• Buat sahaja sehabis baik


    Minggu study week sem ini memang sangat menguji diri..

    10/50
    20/50
    4/50

    Carry mark rendah... ayoyo.. Apa boleh buat, dah itu sahaja rezeki kita. Saya tak berapa gemar untuk terlalu memikirkan mengenai carry mark rendah ini. Apa yang saya tahu, buat sahaja yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.

    Saya kenal diri saya, kalau itu rezeki saya, setakat itulah. Yang penting saya tahu itulah usaha saya. Jadi untuk final, saya perlu gandakan usaha supaya keajaiban masa menjawab final boleh berlaku.

    Ingat, yang menanda kerja jawapan itu juga manusia. Macam-macam boleh berlaku. Jangan kita tutup peluang dengan masa lalu kita dengan perkara yang sudah berlalu, sebaliknya selagi ada masa, cubalah yang terbaik.

    All the best untuk final exam!

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan