Saya telah mengusahakan utk menganjurkan program ini sejak awal tahun 2014 dan bekerjasama dengan rapat bersama Pengarah Pusat Perniagaan dan keusahawanan dan juga staf.
Festival Keusahawanan UTHM adalah program sulung UTHM berskala besar bagi keusahawanan, menyambut dasar baharu KPM yg lebih fokus kpd keusahawanan di peringkat universiti.
Kalau difikirkan logik, apa kepentingan program ini kpd mahasiswa? Di sini letaknya peranan sy dan rakan2 penganjur siswa, menjadi saluran yg efektif mewakili mahasiswa supaya program yg dianjurkan tidak syok sendiri dan memberi manfaat kpd mahasiswa dan usahawan setempat amnya.
Ada byk program yg berkualiti mengenai mereka yg mahu menjadi usahawan di bangku siswa yg dianjurkan. Izinkan sy senaraikannya.
1. Jualan keusahawanan
2. Forum keusahawanan UTHM bersama SME Corp, PUNB dan Tekun
3. Seminar Keusahawanan Siswa UTHM bersama alumni UTHM yg berjaya menjadi usahawan spt Harwin
4. Bengkel Keusahawanan Online dan Penghantaran oleh Poslaju
5. Grooming bersama personaliti terkenal
6. Forum Hal Ehwal Islam mengenai keusahawanan dan islam in sha allah bersama Dai Azam Al-Kankari dan IM Naim
7. Dan pelbagai lagi aktiviti berteraskan keusahawanan dgn pelbagai genre pendekatan.

Hanya yang berfikir jauh, optimis dan tak melepaskan peluang shj akan mengikuti hidangan program yg mampu memberi nilai tambah kpd diri sendiri.
Zaman sekarang bukan mcm zaman dahulu, makan gaji boleh kaya, sebaliknya usaha sendiri dan berniaga. Bukankan Islam dah terang2 kata 9/10 punca rezeki itu dtgnya dr berniaga.
Misi sy dan penganjur, kita nak wujudkan masyarakat mahasiswa yg mampu menjana pendapatan sendiri sejak dr zaman universiti. Kalau boleh, kita mahu mahasiswa kita menjadi penjana pendapatan dan pekerjaan, bkn perebut pekerjaan dan makan gaji shj.
Bukankah ianya tuntutan untuk kita menjadi ummah yang maju dan berdaya saing supaya dpt menyempurnakan ibadah yg ditetapkan oleh Islam spt Zakat, Haji dan umrah dll lain2?
Jgn lupa lock kalendar anda pd 23-27 September 2014 di Perkerangan Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM Johor utk mengikuti program ini. Ingat, peluang takkan dtg bergolek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan