• Tinjauan : Suara Mahasiswa UTM KL atau Suara 'Syok Sendiri'


    Laman Blog Suara Mahasiswa UTM KL : Sangat diragui faktanya dan lebih memihak kepada sebelah pihak


    Hari ini saya sempat meluangkan masa saya untuk menjenguk ke ruang lingkup dunia siber. Pada hari ini, saya menulis nama kediaman saya pada laman carian google. Banyak artikel mengenai kediaman saya keluar, ada yang baik dan tidak kurang juga yang buruk.

    Hati saya terdetik untuk membuka artikel yang bertajuk

    "Pengetua Kediaman Siswa Jaya dan AJK Persada '08 Tidak Menghormati Pemimpin Negara".

    Sekali pandang, memanglah nampak seolah-olah memang besar sangat kesalahan yang dilakukan oleh Tuan Pengetua dan juga AJK Persada'08 yang diterajui oleh JKM Kediaman Siswa Jaya, tidak menghiraukan pemimpin negara. Apakah dosa beliau itu sehingga boleh disamakan dengan azab Allah yang menimpa Persada'08 di mana khemah diterbangkan angin sehingga menghempap khemah yang lain? Apakah berdosa untuk tidak layan pemimpin, hebat sangat ke pemimpin itu?

    Kita susuri dahulu kandungan dalam penulisan bloggers ini.

    "Penulis sebenarnya terkejut apabila ayahanda pengetua kita terus melarikan diri apabila nampak ahli parlimen tersebut, seolah-olah ingin lari dari tanggungjawabnya sebagai pengetua.” Kalau dah bapaknya macam tu, macam mana orang dibawahnya nak buat menda yang betul”.Sepatutnya sebagai orang profesional tidaklah perlu bertindak sedemikian. Penulis pada ketika itu berasa pelik apabila MPP menanyakan”mana En Noh? Tak kan En Noh tak datang tolong iring ahli parlimen ni. Malu kita warga kolej macamni. Ketika itulah penulis terasa amat terkejut. Betul-betul tidak menyangka En. Noh berperagai begitu rupa. Kemudiannya lagi, ajk yang berdekatan dengan kaunter seranta pada ketika itu boleh tidak mengenali nama ahli Parlimen tersebut. Memang terkejut sekali. Betapa ceteknya ilmu mahasiswa kalaulah sebegini rupa. Teruk sekali!!!"

    Pada hemat saya mengenai penulis ini, sama ada apa yang diutaranya benar ataupun tidak, kita haruslah melihat perspektif yang berbeza. Kemungkinan, Tuan Pengetua ada urusan lain untuk dilakukan. Maklumlah, sebagai Tuan Pengetua sudah pasti beliau perlu bersedia dengan panggilan kecemasan dan juga pelbagai kemungkinan lain yang tidak diduga. Atau mungkin, beliau ketika itu penat dan perlukan rehat. Maklumlah, hari terbuka, memang sangat memenatkan kerjanya. Jadi kita harus menilai daripada pelbagai aspek sebelum membuat andaian macam-macam mengenai orang.

    Satu lagi aspek yang saya nampak di sini adalah, kelesuan mahasiswa itu sendiri. Apakah begitu lesu sekali sehingga MPP pada waktu itu tidak boleh menjadi pengiring kepada YB Dato' sehinggakan terpaksa bertanyakan Tuan Pengetua. Sebagai seorang pimpinan Mahasiswa, seharusnya mereka bijak mengendalikan 'unexpected moment' seperti ini. Apa salahnya jika mereka yang melayan kehadiran YB Dato' bagi pihak Pengetua. Bukankah mereka juga tulang belakang pimpinan universiti bagi pihak Mahasiswa. Malangnya, MPP pun masih ingin 'berputing seperti anak kera di hutan' ketika itu.

    Apabila kita menyebut hari terbuka, sudah semestinya kita gambarkan sesiapa sahaja boleh masuk dan sama-sama menyertai majlis ini. Saya mempersoalkan kredibiliti penulis, apakah jika dalam 'prospek hari terbuka itu', secara walk-in kedatangan VIP itu perlu di sambut? Setahu saya, layanan VIP hanya perlu apabila 'SURAT JEMPUTAN DI HANTAR SECARA RASMI'. Saya juga yakin, YB Dato' sekadar walk in sahaja pada majlis hari terbuka, hanya untuk sama-sama menjadi merasai kemeriahan Hari Terbuka Kediaman tanpa layanan VIP, apakah itu juga boleh dilabelkan 'Pengetua tidak hormat pimpinan Negara'??

    Baiklah, kita review pula sambungan artikel penulis lagi;

    "Sebagai pengetua sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dalam melaksanakan tugasannya. Sudahlah Pengetua dan AJK PERSADA tidak menjemput langsung ahli parlimen tersebut sebagai tanda hormat kita pada pimpinan yang menerajui Negara, dilayan pula sebegitu rupa walaupun niat ahli parlimen tersebut adalah untuk beramah mesra dengan rakyat. Kalau hari sebelumnya pandai pula mereka menyambut kehadiran Naib Canselor dengan begitu hormat sekali walaupun kehadiran NC ketika itu adalah secara ad-hoc. Penulis mengetahuinya walaupun penulis tidak menyambut NC ketika itu. Kalau dilihat, kehadiran ahli parlimen titiwangsa tersebut sepatutnya sesuatu yang membanggakan kita. Dalam kesibukannya masih ingin berjumpa mahasiswa UTMKL. Tapi apakan daya jika orang tertinggi dalam kolej kita, ayahanda kita melakukan perkara yang sebegini rupa. Paling kurang pun iringlah beliau melawat sekitar kolej ni semasa PERSADA berlangsung. AJK PERSADA pada ketika itu pun lagilah tak buat macam tu."
    Bagi saya, siapa penulis ini? Hebat sangatkah dia sehingga menegur Tuan Pengetua sedemikian rupa? Apakah dia ini Setiausaha Politik pada YB Dato' tersebut. Malah, sekiranya saya review balik tahun penganjuran program ini iaitu tahun 2008 dan juga kawasan Parlimen KSJ, ternyata penulis tersangatlah daif, malah lebih daif daripada orang yang tidak tahu apa-apa.

    KSJ terletak di bawah Parlimen Setiawangsa, bukanlah Titiwangsa seperti yang ditulis penulis. Ada dua perspektif di sini, pertama, sekiranya tanggapan saya betul, orang yang hadir itu adalah YB Dato' Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa, ini menampakkan bahawa, penulis itu yang tidak prihatin dengan isu-isu negara dan kawasan setempat. Kedua, sekiranya perkiraan saya salah dan yang hadir adalah Ahli Parlimen Titwangsa, setahu saya beliau adalah YB Dr. Lo'Lo bt Dato' Haji Mohammad Ghazali. Persoalannya, adakah YB Dr. Lo'Lo ahli Parlimen Setiawangsa? Orang yang mewakili rakyat yang tinggal dalam Setiawangsa? Jadi kita boleh lihat bahawa beliau mungkin datang secara personel, bukan atas urusan kerja.

    Setelah saya membaca hasil penulisan pemilik blog ini, saya dapati beliau hanya menulis mengikut emosi. Bagi saya, beliau harus berfikir panjang, kesan dan perspektif kenapa perkara ini berlaku dengan sedemikian. Jika benarlah beliau berada di pihak yang benar, adakah beliau bertanya sendiri pada Tuan Pengetua mengapa berlaku sedemikian? Adakah Tuan Pengetua cakap seperti apa yang ditanggapkan oleh penulis blog ini?

    Nasihat saya kepada penulis blog ini, beretikalah ketika menulis blog, sedarlah bahawa fitnah itu datangnya dalam pelbagai cara, antaranya penulisan blog. Oleh yang demikian, tulislah artikel dengan penuh berhemah, atau lebih baik lagi seperti dalam Surah Al-Asr ayat terakhir;

    "...dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta dengan kesabaran....."


    P/s : Satu lagi penemuan yang mungkin boleh dipertikaikan, apakah benar blog ini direka oleh penama berikut?? Nampak meragukan... Nampak sangat begitu daifnya penulis blog ini.



    Apakah orang yang bertanggungjawab ini adalah seperti penama di atas? Bagi saya, jika orang yang 'tiada telur' dan 'tiada maruah' sahaja yang buat begitu. Menjual nama orang lain hanya sekadar untuk kepentingan diri sendiri. Malah dosanya, sama seperti fitnah. Nauzubillah min zaliq.


    Wallahuaklam

    Catatan : Walaupun artikel ini dianggap basi, tetapi bagi saya, ia bagaikan memalit lumpur ke muka pelajar UTM KL dan warga UTM IC itu sendiri. Harap penulis blog ini bertanggungjawab atas penulisannya ini.


    Idham M,
    UTM International Campus 2010

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan