• Teguran Buat Anak Melayu


    Ini mungkin pedas buat anak-anak Melayu yang cakna mengenai isu politik. Ya, memang pedas pun bagi saya juga. Cuma, teguran beliau ada asasnya. Kita patut semak kembali diri kita. Masalah politik tetap ada, dan mungkin akan berubah mengikut keadaan, tetapi masalah diri sendiri, sendiri yang betulkan. Tak ada orang lain pun. Kalau dah gagal dalam pengajian dan terlibat dalam macam-macam masalah, tak adanya orang politik nak datang mai dan bantu.

    Jati diri pemuda Melayu juga dipersoalkan oleh Tan Sri Nordin Kardi dalam status facebooknya :-

    "mengapa anak muda melayu berhenti berarak di padang kuala lumpur? adakah kerana disuruh oleh orang lain supaya berhenti di situ sahaja? tidakkah anak muda melayu sudi meneruskan berarak dari hulu kelang, ampang sehingga muara sungai kelang di selat melaka menuntut pemimpin umno, pemimpin pas, pemimpin pkr atau apa saja yang bernama pemimpin melayu baik politik, perniagaan, universiti, pendidikan, dan lainnya supaya memerah otak, menegang urat lengan, memperkukuh kuda-kuda mengembalikan tanah dan maruah melayu di sepanjang pesisir sungai batu, sungai gombak dan sungai kelang sebagai menghargai titik peluh datuk nenek melayu dahulu yang hanya berbekal parang, kapak dan cangkul menebang hutan, meratakan tanah, menggali parit dan sungai di seluruh lembah kelang? mengapa membenarkan diri tunduk kepada satu aliran sahaja, sedangkan kuasa pemuda itu boleh digembleng untuk tujuan lebih besar dari itu? mengapa membenarkan diri ditakluk ideologi asing???? beraraklah dari hulu sungai-sungai di lembah kelang sampai ke muaranya sehingga tapak kasut pecah dan kaki berdarah!!!!!!! kuala lumpur dan seluruh lembah kelang menuntut jeritan tenaga muda yang bebas berfikir sendiri!!!!! mengapa membenarkan diri diikat? mengapa tidak menjadi diri sendiri?"

    Jadi, masih ada lagi yang terluka? Kenapa masih berjuang dengan terikat kepada kerangka politik. Its time to be free.

    Tun M, Anwar Ibrahim pada zaman student pun jadi independent warrior dengan cara sendiri. Ambil iktibar.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan