• Muadzam Shah : Memori yang membuka perspektif hidup saya

    Saya anak KL, hidup di hutan batu, konkrit dan keluli, terdedah dgn teknologi dan pelbagai lagi perkara yang ada di metropolitan KL. Ditakdirkan Allah, suatu hari saya terpilih mengikuti program kepimpinan yang saya kira sedikit sebanyak membuka perspektif yang lebih luas dalam hidup saya.

    Dgn hanya berbekalkan duit yang sedikit, perjalanan yang bermula dari KSJ-Nilai-Seremban-Bukit Katil-Segamat-Muadzam Shah-Pekan-Kuantan-Kuala Lumpur dgn hanya menggunakan pengangkutan yang ada sekeliling kami.

    Apa yang saya mahu kongsikan di sini, pengalaman saya ketika di Muadzam Shah, di mana tugasan sy dan dua org rakan adalah masuk ke kampung org asli dan melaksanakan program khidmat masyarakat di sana.

    Bermuhasabah dgn apa yang dilihat, anak2 org asli yang tidak berbaju, rumah serba x lengkap dgn tiada elektrik dan makan pun kais pagi dan kais petang. Tok batin menceritakan kesulitan org asli pahang yang diancam dgn penipuan tanah dr pihak pemaju dan juga kdg kala terpinggir dgn perancangan pembangunan nasional. Rata2 pendidikan anak2 di sini juga hanya takat sek rendah sahaja, itupun yg mana mampu.. ramai yg x bersekolah..

    Masa yang suntuk membataskan pertemuan kami, tetapi membuka kotak hati bahawa dalam kemajuan kita hidup di malaysia, masih ada lagi yang terpinggir dek arus kemajuan. Sesuatu yang harus difikirkan oleh saya dan rakan2 utk memperbaiki sosio budaya dan ekonomi golongan sedemikian rupa. Sbb, kamilah yg mungkin suatu masa nanti akan menjadi pewaris apa yg ada sekarang.

    Universiti seharusnya memperbanyakkan program sedemikian rupa, supaya dapat melahirkan mahasiswa yg matang dan bersyukur dgn apa yang mereka miliki.


    Saya dan Farhana bersama Tok Batin Kg. Kundang untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan