah kepimpinan JKM KSJ itu menjadi kepimpinan yang lebih mesra Mahasiswa. Bukankah itu lebih baik daripada beri komen sahaja dan tidak beritahu apa caranya?

      JKM dapat simpan barang percuma?? Buat apalah nak saya nafikan jika benda itu memang tidak betul. Saudara, jangan main serkap jarang sahaja apabila menuduh. Pergilah jumpa staf pejabat KSJ tu, tanya sama ada JKM KSJ dapat bayaran percuma ke untuk simpan barang? Jika ya, sila dapatkan HITAM PUTIH daripada pejabat dan dedahkan pada umum. Kami sebagai 'bekas' JKM tidak tuntut pun semua keistimewaan itu, pihak saudara sahaja yang hendak perbesar-besarkan sahaja. Semuanya kerana, "Keadilan Mahasiswa dan Hak Mahasiswa", tetapi tidak pula mahu berfikir Hak Universiti dan Hak KSJ.

      Mengenai kedudukan Saudara Hariz Zakwan, ya memang saya tidak nafikan saudara Hariz Zakwan setaraf dengan Pengarah Kampus, ITUPUN jika mengikut protokol dari Mahasiswa UTM KL, tetapi daripada hirarki UTM sendiri, MPM terletak dibawah Lembaga Pentadbiran UTM yang dibarisi NC, TNC, Pengarah Kampus KL, TPK KL, Dekan dan Timbalan Dekan. Sila rajin-rajinkan lihat dan kaji organisasi UTM di laman web UTM atau lebih mudah, tanyalah pegawai Protokol di Canseleri UTM.

      Saudara, saya dah nyatakan dalam post saya di atas, jika tidak mampu, apa salahnya jika keluarkan RM10 untuk simpan barang dalam stor. Jika RM10 pun tidak mampu, tidak tahu la saya nak cakap apa. Saya tidak fikir RM10 itu satu masalah bagi siswa di KSJ, jika tidak mampu juga, kongsilah dengan kawan, apa salahnya. Ya, semua orang merungut RM26 itu mahal, malah saya dan rakan-rakan saya pun, tapi kita harus akur pada hak universiti. Dah sediakan alternatif lain, simpan dalam stor dengan harga jauh lebih murah, jadi kita gunakanlah. Yang saudara terhegeh-hegeh lagi nak sibuk pasal RM26 itu kenapa? Nampak sangat saudara nak simpan dalam loker tanpa keluar duit sesen pun. Saudara, dalam dunia ni dah tiada benda free, terimalah hakikat tu, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur.

      Saudara, jika saudara rasa MPM skudai tidak bagus, jadi apa guna UTM buat poster besar-besar supaya mahasiswa kenal MPM UTM yang majoritinya MPM Skudai. Lihat sajalah mana kedudukan MPM UTMKL dalam protokol MPM UTM, hanya lebih kurang sama seperti satu biro kecil sahaja. Jadi, kenapa tidak pula saudara buat bantahan agar MPM UTMKL tidak dilayan sedemikian rupa? Senang beginilah, jika saudara rasa pihak saudara betul, nyatakanlah satu persatu apa yang betul dan tidak betul di UTM ini, senang sahaja. Jangan hanya cakap sahaja, buktikan. Perjuangan tidak bertempat bukanlah satu manifestasi cendiakawan bestari.

      Saudara, saya menulis post ini atas dasar berkecuali, pendapat saya sebagi mahasiswa biasa yang peka dengan persekitaran kolej. Saya cuma tegur tindakan yang tampal poster itu, bukannya perjuangan untuk turunkan/hapuskan bayaran simpan barang di kolej. Niat rakan-rakan kita itu baik, cuma cara itu dilihat kurang bijak. Itu sahaja. Malu kita juga sebab orang luar tengok. Siapa orang luar itu?? Penjaja kafe, Cleaner dan juga Ibu Bapa sebab mereka yang akan jaja cerita ini diluar nanti tanpa kita sedari.

      hakikatnya, hanya anda dan gang anda sahaja yang bengang, bukan semua pun.

      Selamat bermuhasabah dan saya minta maaf sekiranya ada salah dipihak saya..:)

      BalasPadam
    16. aku stuju tol dgn kau, xerox91. cakap mmg suma org boleh. sibuta & sibisu pon klu leh nk gak luah pndpt. Tapi bila mari nk buat kerjatk suma leh...hanya seglintir ja yg mmpu atau berminat.
      jadfi klu ko tol2 anak jntan, nah...mbik cabaran xerox91. aku yakin org mcm ko ni, yg only pandai komen & kutok, tk kan berani tmpil k dpan trma cabaran ni.
      Silap2, aku & xerox91 beri cabaran ni pon dh terkencing dlm sluar. lum lagi mbik cabaran

      BalasPadam
    17. Aku tk paham laa ngn isu RM26 ni. Klu dh tk mmpu RM26, kn ada RM10?
      aku pon tgulung dlm geng tk mmpu RM26 gak. Laa ni sku tgh dok cari kotak nk sumbt harta pusaka aku dlm kotak nk sumbat dlm bilik stor ksj. kurang2 dpt sep RM16. banyak tu.
      aku rasa si kepoh ni nk populariti kot? klu ya pon jgn laa cara 'budak hingusan'. nmmpk bnor tk mtg nya. alaahai

      BalasPadam
    18. Tanpa Nama mmg paghah betoi. JKM bukan MPP bahlol. kerja JKM buat aktiviti jaa siang mlm. BODOH. MPP kerja perjuang hk student. PAHAAAAAM??
      tu laa dia dok bawah tmpughong. Mmg betoi kata Sinis. Katak bawah tempughong ni payah kita nk bcakap ngn dia. dia tetap kata dia gak betoi. buat laa mcmana pon.
      Kalau nk komplen biaq cek dulu fakta. kalau salah komplen, bukan saja oghang maghah, oghang nampak kebodohan kita terserlah sangat. oghang dok gelak beguling blakang kita,. yg kita pulak perasaan tak sapa lagi dh ingat kita ni hebat sangat kata itu kata ini. kita mahasiswa, tggungjwb kita cek bidang kerja seseoghang tu. Jgn tau bedla ikut sedap mulutja. nanti api neraka jilat mulut kita kt akhirat nanti.
      aduuuh, bodoh betoi kawan kita ni.
      Kesian pon ada manusia salah fakta ni..

      BalasPadam
    19. Apa pon mana ada free dlm dunia ni. nk melabor ayaq kencin pon kena bayaq 30 sen. klu dh bekira sgt dgn duit awak tu, bawak balik ja baghang2 hang, jgn nk simpan sini. payah betoi oghang mcm ni. nk itu nk ini, satu sen pon kedekut taik idong masin. ni sah suku-sakat hj bakhil bin kedekut. kita tnegok dia kerja nanti. kereta dia mesti warna hitam bonet tk dak. kakakakaka

      BalasPadam
    20. BODO SIOT TANPA NAMA!!!! memang keparat la ko.. agaknyer ko guna otak ko,kepala lutut eh?.. kita ni menumpang.. kena bayar sewa... kalu tak nak bawa balik barang.. ko sewa la umah mana-mana ker.... UTM dah bagi satu satu jalan mudah.. RM26 tu kalu tak maampu ada Yang RM10.. tak da duit ..kongsi ngan kawan-kawan.. tak da gak bawa balik barang kat umah sedara terdekat ker, tak da gak bawa balik je la kampung.. dari guna duit keluar pergi berfoya-foya.. beli rokok.. makan mewah-mewah.. boleh pulak?? fikir sedalam-dalamnyer sebelum berkata apa-apa.. kita perlu bersyukur apa yang telah diberi.. sekarang semuanya kos... aku harap ko jangan la jadi insan di bawah tempurung tu lagi.. buat malu jer sebagai mahasiswa UTM..

      BalasPadam
    21. setelah aku membaca dan meneliti semua komen2 diatas... ak menyokong semua kecuali tanpa nama.

      isu rm26 tak perlu diperbesarkan. kalau nak free bawak balik, x nk bawak balik pilih diantara 2 pilihan, rm10 dalam stor atau rm26 dalam loker.

      yang menghairankan, kenapa masih ada lagi mahasiswa yang bersikap kufur nikmat. aku berani katakan mahasiswa yang menulis dan menampal poster tu kufur nikmat. apakah yang tidak disediakan lagi oleh ksj? aku rasa semua cukup sampaikan member aku yang datang sini pon x puas hati pasal tempat diorang x semewah sini.

      pasal isu rm26 tu small pieces of matter. xkan la ade mahasiswa yang masih tak mampu menyediakan rm26. ini bukan soal kau org susah ke tak. aku asal keluarga miskin tapi pandai2lah kau nak berjimat duit yang kau ada. bak kata lawakita, kalau tak mampu, option rm10 ada, ataupun pinjamlah dulu kawan2, nanti bila ada bayarlah balik.

      dan aku masih berfikir kenapa kalau tak mampu, boros dengan belanja pada bkan keperluan?

      disini sebenarnya letaknya kematangan mahasiswa dalam menguruskan hidup. pengurusan kewangan dan sebagainya mahasiswa sendiri perlu bijak merancang dan perlu peka dengan isu semasa. yang paling penting tidak bersikap menyalahkan orang. kalau isu begini aku rasakan terlalu banyak option yang boleh buat. tinggal individu tu sendiri je. Alasan tak kemana.

      BalasPadam
    22. Bila dh follow hujah ko org, semakin jlas isu (atau tak ada isu) ni. yg tk da duit, kna angkat brg sendiri balik kg. yg ada tk seberapa pulak, leh masukkan dlm stor. yg ada duit lebih boleh guna dlm loker. So, apa isunya??
      Geng KSS ada beritahu yg simpan dlm stor KSS pon RM10. Kt sana lagi teruk, tk kasi simpan dlm bilik langsung. Suma dlm stor. sekurang-kurangnya KSJ beri laluan yg nak hidup mewah & senang sikit, tk perlu berangkut brg k dlm stor. sumbat ja suma dlm loker.

      Org yg mula buat kecoh, mmg kufur nikmat. allah cukup marah dgn org gini.

      BalasPadam
    23. assalamualaikum..
      maaf mencelah x tentu hala... hanya ingin meluahkan pendapat...panas jgk tgk komen2x kat atas.... tp tahniah sbagai mahasiswa anda berhak bersuara...hak mahasiswa la kan.....ada beberapa perkara yg st rasa wajar untuk sy luahkan :-

      1) duit sewa locker...
      Rm26?? at first mmg sy sendiri rasa mahal...sebagai plajar yg bergantg sepenuhnyer pada ptptn... ia agak membebankan... ttp sahabat2x taw x...charge Utmkl boleh dikatakan dibawa paras sgt rendah berbanding U len... misalnyer UKM sewa locker memcecah rm100 lebih...UTP mencech hampir rm3oo... nie bkn rekaan sy..tp sy dengar dr shbt2x yg berada disana... nak ke kena bayr dengan harga camniee???... rasenyer klo kena dgn harga nie en Tanpa nama akan lebih hebat bersuara malangnyer sekadar di blog shj...

      2) MPM vs JKM
      terasa kecil diri nie nak dibandingkan dengan pimpinan utm...tahniah MPM kerana bsikap agresif n kondusif...huhuhu...mmg xdinafikan jkm keje reti wat program jerr....x hirau mengenai kebajikan student...btol2x sy stuju...bkn nak condem jkm tp mmg hakikatnyer..sy jkm sy taw kelemahan itu dtg dr kami..deposit yg en Tnpa nama kater tuu mmg salah stu procedure U... en tanpa nama x pernah pinjam barg kerr??? deposit tu akan dipulangkan jgk... try la pinjam brg..mgkn dapat pengalaman sikit...hahaha... rasenyer en tanpa nama membuat conclusion dengan mendengar ape org len perkatakan dan emosi bknnyer rasional...apakata en Tanpa Nama berada ditempat kami dan perjuangkan aper yg diperkatakan....

      3) infrastruktur KSj
      ape lg x cukup??? semua nyer ada rasenyer kat ksj nie... makayah je xde...huhuhu sowie lawak jee... blum cter lg infrastruktur kat skudai camnerr...lg teruk dr snie taw...bersyukur la kemudhan yg diberi..dan bersyukur la nikmat yg Allah bagi..

      so pada follower blog niee sy mnx maaf bebykk klo ada silap n salah dr sy n pihak jkm sendiri.. ORG YGMENGALAS TAGGUNGJWAB N AMANAH TU LEBIH MENGETAHUI DRPADA YG HANYA MAMPU MELIHAT TP xMAMPU MENGALASNYER...

      khas utk en Tanpa NAma... kekdg kter brani bersuara tp xmampu untuk melakukan ape2x itu lebih malang sebenarnyerr...bersikap rasional la... jgn cr masalahnyer cr lah penyelesaian... klo sbuk menuding jari pd org takut ia memakan diri sendiri....
      itu shj moga sama2x kter bermuhasabah diri yg hina nie...maaf klo ada yg trasa ia skadar cebisan pendapat sy...assalamualaikum...
      semoga Allah merahmati kter semua..insyaAllah...

      BalasPadam
    24. berkata...
      hahahahaa....padan muka si tanpa nama...buat malu org utara je pun...serius ko bengang....hahahahahahahahaha

      BalasPadam