Saya bersama rakan sekuliah saya, seorang perempuan cina pulang ke rumah (Rumah kami di luar kolej kediaman dan kampus) dengan menggunakan bas. Kami menunggu dari jam 8.50mlm sehinggalah bas tiba pada jam 10.10malam. Kami berbual panjang, dan antara yang kami bualkan adalah cara beliau berulang alik kampus-rumah, dengan menggunakan medium bas perantara UTHM. Beliau ada menyatakan bahawa sistem bas sedia ada tak effisen (kami merasai sendiri pada malam itu, menunggu lebih sejam untuk mendapatkan bas ke luar). Beliau berkongsi juga kesukaran beliau menghabiskan berjam-jam setiap hari hanya utk menunggu bas sahaja, sebab jadual bas tidak disusun dengan baik dan kerap kali lambat.
Bagi saya, saya bersimpati dengan beliau. Untung saya lagi sebab ada motorsikal, tapi ditakdirkan Allah saya merasai pengalaman beliau pada hari tu dan turut sama menggunakan bas. Saya memikirkan beliau perempuan, turun ke kuliah di awal pagi dan pulang dilewat malam dengan memenuhi tuntutan kuliah, ditambah pula masa yang terbuang tunggu bas. Kalau saya ditempat beliau, saya pun boleh panas hati hari-hari.
Kenapa masalah yang sama berlarutan? Mudah sahaja pada hemat saya, kerana pemimpin yang sepatutnya tidak merasai apa yang orang di bawah rasa. Yang diangkat dan merayu undi untuk berkuasa tak mahu atau jarang pandang kebawah, sebab terlalu seronok jadi tali barut universiti. Terlalu leka dengan kemudahan yang diberi universiti sehingga melupakan golongan yang membuang undi masa pilihanraya kampus dahulu.
Kalaulah pemimpin di atas merasai kesusahan orang di bawah ini, dan terdetik pada hati murni beliau, sudah pasti beliau takkan biarkan perkara ini berlaku lagi.
Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah dan memudahkan urusan orang yang dibawahnya demi kebaikan bersama...
-
Kerana Pemimpin Tidak Merasai Unknown 8:05:00 PG
You might also like
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan