• Soft Skills : kita patut kuasai


    Semalam, saya diberi tugas untuk mencari komputer riba untuk kegunaan adik saya di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Sebelum membuat keputusan untuk membeli komputer riba apa, saya membuat penilaian untuk model laptop yang saya akan dapat dengan jumlah amaun yang diberi ibu bapa saya. 

    Saya belajar sesuatu daripada proses ini. Di mana bukan mudah proses utk meyakinkan orang untuk membeli produk yang dijual. Daripada10 booth / kedai yang saya pergi, 6 daripadanya adalah dari jurujual Melayu. Tetapi akhirnya, saya berjaya diyakinkan untuk membeli model laptop oleh seorang jurujual cina. Kenapa?

    Bukan fasih pun jurujual cina berbahasa Melayu, tetapi cara mereka saya kira sgt meyakinkan

    1. Mereka friendly. Walaupun lain bangsa, tapi mereka sedaya upaya melayan kita sebaik mungkin
    2. Manis muka dan terbuka menerima ilmu dan pendapat yg lain
    3. Cara mereka bersetuju dan memberikan pendapat lebih lembut dan tidak terlalu memandai2
    4. Cara promosi yang lebih kreatif.

    Semua ini adalah softskill yang dipelajari daripada pengalaman dan juga kerajinan. Soft skill inilah yang kita patut kuasai. Banyak gunanya, terutama buat mereka yang bergelar umat Islam. Ye la, bagaimana kita mahu berdakwah kalau kita tak ada softskill yang sedemikian rupa? Adakah orang akan tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan?

    Peringatan buat diri saya terutamanya. Salam ukhwah dan assalamualaikum.

    P/s : special thanx to laptop master, Hiroshi Aki utk recommendation smlm. Hee...
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan