Bukit terus ditarah Demi nafsu pembangunan serakah Terluka tapak merah Umpama kulit dihiris berdarah Yang diatas terus mewah Yang dibawah terus dikerah Sampai mati cedera parah Hidup merempat tak tentu arah Hanya kerana hidup nak bertanah
Pabila bumi naik marah Habis bala turun bersepah Baru tahu nak menggelabah Sesal tiada siapa yang endah Habis rosak dara hijau punah Perogol alam punya karenah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan