• "Zaman dahulu dan sekarang lain" - Uncle Shahar

    Alhamdulillah, kita berbicara lagi. Pada hari ini saya berjaya menunaikan amanah saya kepada tempat kerja saya dengan jayanya. Agak penat tetapi rasa agak tenang kerana diberi ruang untuk bersama-sama berkongsi ilmu dengan pelawat di Petrosains.

    Hari ini, sekali lagi dalam minggu ini saya ditugaskan untuk menjaga stesen Huluan Eksplorasi di Petrosains bersama-sama dengan Azran, Syazwani dan Uncle Shahar. Wah, hari ini ramai sungguh pelawat yang hadir. Biasalah, dah mula cuti sekolah kan?? Dan hari ini juga menandakan bermulanya Program Cuti Sekolah di Petrosains, Muzik, Seni dan Sains. Nampak menarik kan? Nak saya ceritakan?? Mana boleh, kenalah alami sendiri di sana. Oleh yang demikian, berkunjunglah ke Petrosains untuk merasai kehangatan program ini (Ai, judi tukang promote pula).

    Kami habis sesi bekerja sekitar jam 5.30 p.m. Kemudiannya saya merehatkan diri saya dengan bertukar idea bersama salah seorang volunteer lama di Petrosains, Encik Shahar atau lebih mesra dipanggil saya sebagai 'Uncle Shahar'. Saya sebenarnya agak kagum dengan beliau kerana walaupun sudah berusia, tetapi beliau masih lagi aktif berkerja.

    Beliau merupakan bekas pelajar Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat telahpun berusia 60-an tetapi masih lagi aktif berkerja di sini. Beliau sudah berkhidmat bersama Petrosains selama lebih kurang lapan tahun. Sebelum itu, beliau pernah bekerja di luar negara bersama Kementerian Luar Negara dan juga syarikat agensi pelancongan. Beliau juga saya anggap sebagai seorang yang berfikiran jauh dan matang dari segi berpolitik kerana tidak memihak seseorang secara membuta tuli sebaliknya menilai sedalam-dalamnya latar belakang seseorang.

    Selaku orang muda, saya menggunakan peluang ini untuk mengetahui apakah bezanya hidup pada zaman sebulum merdeka dan selepas merdeka. Maklumlah, kebanyakkan antara kita hidup pada zaman pasca merdeka, celik sahaja mata, KLCC sudahpun di hadapan mata kita, kereta nasional pun dah meluncur depan mata kan? Jadi kita tidak pernah merasi kesusahan hidup pada zaman pasca merdeka.

    Bagi beliau, hidup pada masa kini dan dahulu teramatlah berbeza. Dahulu, nak belajar pun susah, keadaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu teramat daif. Bukan macam sekarang, anak-anak sekarang sampai dah jemu hendak belajar. Tetapi itulah, memang itulah rezeki yang anak-anak masa kini dapat. Memang beruntung benar mereka ini. Dahulu tidak banyak orang Melayu yang buka perniagaan. Sebagai contoh, zaman 60-an dan 70-an, mana ada banyak restoran Melayu dibuka di Malaysia. Hendak makan pun rasa ragu-ragu diluar. Malah, kicap pun orang cina yang buat. Ntah halal ke tidak kicap yang dimakan oleh orang Melayu pada masa itu.

    Pabila ditanya mengenai perubahan yang dilakukan oleh lima Perdana Menteri yang terdahulu, beliau berpendapat bahawa setiap Perdana Menteri negara kita mempunyai sumbangan yang signifikan dalam negara. Bagi beliau, PM yang paling menyerlah dari segi sumbangan adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad. Selama 23 tahun memegang tampuk pemerintahan, beliau berjaya mengubah negara kita daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

    Tambah beliau, beliau juga banyak membangunkan projek mega yang sebenarnya menguntungkan pihak masa kini. Sebagai contoh, beliau membina KLCC pada sekitar tahun 1990-an. Pada awalnya, beliau dikecam hebat oleh rakyat kita kerana melakukan projek-projek yang 'tidak logik' dek akal serta bakal menjadi projek gajah putih, tetapi beliau berjaya membuktikan bahawa sebenarnya perkara itu bukanlah satu halangan sekiranya azam untuk maju itu sudahpun tertanam dalam diri.

    Setelah mendengar pengalaman daripada orang lama, saya berpendapat generasi saya amat beruntung kerana sudah banyak nikmat di depan mata. Ya, lahir sahaja kita di bumi bertuah ini sudah dapat naik kereta naik kereta tempatan. Persoalannya, pernahkah kita terfikir siapa yang memulakan usaha ini?

    Saya amat malu apabila memikirkan sikap segelintir generasi saya yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pernah sedar nikmat yang diperolehi mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa kos mereka belajar di sekolah dan universiti itu banyak di tanggung kerajaan? Di mana silapnya sistem pendidikan kita sehingga melahirkan pelajar sebegini. Saya pun tidak mengerti. semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita supaya kita tidak kufur dengan nikmat yang diberi dan tidak sehingga ditarik balik nikmat yang telah diberi ini.

    Akhir kalam, saya amat bersyukur pada hari ini kerna Allah memberi ruang kepada saya untuk menimba ilmu yang berguna daripada seorang warga emas yang luas pengalamannya dan diharap agar Allah panjangkan usia beliau dan murah rezeki. Terima kasih kerana membaca blog saya dan nantikan post saya yang akan datang!
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan