Diam tak diam, dah setahun sy tinggal di rumah sewa. Bila lepak minum dgn kawan-kawan, terutama yang dari UTMKL, mereka pun terkejut orang yang mcm saya memilih utk tinggal di rumah sewa.
Jawapan saya mudah, sy ingin pengalaman baharu. Memang semua orang yang mengikuti saya tahu saya bukanlah seorang yang benar-benar 'sabar' dan 'setia' buat perkara yang serupa, melainkan jika ada 'Faktor X' disitu.
Tinggal di kolej kediaman bagi saya best (bagi saya la). Aktiviti ada, kehidupan sosial sedikit terjaga, ada kawan-kawan yang prihatin dan berjadual. Itu kelebihan kalau tinggal di Kolej Kediaman. Rumah sewa menjanjikan cabaran yang sedikit berbeza. Iman kene kuat, masa kene pandai bajet, duit kene lebih berjimat, tapi yang best, saya kembali bergaul dengan masyarakat. so masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Alhamdulillah, saya sekarang menikmati sebaiknya hidup saya sebagai seorang mahasiswa dan sebahagian daripada masyarakat Parit Raja.
Jadi, tinggal di rumah sewa atau kolej kediaman saya tinggalkan kembali kepada kalian. Cuma walau apapun keputusan kalian, nikmatinya dengan sebaiknya kerana tempoh bergelar mahasiswa itu singkat, melainkan jika anda bercita-cita untuk terus menjadi mahasiswa.. (kalau iya pun apa slhnya...)
Salam hormat,
Idham w. Mahdi
Idham w. Mahdi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan