Seringkali bila chatting dengan kawan2 rapat, apa yang mereka rungutkan adalah kurang keyakinan diri, rasa tak cantik, gemuk dan pelbagai lagi kekurangan yang dimiliki.
Apa yang saya sampaikan pada mereka adalah perkara asas. Apa yang kita ada hari ini, adalah apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita. Tuhan dah cakap pada kita terang-terang, bahawa setiap daripada kejadian Tuhan itu adalah sebaik-baik ciptaanNya.
Mari kita renung satu ciptaan tuhan yang bernama Bunga Rafflesia. Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar didunia yang hanya tumbuh di hutan hujan tropika beriklim khatulistiwa.
Bagi sesetengah orang, bunga ini unik dan cantik. Ada juga yang menganggap bunga ini buruk dan meloyakan. Owh ya, tak pernah lagi orang ambil bunga Rafflesia letak dalam jambangan bagi pada kekasih, melainkan jika orang itu mungkin saintis dalam bidang pokok hutan tropika. Apa2 pun, ianya adalah mengenai persepsi, bagaimana kita menilai sejauh mana indah ciptaan Tuhan yang menciptakan sesuatu.
Jadi kenapa harus kita rungutkan macam-macam kekurangan pada diri kita, dan kenapa pula mesti kita bersusah hati dan kurang rasa yakin hanya kerana memikirkan persepsi orang lain terhadap kita yang kurang enak? Seharusnya, kita menghargai apa yang kita ada dan juga menghargai orang yang menghargai kita sebaiknya.
Percayalah, setiap perkara itu telah diaturkan oleh Tuhan dengan begitu cantik. Kalau dah rasa tiada siapa sayangkan kita, percayalah yang kita masih lagi ada keluarga, Allah, Nabi dan kawan2 yang sayangkan kita secara diam.
Sayang tak semestinya bagitahu kan? Apa yang penting adalah, jalani hidup seberapa baik yang boleh dan bersyukur dengan nikmat yang diberi. In sha Allah, bahagia akan muncul disebalik pelbagai kekurangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan