• Bahana Facebook - Jangan Main Sorong je Bro!

    Petikan facebook daripada seorang pemimpin mahasiswa 

    Saya semalam menghabiskan masa malam saya bersembang dengan rakan-rakan varsiti saya mengenai PRK UTHM dan juga isu PAU. Well, saya menghormati pandangan semua yang diluahkan kerana bagi saya, semuanya itu pasti ada asas. Itu sebab mengapa saya boleh buat kawan, sama ada pihak sini dan sinun. Ye la, Malaysia ini kita punya bersama.

    Salah satu isu yang dibangkitkan semalam adalah ulasan pemimpin mahasiswa dalam kampus X mengenai isu yang dibangkitkan di PAU oleh TPM mengenai langkah pembaharuan UMNO.
    Apa yang menjadi perhatian kami adalah mengenai salah tafsir beliau mengenai short form PRK. Dalam ucapan TPM, PRK dimaksudkan adalah Pilihanraya Kecil (pilihanraya yang dilakukan bukan pada waktu undi yang sebenar atas sebab spt kematian), tetapi ditafsirkan sebagai Pilihanraya Kampus.
    Kami sependapat, apabila nak keluarkan post / komen, perlulah dengan asas ilmu. Kalau setakat main post / komen je, inilah jadinya. Umpama kebanyakan keyboard warrior, cakap banyak tapi in the end, tak ada satu pun yang betul sebab mereka menulis dgn imaginasi.
    Sebagai orang yang berada dalam kelab selama beberapa ketika, apa yang dilakukan UMNO tak salah. Ye la, kalau UMNO tak gerakkan usaha untuk cari pemimpin pelapis, siapa nanti nak diharapkan dalam UMNO. Ianya kesedaran universal, bukan UMNO sahaja. Malah PAS, PKR dll pun begitu, cuma buat masa ini, UMNO dapat perhatian disebabkan PAU.
    Menyokong sesiapa itu adalah hak masing-masing. Tak perlu nak burukkan mana-mana pihak sebab masing-masing punyai kekuatan. Yang penting, kuatkan pihak masing-masing dengan kebijaksanaan dan usaha demi rakyat, bukan melayan fitnah, kata dusta dan mengutuk pihak yang tak sebulu.
    Pemimpin yang bagus akan sentiasa kehadapan walaupun pelbagai rintangan yang dialami. Sbg cth, lihat bagaimana TG Nik Aziz dan Kerajaan PAS skrg boleh bertahan sehingga sekarang walaupun kerajaan persekutuan masih lagi dipegang oleh BN. Saya tak fikir rakyat Kelantan tak tahu menilai.
    Salam hormat
    Idham Wan Mahdi
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan