Batu Pahat 17 Dis. – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila diberi penarafan lima bintang dalam audit oleh Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating dari QS Intelligence Unit, London, United Kingdom semalam.
Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, UTHM menerima penarafan lima bintang untuk kriteria pengajaran, kemudahan dan juga inovasi.
Katanya, universiti itu juga menerima penarafan tiga bintang untuk skor keseluruhan yang meliputi lapan kriteria diaudit iaitu penyelidikan, kebolehpasaran pekerjaan, pengajaran, kemudahan, pengantarabangsaan, inovasi, tarikan serta kejuruteraan dan teknologi.
“Keputusan audit ini membuktikan keupayaan UTHM untuk bergerak setanding dengan universiti ternama lain dari dalam dan luar negara serta membuktikan keupayaan untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia"
“Pengiktirafan antarabangsa ini juga menaikkan status dan memperkukuh kedudukan universiti teknikal ini dalam menjadi universiti pilihan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Noh berkata, prasarana kampus yang kondusif dengan kewujudan infrastruktur moden yang disediakan di universiti itu dapat memberi kebaikan kepada penuntut dan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Katanya, penarafan lima bintang bagi kriteria inovasi pula dicapai melalui hasil penciptaan berkualiti dan penghasilan paten serta produk yang bersandarkan pelbagai penemuan dalam bidang kejuruteraan.
“Pengiktirafan antarabangsa ini juga menaikkan status dan memperkukuh kedudukan universiti teknikal ini dalam menjadi universiti pilihan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan