Pada ketika ini, sy sedang memerhatikan perkembangan EFEST daripada jauh, memastikan perjalanan program berjalan seperti yg dirancang dan juga memberikan nasihat apa yang perlu dilakukan kpd rakan2 saya. My highest credit goes to Syahir dan pasukan kerana berjaya memastikan EFEST dpt bermula dengan baik smlm.
Tumpuan sy turut dicuri dengan demam PRK di UTM yang telah pun bermula beberapa hari lepas. Ya sy mmg masih ambil tahu perihal UTM sebab bagi saya UTM sangat dekat di hati saya. Tahun ini menyaksikan ramai lagi kenalan saya yang bertanding. Mereka juga bermula dengan penganjuran program secara kecil2an di UTM dan menganggotai JKM / Kelab di UTM dahulu.
Jadi sy mmg tahu, suatu masa nanti jika bakat mereka ini diteruskan, in sha Allah mereka akan diangkat menjadi pemimpin. Selamat maju jaya buat rakan2 saya yang bertanding, tak kisah la sama ada drpd ProM, Aspirasi ataupun Bebas.
Bagi saya, tak mengapa berbeza fahaman politik dan ideologi, sebab manusia takkan pernah sama cara berfikir dan tak lari daripada perbezaan, apa yang penting adalah kesepakatan utk menjaga kebajikan mahasiswa. Mereka harus terus menjadi wakil yang 'bijak' utk terus memberi tekanan secara berhikmah kpd pihak universiti menyediakan kemudahan yang terbaik kepada mahasiswa, bukan akhirnya menang dan menjadi lembu dicucuk hidung.
Menjadi MPM (di UTHM, MPP) sudah semestinya mendapat perhatian drpd seluruh universiti. Pilihan berada ditangan anda, sama ada menjadi seorang pemimpin yang memahami denyut nadi siswa dan universiti, atau setakat tumpang glamour atas nama dan yang lebih teruk, menggunakan jawatan setakat kepentingan diri sendiri.
Sekali lagi, saya mengucapkan selamat berjaya kepada rakan2 saya yang menjadi MPM UTM, jika dipilih, berkhidmatlah sebaik mungkin utk yang mengundi untuk kalian dan lakukan yg terbaik demi mengangkat keunggulan universiti.
Selamat berkempen!
Salam hormat,
Idham Wan Mahdi
Idham Wan Mahdi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan