• Kisah Pemuda Menaiki Teksi - 'Nilai E-Class'

    Pada suatu Jumaat, ketika daku mengembara ke bank untuk urusan kemasukan ke IPTA, ana menaiki sebuah teksi merah. Ana berkata kepada pemantu teksi ingin ke sebuah bank di Wangsa Maju. Pemandu teksi itu bersetuju lalu membawaku ke sana.

    Perjalananku dari tempat daku mengambil teksi ke bank itu ada la lebih kurang 10 minit. Tetapi 10 minit itu penuh dengan ilmu yang berguna. Alhamdullilah! Pemandu teksi itu menceritakan pada pagi tadi beliau agak kelam kabut dan kusut menguruskan anak-anak beliau bersekolah. Beliau juga menceritakan semasa beliau ingin mengambil saya sebagai penumpang, beliau juga ingin membeli makanan tengahari untuk keluarganya.

    Terlanjur bercerita mengenai membeli makanan, mata kami disajikan dengan pemandangan ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita perniagaan milik seorang peniaga melayu. Pemadu teksi itu memulakan persoalannya, salahkan seorang hamba Allah mencari rezeki di bumi Allah sendiri. Beliau mengajak saya berfikir sejenak bahawa semua ini adalah milik yang maha Esa dan manusia tidak layak untuk menyekat sesiapa pun untuk mencari rezeki yang halal.

    Beliau menyanggah sikap ahli PBT yang melakukan tugas yang telah diamanahkan secara tidak ikhlas. Apabila diberikan tip sahaja terus tutup mulut dan cerita. Beliau bertanyakan kembali sampai bila bangsa kita nak maju kalau asyik melakukan perbuatan terkutuk ini.

    Menyebut mengenai sifat ikhlas, kalau diikutkan memang tiada tolok bandingnya mengenai mata wang. Betapa tingginya nilai ikhlas itu disisi Illahi. Ana tertarik dengan contoh yang diberikan beliau, sebuah Mercedes E-Class amat mahal jika dibandingkan dengan kereta-kereta yang lain. Liahtlah di Malaysia berapa ramai yang memiliki kenderaan seperti ini. Sedikit kan? Begitulah juga dengan sifat manusia yang melakukan amal dengan ikhlas dalam bumi Allah ini.

    Akhir cerita, beliau menyimpulkan apa guna kita bersolat kalau kita meminta macam-macam dari Allah SWT. Benar katanya, semua itu dari Illahi, kita sebagai manusia perlulah buat amal secara Ikhlas, barulah apa yang terpendam dalm hati akan tercapai. Sebagai contoh, seorang bapa pasti akan membelikan hadiah sekiranya anaknya berkelakuan yang baik dan mendengar kata, tetapi akan marah sekiranya anaknya suka meminta-minta dan melanggar arahannya.


  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan