Alhamdulillah, selesai sudah PRK di IPTA2 di seluruh Malaysia. Yang menang PRK, tahniah ya utk jawatan dan takziah untuk tanggungjawab, dan yang kurang bernasib baik itu, belum tiba masanya lagi berkhidmat. Dalam kes ini, kita perlu percaya bahawa semuanya dalam perancangan Allah, sebaik2 perancangan. Selamat bertugas.
Ada juga yang bertanya kepada saya, kenapa tidak bertanding PRK? Saya hanya tersenyum sahaja. Mungkin belum terbuka pintu hati kot. Lagipun, saya suka bergerak dan juga berfikir dalam kerangka lebih merdeka, tidak terkongkong dalam blok pemikiran mengikut puak mahupun kepartian. Tapi itu bukan bermakna saya freethinker dalam asas politik kampus.
Ada orang kata jadi siswa yang terlibat dengan politik kampus lebih baik daripada jadi siswa yang seperti binatang ternak. Cuma saya nak jumpa la siapa yang keluarkan 'kata-kata hikmah' ini. Bagi saya, orang yang keluarkan statement betul2 tak kaji trend anak muda masa kini. Ambil masa lapang, bacalah tentang generasi manusia.. Siswa zaman sekarang yang rata-rata Gen Y lebih senyap tetapi tak bermakna mereka tak mengetahui. Gen Y tak sama macam Gen X yang lebih ekstrim menyuarakan pendapat, seperti zaman Anwar Ibrahim di Universiti pada tahun 70-an dulu.
Gen Y lebih cekap menggunakan medium media sosial dalam menyuarakan pendapat mereka, malah mendapat audience yang lebih efektif daripada zaman gen X.
Gen-Y yang senyap ini bukan bodoh2 ayam utk ditipu. Mereka banyak bermain dengan fakta dan analisa. Ye la, tahap intelek pun makin tinggi. Cuma kadang kala mereka memerlukan mentor yang boleh membimbing mereka menjadi seseorang yang lebih matang. Alhamdulillah, kecenderungan mereka memilih ke arah keIslaman dan kesederhanaan kebelakangan ini amat menggalakkan dan positif.
So, kalau jumpa golongan mahasiswa yang nampak tak berapa aktif atau ambil tahu ttg politik, jangan simply label binatang ternak tau. Mungkin yang dilabel binatang ternak tu la lebih berjaya daripada yang cakap banyak tu..
-
Selesai PRK, Next?? Unknown 9:09:00 PG
You might also like
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan