• Sekolah Harapan, Melaka : Antara Pro dan Kontra


    Hari ini, Sekolah Harapan untuk pelajar-pelajar yang hamil mendapat perlindungan telah mula beroperasi dengan kemasukan lima orang pelajar ke sekolah ini. Sekolah yang diilhamkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka bertujuan bagi membela pelajar-pelajar yang telah terlanjur agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang lebih buruk akibat kehamilan mereka dan juga memulihkan kembali akidah mereka menjadi lebih baik.


    YAB Datuk Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, orang yang memperkenalkan Sekolah Harapan

    Sekolah ini beroperasi di bekas bangunan Syarikat Air Melaka Berhad, Jasin dan di bawah kendalian sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Seramai seorang penyelia dan tiga orang pembimbing akan mengawal operasi sekolah ini. Buat masa ini juga, sekolah ini juga menyediakan asrama untuk penginapan pelajar tersebut.

    Secara pronya, penubuhan sekolah ini semestinya memberikan impak positif dalam kemulut yang melanda sekarang iaitu isu pembuangan bayi dan juga ketelanjuran pelajar-pelajar yang hamil ini. Sekurang-kurangnya, penubuhan sekolah ini mampu menghindarkan lagi kes buang bayi yang kini berleluasa di negara kita.

    Media seringkali melaporkan kisah ketelanjuran remaja kini.

    Selain itu, akidah pelajar-pelajar yang hamil ini boleh diperbetulkan semasa berada di sekolah ini dan mereka mampu berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Pelajar-pelajar ini juga akan didik dengan lebih rapi dalam aspek-aspek yang terlepas pandang semasa lampau seperti agama dan juga moral.

    Penubuhan sekolah ini juga menimbulkan rasa kurang senang bagi masyarakat kita juga. Hal ini demikian kerana, ramai yang menganggap sekolah ini seolah-olah menggalakkan lagi pelajar untuk hamil dan juga menghabiskan duit rakyat sahaja.

    Sekolah harapan ini juga dianggap seolah-olah ramai pula anak-anak remaja di negara kita yang hamil sehingga terdesak untuk menubuhkan sekolah yang khusus bagi mereka yang terlanjur ini.

    Walau bagaimanapun pendapat kita selaku rakyat jelata, seharusnya keputusan ini dilihat lebih kepada positif. Seperti yang disajikan di media massa sama ada elektronik mahupun cetak, banyak kes-kes pembuangan bayi dilaporkan setiap hari terutama membabitkan pelajar, sama ada di sekolah mahupun di IPT.

    Sudah sifat manusia itu lalai dan juga lupa, mereka kadang kala ditutup pertimbangan akal bagi membezakan yang mana satu baik dan yang mana buruk. Akibat ikutkan kata nafsu, habis tercalit arang di muka sendiri dan orang tua. Setiap orang harus berfikir secara rasional kewajaran wujudnya sekolah ini.

    Walau apa pun pendapat kita, Sekolah Harapan ini sudah semestinya memberikan dimensi baru dalam bidang pendidikan negara dan juga pembelaan buat wanita yang terlanjur.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan