• Koreksional - Bahasa melayu kekurangan perkataan ke?

    Ihsan Blogger Lain :) - Terima kasih

    Perkara ini mungkin terpencil, tapi jika dibiarkan, ianya boleh menjadi satu bukti betapa lemahnya penguasaan bahasa melayu dlm kalangan pegawai kerajaan, terima kasih atas dasar terlalu taksub berbahasa Inggeris, sehinggakan bahasa ibunda sendiri pun dianak tirikan. 


    Buruk bunyinya apabila tempat agensi kerajaan mengambil bulat2 bahasa Inggeris utk dimelayukan. Kenapa tidak terus merujuk kepada DBP dahulu sebelum dinamakan? Atau DBP sekali pun dua kali lima sahaja gamaknya. Biarlah tembok batu di Puncak Alam itu berbicara persoalannya.

    Bukankah lebih cantik jika pusat itu dinamakan Pusat Pemulihan daripada Koreksional. Pelik sgt bunyi itu. Tambah pula, perkataan Korek tu, dah mcm apa ntah nak dikoreknya. 

    Inilah yg dibimbangkan pakar bahasa Melayu dan para sasterawan, akibat terlalu mengangkat bahasa Inggeris di bumi sendiri, bahasa Melayu menjadi bahasa muzium, dan lama kelamaan, penggunanya pun pupus ditelan zaman. 

    Kepada penjawat awam yang mengabaikan bahasa Melayu, ambillah iktibar daripada isu ini. Jangan nanti anak cucu kita langsung tak mampu nak bertutur bahasa Melayu yang betul akibat terlalu mengagungkan bahasa asing.

    ♥Bahasa Jiwa Bangsa, pasak budaya 
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan