• Komited untuk Majukan Budaya Keusahawanan UTHM

    Sudah bulan ketiga saya berada dalam organisasi KKDT. Cabaran saya galas setakat ini adalah bagaimana untuk saya menyampaikan hasrat mahasiswa UTHM dalam usaha untuk menambah baik suasana budaya keusahawanan di sekitar kampus melalui medium KKDT.

    Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menyampaikan hasrat itu melalui Bengkel Halatuju Keusahawanan Mahasiswa UTHM baru-baru ini, dan insyaAllah, saya bersama-sama rakan kepimpinan dalam KKDT, Kosiswa dan MyAgrosis akan bersama-sama menganjurkan pelbagai genre program yang terarah kepada bidang keusahawanan.


    Membentangkan Gerak Kerja dan Perancangan KKDT dalam usaha untuk merevolusikan budaya keusahawanan di UTHM


    Terima kasih buat Pengarah CBER, Dr. Wan Fauziah dan Penolong Pendaftar CBER, Encik Ahmad Khirul Nizam Ali yang senantiasa terbuka untuk menerima pendapat kami. Terima kasih buat rakan-rakan mahasiswa di UTHM yang tak putus-putus approach saya memberikan cadangan dan kritikan yang membina dalam usaha memperbaiki budaya keusahawanan di UTHM.

    Saya amat berharap agar rakan-rakan UTHM terus menyokong KKDT dan juga entiti keusahawanan mahasiswa yang lain seperti Kosiswa dan MyAgrosis untuk menjayakan pelbagai agenda keusahawanan yang lain.

    Ambillah peluang di Universiti ini untuk mencari pelbagai ilmu yang bermanfaat demi masa depan.

    #DemiSiswa
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan