• Cadangan untuk semua warga lepasan TIKL

    MySpace

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin page ini kerana memberi ruang kepada kami untuk bersama-sama berkumpul meluahkan persaan bangga dan cinta pada TIKL. Syabas saya ucapkan kepada para admin.

    Saya sebenarnya ingin menarik minat semua para lepasan TIKL untuk bersama-sama kita memikirkan idea jangka masa panjang untuk kebaikan alma meter kita, TIKL dan juga Persatuan Bekas Pelajar TIKL. Bagi saya, tibalah masa untuk kita memikirkan bagaimana untuk menzahirkan sebuah persatuan bekas pelajar atau alumni yang lebih kuat dan berpengaruh.

    Tidak dinafikan, kita mempunyai sebuah Alumni tetapi saya merasakan masih belum cukup aktif sepenuhnya. Pabila kita meyebut mengenai alumni, pasti terlintas dalam minda kita alumni sekolah yang berpengaruh seperti MACOBA, VIOBA, SJIOBA dan STAROBA. Kita perlu jadikan persatuan bekas pelajar yg berpengaruh ini sebagai benchmarking kepada kemajuan Alumtek TIKL. Kita perlu mengambil langkah awal dengan mendaftarkan pertubuhan alumni kita dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mengumpul dana sendiri.

    Sekolah kita bakal mencapai usia 100 tahun pada tahun 2026 yakni kira-kira 17 tahun lagi. Oleh itu, inilah masa yang sesuai untuk kita mengambil beberapa lagi tapak kehadapan untuk memajukan alumtek TIKL.

    Saya juga memuji tindakan team Alumtek TIKL yang kini kerap turun padang bersama-sama warga sekolah dan pengajar TIKL sekarang. Acara seperti Career Talk adalah salah satu kejayaan terbesar team Alumtek TIKL . Syabas saya ucapkan, dan diharap agar Team Alumtek TIKL dapat meneruskan agenda murni ini.

    Seterusnya, saya merasakan bahawa laman web Alumtek TIKL kurang berfungsi dan lambat dikemas kini. Ini mengakibatkan ramai lepasan TIKL lebih gemar memilih untuk online dalam fb mahupun myspace. Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa laman web Alumtek TIKL diadakan dengan konsep terbuka, dimana kami sebagai lepasan TIKL tidak perlu log in dan lebih bersifat santai seperti facebook. Mungkin pihak admin Alumtek TIKL boleh mengkaji format-format laman web Alumni yg popular seperti VIOBA dan juga MACOBA.

    Akhir sekali, pihak Alumtek TIKL perlu mengeluarkan borang keahlian bekas pelajar kepada semua lepasan TIKL yang berjaya dihubungi dan senantiasa dikemas kini maklumatnya. Aktiviti juga perlu dgerakkan agar persatuan ini tidak nampak suram. Team Alumtek juga boleh turun padang semasa hari-hari terakhir persekolahan agar dapat mempromosi Alumtek TIKL supaya ianya diketahui oleh pelajar-pelajar TIKL. Usaha sama ini boleh dijalankan bersama pihak sekolah.

    Harapan saya agar Alumtek TIKL bertambah maju dan berjaya menepati objektifnya untuk mengumpulkan kembali bekas pelajar TIKl yang lama terpisah. Saya menyatakan pendirian saya menyokong segala usaha yang memanfaatkan Alumtek TIKL dan pihak sekolah sendiri. Kita patut sedar bahawa sebuah sekolah yang cemerlang mempunyai sebuah persatuan bekas pelajar yang hebat. Ini memang telah dibuktikan melalui budaya sekolah-sekolah elit di negara kita dan antarabangsa amnya.

    Terima kasih dan mohon mencadang...
    viva TIKL

    ikhlas
    -Idham Mahdi-

    copy to ; facebook : TIKL page :

    1. http://www.facebook.com/pages/Technical-Institute-Of-Kuala-Lumpur-TIKL/140097333840?v=wall
    2. http://www.facebook.com/topic.php?topic=4543&post=73574&uid=28996049920#/group.php?gid=28996049920
    3. http://www.facebook.com/pages/Technical-Institute-Of-Kuala-Lumpur-TIKL/140097333840?v=wall#/group.php?gid=43910011792

    alumtek TIKL
    1. http://www.alumtek.net/v1/

    apex-tech community 07/08 alumni tikl
    1. http://apex-tech.via.my/
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan