• Day 19 - Walau bagaimanapun keadaannya, lakukan dengan berbudi bahasa

    Ada 6 hari lagi sblm efest, persiapan makin rancak dijalankan. Jemputan, tempahan peralatan, hadiah, follow up pihak dan pelbagai lagi persediaan sedang giat dijalankan.
    Sepanjang pengalaman sy mengendalikan program, saat2 ni la paling tertekan, letih dan ada kadang kala fed up (tapi tak ada la sampai tarik diri).
    Pengalaman begini bagus, sebab ia akan mengajar kita menjadi lebih matang dan waras dari orang lain, juga sbgai latihan utk tangani tekanan bila saat2 genting.
    Cuma utk efest sy rilek sikit sbb 'direhatkan' Allah supaya sy dpt perhatikan hasil kerja sahabat2 sy dalam berprogram tanpa saya.
    Progress mereka setakat ni boleh dikatakan bagus. Tapi masih byk perlu dilakukan. In sha Allah, sy yakin dgn kebolehan mereka. Doa sy mereka boleh perform sehabis baik dgn pengalaman dan kualiti yg ada pada mereka.
    Sy juga harapkan bahawa, dengan lakukan gerak kerja EFEST ini mereka dpt belajar menjadi insan yg budiman. Belajar bagaimana utk berunding dengan orang lebih senior dr kita, belajar menyusun ayat dgn sopan dlm keadaan tertekan dan juga memperbaiki soft skill kearah yg lebih baik.
    Dalam apa jua tindakan kita, utamakan budi bahasa. Budi bahasa adalah lambang ketinggian budi kita.
    Salahuddin Al-Ayubi dlm sejarahnya berbudi bahasa malah siap membantu musuhnya walaupun ketika berperang.
    Sy nak anak2 buah saya faham, buat program bukan kerja one shot, habis dan cuci tangan, tapi yg penting bina jaringan, dptkan kepercayaan dan hormat orang di usia muda.
    Sy yakin mereka belajar dan menghayati detik ini. Ya, buat program penat, buang masa sepatutnya ditumpukan dgn amanah hakiki utk belajar, tapi percayalah, jalan yg dilalui itulah yg akan meletakkan kita beberapa tapak lebih kehadapan dr orang lain.
    Selamat maju jaya, sy yakin anda semua yg terbaik 
    Utk ketahui maklumat lanjut efest, layari fb.com/efestUTHM dan jgn lupa klik like 
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan