Isu KSJ 2 : Pro dan Kontra Pandangan Umum

Sebelum saya menerbitkan pandangan saya mengenai "Isu KSJ : Hak Siswa Atau Retorik Sahaja", saya telah meminta pandangan daripada rakan-rakan rapat saya yang terdiri daripada pelbagai kursus di UTMIC. Rata-ratanya mereka bersetuju dengan usaha baik pihak tertentu yang memperjuangkan penurunan atau menghapuskan terus bayaran sewa penyimpanan barangan sebanyak RM26 TETAPI mereka tidak menyukai cara pihak tertentu menampal poster-poster berbaur hasutan di kafe kolej. Mereka bersependapat dengan saya, perbuatan ini menimbulkan rasa kurang senang bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa sendiri, malah seluruh warga KSJ amnya.


Mahasiswa semakin matang untuk berfikir tahap mana mentaliti orang yang melakukan perbuatan ini.
Diam tidak bermakna suka.


Sebagai pemimpin mahasiswa, seharusnya mereka mengambil tindakan yang lebih baik daripada itu dengan menghantar surat rasmi kepada siapa yang mengeluarkan arahan itu, atau lebih mudahnya pihak atasan Universiti supaya dapat mempertimbangkan permohonan untuk menghapuskan/mengurangkan sewa untuk menyimpan barang di kolej. Sudah tertulis dalam perkeliling mahasiswa yang diedarkan minggu lepas lagi bahawa arahan ini dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa yang berpusat di UTM Skudai, bukan daripada pihak kolej sendiri.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi reaksi rakan-rakan saya yang prihatin mengenai isu ini setelah membaca artikel saya yang lepas.

Reaksi 1;

"aq stuju........
hahaha..pengalaman..aq cikgu ad citer....
bil elektrik sesebuah asrama....tanpa kipas....sebulan ialah RM 30k...
tu skola aq yg ad....3 blok asrama je la..klu KSJ aq rse smpai RM 90k kot....
btw yg nk suarakn pndpt..suarakn elok2..jgn wat rusuhan....cni bkn tmpt tnjuk prasaan..."


Mindbreakurz Thinker, UTM KL

Saudara Mindbreakurz bercerita atas dasar kapasitinya pengalaman beliau dalam kepimpinan sekolah dahulu. Jika difikirkan secara logiknya, sedangkan kos elektrik di asrama beliau pun RM30k sebulan, apatah lagi di KSJ ini, tambah dengan sikap kita sendiri yang suka membazir elektrik apabila tiada dalam bilik. Jika KSJ ada tiga blok, mahu tidak mencecah RM120k sebulan? Bagi yang merasakan itu bukan masalahnya, tidak mengapalah, tetapi dari mana pula datangnya duit untuk bayar semua bil itu? Fikir-fikirkanlah...

Beliau juga mengajak agar suarakan pendapat dengan baik dan jangan sampai jejaskan keharmonian KSJ itu sendiri kerana di KSJ bukanlah tempat untuk memberontak dan tunjuk perasaan.

Reaksi 2;

"haha. aku jarang turun cafe so aku baru je tau kewujudan mende yang tampal2 kat tiang cafe. tapi agak kureng patut r wat camtu. kalo btol tak puas hati jumpe je r orang atasan, takyah le kutuk2 blakang camtu. die ingat orang atasan nampak tampal2 camtu terus ade tindakan ke? memang r banyak sangat prosedur, payah, i know, tapi kot ye pon takyah r protes kat tempat tak btol.. -_-' btw, aku setuju cakap ko, am, pasal infrastruktur tempat lain lagi kurang dari ksj tapi dorang bole je hidup.."


Nurhafizah Suib, UTM KL

Saudari Nurhafizah pula merasakan tidak wajar pihak tersebut menampal poster-poster berbaur hasutan di kafe. Bagi beliau, jika ada perkara yang tidak puas hati, apa salahnya jika bersemuka dengan pihak atasan dan bincangkan dengan elok. Bukankah itu lebih baik daripada mengata di belakang? Bagi beliau memanglah payah untuk turun naik berjumpa pihak atasan, tetapi janganlah jadikan tempat yang tidak sepatutnya untuk tunjukkan 'usaha' perjuangan pihak-pihak berikut.

Beliau juga bersetuju bahawa kemudahan di KSJ lebih baik daripada kolej-kolej lain di UTM dan juga universiti lain, tetapi hairan, bagaimana kemudahan ini dianggap masih lagi tidak mencukupi di pihak kita.

Reaksi 3;

"psal caj rm26 tu... kat utm JB mmg stiap sem kne caj mcm ni... xde plak dngar boikot mcm kt cne... ntah lah... mungkin pkeliling ni korg bru dpt, dpt mmg kt skudai sejak aku 1st sem lg mmg kne caj... xde yg free... nk msuk toilet pun kne byor... ni kn nk simpan brg..."


Madhi Abdullah, JKM KTR, UTM Skudai

Rakan sejawatan saya di JKM Kolej Tun Razak, UTM Skudai, Saudara Madhi pula dalam reaksinya berkata bahawa caj RM26 yang dikenakan itu adalah prosidur universiti. Sudah terang lagi bersuluh, arahan ini adalah daripada pihak Pejabat HEMA, bukan daripada pihak KSJ seperti yang diwara-warakan pihak di sana itu. Beliau juga menerima hakikat bahawa tiada benda di dunia ini percuma, semuanya memerlukan wang. Jika bukan untuk keuntungan pun, fikirkanlah untuk proses penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan.

Reaksi 4;

"lgpown tujuan dye suh byr utk ngelakkn kite simpan brg kat kolej..so apble kne byr, bdk2 akn bwk blk brg...dengan ini kes khilangan brg dpt dielakkn...tol x... haahaha...cmne klo byr rm26 utk simpan brg pas2 lpas cuti tgk2 brg ko kne curi...x ke rugi gitu ye...pas2 ble brg ilang, ngadu kat kolej plak 2...ish3..."
Shooqk Hassan, UTM KL

Saudara Shukri menambah daripada komen Saudara Madhi bahawa mungkin inilah tujuan tersiratnya pihak UTM mengenakan bayaran RM26 untuk menyimpan barang di kolej. Ada rasionalnya disitu. Hal ini demikian kerana, tiada orang yang akan mengawasi barang anda di KSJ sepanjang sebulan bercuti. Takkanlah UTM nak pasang CCTV pada setiap bilik untuk awasi barang anda? Fikirkanlah.

Reaksi 5;

Facebook;
"....biase la tu..kdang2 nafsu melebihi sgala-galanya.....('',)
sma-sma kite berdoa supaya kita sntiase dihindari perkara-perkara yg tidak baik.."

Blog;


"saudara penulis...tertarik utk memberikan serba sdikit komen utk post kli nie...hehehe

alhamdulillah, sbenarnya kita sngat2 bertuah kerana diberikan peluang utk berhujah mengenai perkara yang berlaku dlm kehidupan seharian kita...

mengenai isu nie, saye cuma ingin menyatakan 3 point utama sahaja...('',)

1. Kematangan minda
-sering kali kita dihebohkan mengenai minda mahasiswa yg tidak matang dlm memprjuangkan sesuatu perkara seharian....jadi mngenai isu ini, saya berpendapat minda kita masih lagi di tahap yang sderhana...kita perlu akui yg memang benarlah jalan yg paling mudah utk menghangatkan isu ialah dgn kontroversi....


2. Muafakat
- perkara ini jelas sbenarnya aspek paling penting dlm memperjuangkan dan menyelesaikan ssuatu perkara...tanpa muafakat daripda MAJORITI sebenarnya seolah-olah mreka berjuang sorang2 nampaknya....('',)
jadi dlm kes nie, saya berpendapat x mudah utk wujudkan muafakat lebih2 lagi apabila ada pihak ekstrem dan ada pihak yg terlalu ambil mudah melalui sesuatu keadaan....

3. psikologi
-umum tahu sekarang nie kita berperang dengan cara psikologi dan saya sedar saudara penulis pasti melakukan pelbagai rujukan mengenai psikologi...ingin saya berkongsi di sini, isu yang dipermainkan sekarang merupakan antara permainan psikologi mahasiswa dan bagi pihak pentadbir pula, ia merupakan ujian psikologi mreka...
biasalah...apabila kita menjadi kanak2, pastinya kita suka permainan...dan menjadi ibu bapa, ia merupakan ujian yang perlu mereka tempuhi...
bukanlah saya ingin menyatakan mahasiswa kita kanak2, cuma perumpamaan dlm konteks "perjuangan" mereka masih lagi perlu blajar...
saya pasti isu ini akan jadi pengajaran besar buat si pemain dan si penahan ujian...

3 point utama sebnarnya akan membentuk sma ada ia adalah hak mahasiswa atau retorik smate-mate...('',)"

Muhammad Aiman, Presiden QS Bina

Saudara Aiman berpendapat bahawa perbuatan menampal poster itu akibat tidak dapat menahan nafsu amarah dalam diri dan berharap agar kita semua dihindari daripada perkara-perkara yang kurang enak bagi kita.

Beliau juga mengemukakan 3 kunci utama yang dapat membezakan antara hak dan retorik semata-mata. Saya serahkan pada kebijaksaaan pemb
aca untuk bandingkan isu ini dengan skala yang dikemukakan Aiman.

Reaksi 6;

"....Mahasiswa sekarang terlalu manja dan tidak bersyukur kepada majikan saya sendiri iaitu Encik Noh kerana bukan sedikit tapi teramat2 manjakan semua mahasiswa 2009 dan mahasiswa 2010... Pasal apa begitu, cuba kira berapa kali Pengetua, Felo, Staf Pentadbiran dan Keselamatan kolej melakukan pemeriksaan bilik ke bilik di semua blok A, B dan C tidak kira waktu siang atau malam. Jika hendak diikutkan, beratus-ratus mahasiswa terima surat denda & saman atas bermacam-macam kesalahan... Bayangkan, sekiranya pemeriksaan dibuat 2 kali sebulan seperti mana prosidur UTM, berapa banyak pula yang akan kena saman...."

...Pengetua KSJ tak mahu ganggu mahasiswa sgt, dengan harapan agar mahasiswa berada dalam keadaan sangat selesa tinggal kat KSJ, tapi malangnya apabila menjadi hal sebegini, mahasiswa pula tidak tahu menghargai dan bersyukur, semuanya atas kelembuhan En. Noh itu sendiri. Apabila pemeriksaan disiplin di KSJ teramat kurang tu menyebabkan mahasiswa sekarang besar kepala. Langsung tidak bersyukur apa yang PENGETUA KSJ sumbangkan...

... Kalau dah tak minat, jemu atau pun bosan duduk kat KSJ, buatlah surat untuk tinggal di luar KSJ untuk tinggal diluar, alamat dah besarkan, tak kanlah tak boleh hidup di luar, dah tinggal kat luar korang takkan nak pening-pening kepala untuk memikirkan masalah di KSJ ini...

...Jika ada sesiapa yang tidak puas hati dan ingin luahkan, jadilah manusia yang berani dengan mana-mana pihak yang ingin dibincangkan...Cakap belakang memanglah semuanya tunjuk hero..."

Encik Afiq Azmi, Staf KSJ

Encik Afiq Azmi pula meluahkan rasa kecewanya atas segelintir sikap siswa KSJ yang tidak tahu mengenang untung dan bersyukur dengan kompromi yang diberikan oleh Encik Noh. Ada asasnya kekecewaan beliau itu kerana pada pemerhatian beliau, mahasiswa KSJ tidak tahu rasa menghargai malah mengecam lagi pihak KSJ atas isu-isu yang tidak memihak kepada mahasiswa.

Untuk komen-komen seterusnya, sila lihat terbitan lepas saya mengenai "Isu KSJ :Hak Siswa atau Sekadar Retorik Sahaja?". Setelah diterbitkan hujah berikut, ternyata bahawa masih ada mahasiswa yang faham konsep sewa-disewa dan hak universiti seperti yang saya perjelaskan dalam terbitan lepas dan saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi. Kepada yang memberi komen pada pandangan saya yang lepas, saya hormati pandangan anda semua dan terima kasih.

Kita kembali pada isu. Saya tidak nafikan tujuan pihak di sana itu baik, hendak memperjuangkan hak siswa, untuk kurangkan/lupuskan harga penyimpanan barang dalam loker, tapi isunya adalah cara sahaja yang tidak betul. Caranya dengan menampal poster di sekeliling KSJ seolah-olah di KSJ dan UTM tiada sistem yang efisen untuk meniup wisel.

Baiklah, mari kita selidik keadaan semasa di UTM. Jika di KSJ, mahasiswa perlu bayar RM26 untuk menyimpan barang dalam bilik (loker) sendiri, jika tidak mampu, pihak KSJ menyediakan alternatif lain dengan menyimpan di stor dengan hanya bayaran RM10 tiga kotak barang. Di KSS, pilihan yang hanya diberikan hanya simpan barang dalam stor dengan hanya RM10, dan tidak dibenarkan untuk simpan dalam loker sama sekali. Di UTM Skudai, bayaran RM26 dikenakan bagi mana-mana mahasiswa yang mahu menyimpan barang dalam kolej.

Kita selidik pula di universiti lain, di UiTM, mahasiswa DILARANG sama sekali untuk simpan barang dalam loker sebaliknya simpan dalam stor dengan caj 3 PLASTIK RM10 (UiTM Pulau Pinang).

Jadi, apa masalahnya di KSJ? Apakah mahasiswa di KSJ masih tidak dapat berfikir bahawa KSJ menyediakan alternatif yang terbaik untuk mahasiswanya, malangnya, kemewahan diberi itu disalah tafsir dan niat baik Pengetua (untuk benarkan simpan barang dalam kolej) ditafsirkan sebagai pencabulan hak siswa pula. Alahai, kasihan tuan Pengetua KSJ.

Saya menulis artikel ini atas kapasiti saya pernah berada dalam JKM KSJ, saya pernah berurusan dengan pejabat KSJ dan Pengetua sendiri, dan saya serba sedikit tahu mengenai selok belok pentadbiran di KSJ peringkat kolej. Oleh yang demikian, saya serba sedikit faham bahawa arahan RM26 itu dikeluarkan bukan daripada pihak KSJ TETAPI PIHAK PENTADBIRAN UTM sendiri.

Baiklah, sekiranya ada juga yang menyatakan masih tidak mampu untuk bayaran RM10 untuk simpan barang dalam stor kolej, alternatif ini boleh diambil oleh pihak MPM;

1)Ambil butiran mahasiswa yang tidak mampu dan latar belakang keluarganya, kumpul dalam satu senarai dan hantar kepada pihak KSJ serta pohon minta dikecualikan bayaran untuk simpan barang ATAS SEBAB YANG BERMUNASABAH.

2)MPM mungkin boleh sediakan tabung amanah untuk membela nasib mahasiswa yang tidak mampu dan bantu untuk permudahkan urusan kolej mereka.

Saya yakin dan penuh percaya, Tuan Pengetua mampu menolong mereka dengan peruntukan dengan sedikit kuasa yang ada pada beliau selaku Pengetua.

Pihak yang di sana perlu sedar bahawa tidak semua mahasiswa di KSJ ini benar-benar miskin dan tidak mampu. Jadi, oleh yang demikian, tindakan yang bijak perlulah diambil supaya mampu menjadi platform benar-benar membela mahasiswa yang kurang berkemampuan. Ada kalangan kita yang mampu membawa kereta Mercedes Benz di KSJ, apakah mereka ini juga perlu dikecualikan bayaran?? Fikirlah secara logik, wajar ataupun tidak.

Ingin saya perjelaskan sekali lagi, saya menulis artikel ini bukan untuk menunjukkan saya ini hebat atau pandai, tetapi atas kapasiti saya pernah berada dalam JKM KSJ (seperti yang diklim orang di sana), saya tahu peribadi dan pernah bekerja dengan Tuan Pengetua KSJ dan juga saya pernah berurusan dangan Pejabat KSJ pada waktu cuti semester selama berminggu-minggu. Jadi, saya tahu situasi KSJ waktu cuti bagaimana.

Jadi, semuanya terserah kepada kebijaksanaan mahasiswa UTM untuk menilai pro dan kontra isu ini. Seandainya apa yang diperjuangkan oleh pihak MPM berjaya, alhamdulillah itu adalah nikmat Allah SWT dan seandainya perkara lain yang berlaku, anggaplah itu hanyalah suratan takdir semata-mata dan akurlah pada hak universiti. Kita ini hanyalah penyewa di KSJ, bukanlah penduduk tetap.

Bayangkan sekiranya seorang penyewa yang sedang menyewa rumah kita dan mempertikaikan bayaran yang dikenakan pada penyewa tersebut walhal wang sewa itu digunakan untuk bayar bil dan kos pembaikan rumah, dengan rasional. hak asasi manusia. Agak-agaknya, apa reaksi pihak sinun itu??

Catatan Penulis : Saya cukup tidak faham kenapa pihak di sana sibuk menjaja kisah kegagalan fungsi 'JKM KSJ' dalam isu ini seolah-olah JKM KSJ dilhat seperti tersangatlah teruk dan 'mati pucuk' (tidak berfungsi langsung). Nampak sangat pihak di sana ketandusan idea untuk memastikan idea yang dibawa itu diterima umum bulat-bulat. Apakah pihak di sana tidak nampak apa yang dilakukan JKM KSJ untuk memurnikan kehidupan di KSJ. Lihat sahaja Blok B dibawah pimpinan Saudara Fairuz Al-Hafiz, berapa banyak kali perjumpaan Mesra Penghuni dilakukan sehingga ada penghuni menyatakan hingga naik bosan kerana selalu sangat turun ke bawah.

Sekiranya pihak disana tidak yakin ataupun puas hati dengan JKM KSJ, sambutlah cabaran dengan sertai JKM KSJ semester depan dan buatlah apa yang anda rasakan wajar. Bukankah itu lebih baik daripada asyik mengomen sahaja di luar. UTM dan organisasi luar sudah menerima dan mengiktiraf peranan JKM KSJ dan mahasiswa KSJ yang aktif di luar, yang dalam KSJ yang masih tidak nampak sumbangan JKM KSJ, nampak gayanya masih lagi katak di bawah tempurung (mengambil hujah SINIS).


"Don't ask what KSJ/UTM can do for you, but ask what YOU can do for KSJ/UTM"


Adaptasi daripada ucapan John. F. Kennedy (1917-1963)
Presiden Amerika Syarikat ke-35



JFK adalah Presiden Amerika Syarikat (1961-1963) yang paling berpandangan jauh dalam sejarah Amerika Syarikat. Walaupun hanya tiga tahun memerintah sebelum mati ditembak musuh beliau, beliau berjaya mengukuhkan bidang astronomi, ekonomi, kuasa AS dalam komposisi dunia dan juga hubungan AS dengan negara-negara Dunia sebelum hubungan baik ini dirosakkan oleh Presiden-Presiden selepasnya.




1 comments:

salam, am tq ye tag aq kt sini.. hee~ hari tu waktu makn aq terkjut dan harini aq terkejt kembali, poster yang ditampal di tiang2 kt kafe dah xde.. aq xpasti siape yg menampal dan yang menangglknnye.. cumenye aq bersyukur.. kerana tiada lg dakyah2 kotor seperti itu yg dapat menghasut mahasiswa ke peringkat yang bole membererontak jika tidak di fikir dahulu dan diselidik terlebih dulu..
am memang bestkn ckp duk sedap mulut kerana lidah tidak bertulang.. tapi ape gunenye otak, yang sepatutnya digunakan dengan waras untuk sentiase memberikan kata2 yang baik pada lidah..
mungkin isunya hendak membetulkan apa yang dirasakan salah oleh pihak terbabit tetapi adakah begitu cara penyelesai terbaik..
bagi aq KSJ ni dah seperti rumah aq.. walaupun aq hanya menyewa.. tetapi xbermakna aq boleh buat sesuka ati aq je.. tapi am bile ade segelintir pihak yang cube menimbulkan suasana xselera nk makan seumpama nikmat kelaparan itu telah hilang.. suasananya seolah2 mogok tapi bukan dengan zahir tapi batin dengan mogok yang lebih halus dengan tampal poster haram kt tiang yang bukan sepatutnye poster ditampal di situ.. "kemana duit mahasiswa pergi?"
kate2 yang disuarakan bunyi seperti membela mahasiswa mungkin ada benarnya tapi kalau betul, ini kah caranya untuk membela mahasiswa dengan tampal poster yang tidak beridentiti.. Umpamanya lempar batu sembunyi tangan kerana tiada catatan pihak mana yang menulis.. siapa sebenarnya pihak yang bertanya "kemana duit mahasiswa?" siapakah dalang di sebalik poster haram ni? .. tak lain am.. pihak yang sengaja mencari perhatian dengan merasakan dia di pihak yang benar yang cube membetulkan kesalahan orang.. am aq melihat dengan adenye poster tersebut ia BOLEH MENIMBULKAN FITNAH.. menimbulkan fitnah dengan menuduh orang lain "makan duit" "salah gune duit" "bazir duit".. tanpa bukti yg betul2 benar ape yang di tuduh.. kalau ade xpe.. kalau xde ASTAGFIRLAHHALAZIM..sesungguhnye itu fitnah! mengaibkan orang! menjatuhkan maruah.. dose besar am.. dosa fitnah orang lebih besar dari dose membunuh orang..
mudah-mudahan pihak terbabit insaf perbuatan yang dah dilakukan.. muhasabah diri..
sekian..


EmoticonEmoticon