Tsunami Acheh, Indonesia pada 26 Disember 2004 |
Setiap sesuatu ada sesuatu. Disebalik kesusahan, ada kesenangan. Itu yang dapat kita lihat mengenai suasana pasca banjir yang teruk melanda bumi bertuah kita baru-baru ini.
Alhamdulillah, semua pihak tak kisahlah berlainan haluan ideologi dan pelbagai lagi jurang perbezaan berganding bahu bersama-sama membantu keluarga dan mangsa banjir untuk membina kehidupan. Inilah hikmah yang antara paling signifikan yang boleh kita dapati setelah musibah banjir melanda.
Saya terbaca satu artikel mengenai Acheh dan Tsunami yang melanda kawasan itu hampir sedekad lalu. Sebelum dilanda musibah, pelbagai perkara yang tak sedap dipandang berlaku di sana. Gerakan pemisah, maksiat, pergolakan politik dan pelbagai salah laku lagi berlaku di sana.
Setelah dilanda ujian Tsunami pada 26 Disember 2004, ianya datang seperti butang reset di Acheh. Dan alhamdulillah, Acheh kini membangun dengan pesat dan perpaduan di Acheh bertambah utuh.
Banjir di negeri Kelantan pada 2014 |
Mungkin ini jugalah yang ingin berlaku di Malaysia. Kita dapat lihat bagaimana pemimpin kita yang berlainan warna bendera bersatu dan membantu mangsa banjir. Gambar-gambar harmoni duduk semeja, tindakan bersepadu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri yang dilanda banjir walaupun lain parti dan pihak lain2 begitu prihatin menghulurkan bantuan dan komited dengan kebajikan mangsa banjir. Sesuatu yang kita jarang lihat dalam konteks politik di Malaysia.
Usaha yang baik ini harus kita sokong. Dan doa saya agar perpaduan kepimpinan ini berkekalan sampailah bila-bila. Inilah suasana yang didambakan rakyat selama ini iaitu kurangkan politik, bekerja dan berkhidmat demi rakyat.
Idham Mahdi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan