• 300814 - Malang Tidak Berbau


    Suatu petang di Peserai, ketika menunggang motorsikal menuju pulang ke UTHM dari menyelesaikan projek UTHM di Parit Sulong, dan untuk menyambung kerja Biro Tugas-Tugas Khas, Minggu Haluan Siswa UTHM, aku telah dirempuh oleh sebuah Proton Saga dari sebelah kanan yang ingin masuk ke simpang.

    Kemalangan telah menyebabkan kecederaan yang serius pada kaki sebelah kanan aku yang telah patah tulangnya.

    Aku telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dirawat. Terima kasih buat orang awam yang berhenti membantu aku yang tak berdaya untuk menghubungi waris aku dan juga pihak yang berkenaan. Aku juga telah menghubungi rakan, Azmi Omar dan En. Khirul bagi memaklumkan keadaan aku.

    Malam itu juga aku ada minor operation untuk memasukkan besi ke dalam tulang betis aku bagi membetulkan allignment kaki yang lari.

    Sakit? Allah sahajalah yang tahu betapa peritnya melihatnya peha berbentu zig zag yang kebiasaannya lurus. Helmet pula pecah kesan dari hentakan pada tar.

    Kemalangan ini telah mengubah nasib aku daripada seorang terlalu sibuk kepada yang tiada apa-apa. Mungkin hikmahnya, Allah merehatkan aku setelah tiga bulan bercuti ini aku habiskan untuk projek UTHM sahaja.

    Ya, dalam gambar aku nampak tersenyum, dalam hati, siapa yang tahu.

    Pasrah sahaja.




  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan