Camp-In Sahabat Terbaik!!


Peserta dan Fasilitator PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010 bergambar di Perkarangan KSJ


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Apa khabar dunia? Harap-harap semua sihat belaka. Alhamdulillah, kita bertemu lagi di dunia maya ini. Bukan Adamaya ya...Hahaha...:P. Tapi kalau adamaya pun ok jgak kan?

Baiklah, kali ini saya mahu bercerita mengenai program yang saya sendiri arahkan, PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010. Wah, macam Ahmad Idham la pulak kan? Hehehe, nak wat camner, kembar nama je...

Program Camp-In Sahabat adalah sebuah program khidmat masyarakat atau di UTM lebih dikenali sebagai University Social Responsibility. Program ini dibentuk supaya dapat memberi gambaran jelas kepada pelajar sekolah bagaimana kehidupan di universiti secara in-formal.

Idea untuk menganjurkan program ini telah dibentangkan oleh saya sendiri semasa Kursus Kepimpinan JKM di Port Dickson pada Disember 2009. Setelah barisan felo KSJ bersetuju, maka saya telah menyiapkan kertas kerja program ini bawah nasihat Penasihat JADP, Encik Mohd. Najib Masroom, Penolong Pendaftar, Pejabat Canseleri UTMIC (Kini sebagai Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan IPTS di KPT) dan Encik Mohd Sharil Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTMIC.

Pada bulan Mac 2010, kerja kerja program ini telah mendapat kelulusan HEP dengan jayanya...Alhamdulillah...Maka bermulalah detik mencabar untuk mengemudi pasukan Camp-In Sahabat 2010. Banyak yang mempertikaikan kepada saya, mengapa pasukan saya bukan terdiri daripada orang JKM 100%. Jawapan saya mudah, inilah masa kita buka peluang kepada pelajar biasa untuk tonjolkan kemampuan diri mereka. Bagi saya, pepatah melayu " Belakang parang jika diasah menjadi tajam" ada benarnya. Jadi saya mahu buktikan, bahawa pepatah itu ada benarnya.

Gerak kerja program ini bermula kira-kira sebulan sebelum program berlangsung. Pelbagai kesulitan berjaya diatasi dengan jayanya hasil kesabaran dan istiqamah semua pihak. Di sini, nilai kerjasama, kepimpinan melalui teladan, tolak ansur dan yang penting kesefahaman amat diperlukan dalam mengemudi bahtera perjuangan. Walaupun kami pada asalnya tidak mengenali satu sama lain walaupun tinggal sepagar, tapi kami berjaya tunjukkan bahawa kami mampu bekerja dengan baik.

Pejam celik, pejam celik, program pun berlangsung. Edisi sulung Camp-In Sahabat 2010 kali ini saya anggap sebagai pengukuhan jenama program dalam UTM. Sebanyak 59 orang peserta daripada 6 buah sekolah berbeza telahh menyertai program yang buat pertama kalinya diadakan di KSJ dan bawah kelolaan Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan, JKM KSJ.

Bagi saya, adalah melampau untuk orang bandingkan program Pesta Hari Terbuka Kolej dengan program ini kerana program ini baru je setahun jagung kat UTM, KSJ ini. Malah, kertas kerja serta konsep adalah 100% idea baru berkonsepkan lawatan + motivasi + inspirasi + rohani. Malah, saya berani untuk kata, inilah program yang kreatif dari segi khidmat bakti pendidikan yang dianjurkan di IPTA di Malaysia kerana mendapat sinergi konsep sedikit daripada Petrosains hasil pengalaman saya bekerja bersama mereka (Petrosains - Creating Wonders).

Pelbagai aktiviti dirancang bagi membuka minda peserta dalam program ini. Wakaka, santai beb tapi padat. Antara yang mendapat rating tertinggi peserta adalam Explorace @ UTM IC di mana mereka dapat melihat infrastruktur UTM secara informal semasa permainan. Bukan itu sahaja, setiap stesen menjanjikan ilmu yang berguna untuk mereka di alam persekolahan untuk dipraktikkan.

Menjunjung Amanah : Inovasi Baru dalam Motivasi

Selain itu juga, terdapat Sport IQ yang memerlukan kekuatan Fizikal, Mental dan Spiritual dalam mencapai misi, Menjunjung Amanah yang memerlukan semangat teamwork yang tinggi dan juga Team Building yang menyaksikan pelajar dari sekolah yang berbeza bersatu hati dan juga minda untuk menjayakan tugasan kumpulan yang diberikan. Semua ini sudah pastinya memberikan memori yang cukup indah buat mereka selama di KSJ, UTM.


Sinergi program ini makin hebat dengan slot ceramah motivasi oleh Encik Zulfikar Ahmad, Pakar Psikologi Pusat Kaunseling Kerjaya UTMIC, Syarahan Agama oleh Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Ramli, Pegawai Agama UTM IC yang bersayarah secara bersahaja dan menarik serta Taklimat dan Tips ke IPTA oleh Puan Mariam Baharom, Timbalan Pendaftar UTMSpace.

Yang Berbahagia Dato' Haji Zulkifli Mohd. Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah sudi turun padang untuk menyempurnakan majlis perasmian penutupan program ini. Beliau dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dan terima kasih atas inisiatif pengelola program ini menganjurkan program yang amat bermakna buat pelajar sekolah di Malaysia.

Secara konklusinya, Camp-In Sahabat telah berlangsung dengan berjaya sekali. Di harap batu asas yang telah dipacakkan oleh 20 orang perintis asas Camp-In Sahabat akan diteruskan pada tahun yang akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada senarai ini atas sumbang bakti dan juga nasihat bagi menjayakan program ini;

1. Y. Berbahagia Prof. Dato' Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM
2. Y, Berbahagia Prof. Dr. Mohd. Tajudin Haji Ninggal, Timb. Naib Canselor UTM (HEMA)
3. YB Dato' Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa
4. Y. Berbahagia Dato' Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, CEO Proton Berhad
5. Puan Siti Salamah bt Mohd. Shihab, Ketua Bahagian HEP, UTMKL
6. Encik Noh Muhamad Adlan Mohd. Noh, Pengetua KSJ
7. JKM KSJ
8. Dan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Penghargaan khas juga dirakamkan kepada PROTON Berhad kerana sudi menjadi penaja program ini. Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan tahniah atas 25 tahun penubuhan PROTON dan kini menjadi peneraju industri automotif negara dan antarabangsa. Tidak lupa juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyokong penganjuran program ini.

Tabik hormat juga saya tujukan kepada semua anak buah saya yang menjadikan Camp-In Sahabat terbaik dalam sejarah penganjuran program di KSJ. Tahniah saya ucapkan. Buat semua adik-adik, kami aabg dan kakak fasilitator ucapkan selamat maju jaya dan doa kami sentiasa bersama kalian. Teruskan usaha dan jangan mudah mengalah. Ok? Gambatte!!.. Adios.


Memori bergambar Camp-In Sahabat 2010


Bergambar bersama Yang Berbahagia Dato' Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, CEO Proton selepas sesi pembentangan projek

My Dream Team 4 Camp-In Sahabat 2010

Tarian Waka-Waka sempena world cup kot... Layan...:)


Bergambar kenangan di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, London... (iye ker?)


Majlis Penyerahan Tag kot.. Jgn malas wat kerja tau!!

== Terima kasih==




EmoticonEmoticon