Pada hemat saya, keterujaan transformasi sana sini menjerat diri. Perubahan itu bagus, tapi kalau pelaksanaan lemah, setakat memenuhi hasrat menteri, akibatnya nasib anak2 diperjudi.
Rasanya Prof DiRaja Ungku Aziz ada menegur keghairahan pak2 menteri untuk mengubah lanskap pendidikan yg diamalkan sejak merdeka, tetapi dipandang sepi. Akhirnya, memakan diri sendiri.
Walau apapun, tindakan pantas perlu direncanakan agar tiada lagi nasib 'tikus uji kaji' berlaku pd adik2 kami.
Ianya tak mengejutkan bila baca rintihan para guru ttg pelaksanaan PBS yg cantik atas kertas kerja, tp lemah pelaksanaanya (skrg digantung pelaksanaannya), maka tak terkejutlah keputusan PT3 dan sblm itu UPSR, merudum...
Kasihan..
-mangsa tragedi PPSMI-
P/s : rasanya ramai yg jd golongan professional skrg ni pun lahir dr sistem pendidikan yg diguna sejak merdeka? Apa dosa sampai nak rombak semua... berfikir... berfikir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan