• Majlis Konvokesyen UTM ke-51



    Diam tak diam, sudah dua edisi konvo selepas saya dan rakan-rakan konvo. Banyak kenangan manis dan juga sedih (juga semasa raptai Konvo) berlaku. Konvo yang ke-49 jugalah hari terakhir saya menyarung baju logo UTM secara rasmi dan menyanyikan lagu Keunggulan Terbilang di Dewan Sultan Iskandar

    Ingatan dilayangkan kepada semua rakan-rakan satu batch 2009-2012 yang mengharungi susah senang bersama sepanjang 3 tahun di UTMKL. Semoga kalian semua berjaya dalam apa jua yang dilakukan sekarang.

    Tidak dilupakan juga buat Arwah Khalis dan Arwah Ridwan yang kembali ke rahmatullah semasa belajar bersama dan beberapa detik sebelum dinobatkan secara rasmi sebagai graduan UTM. Al-fatihah.

    Terima kasih juga buat para pensyarah yang tidak jemu-jemu mengajarkan kami ilmu walaupun kadang kala perangai kami ini mungkin tak sedap dipandang. Walaupun begitu, kami tetap ingat semua lecturer kami. 

    Kepada junior2 yang bakal bergraduasi minggu ini, TAHNIAH saya ucapkan. Andalah kebanggaan UTM dan juga ibu ayah anda. Semoga detik graduasi anda sebagai pemangkin untuk terus mengejar kejayaan pada masa hadapan. 

    Jadilah seorang graduan yang beriman dan bertakwa, nescaya kalian semua akan menjadi sumber inspirasi kepada pembangunan Ummah sejagat. Anda semua hebat! 
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan