Ihsan Google |
Tahun ini, sudah 56 tahun kita menikmati kemerdekaan, pembebasan dari penjajah setelah hampir 5 abad kita dijajah bermula dari tahun 1511. Tetapi persoalannya, apakah dunia kita dan minda kita hari ini benar-benar sudah merdeka? Apa kayu ukur yang kita gunakan untuk menilai sejauh mana kita merdeka?
Beberapa persoalan saya lontarkan untuk kita selidiki sama-sama
1) Apakah perbuatan kita masih lagi terikut-ikut dengan budaya luar?
2)Apakah kita masih bangga memakai barang buatan negara sendiri berbanding negara luar?
3) Bagaimana kita menyambut merdeka - dengan konsert hendonisma yang melalaikan semata-mata atau pengisian kerohanian memantapkan jiwa merdeka kita?
4) Mengapa kita begitu berkira untuk mengibarkan bendera dengan menggunakan wang poket kita sendiri dan terlalu mengharap kemurahan hati kerajaan dengan bendera free?
5) Sejauh mana kita mampu bertolak ansur dengan ideologi yang membezakan kita dengan meletakkan keutamaan untuk memgutamakan negara?
6) Sekerap mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri melalui kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu serta sekarang dan menginsafi kesilapan yang masa lalu?
7) Sejauh mana sumbangan kita pada negara tatkala kita selalu mengharap manfaat daripada negara?
8) Apakah jiwa kita benar-benar merdeka?
Merdeka bukanlah semata-mata terpacak sebuah KLCC atau Menara KL, kereta nasional menyusul di jalan raya atau anak-anak watan hidup kaya raya, tetapi merdeka adalah manifestasi kepada kekuatan sesebuah Negara, keteguhan spiritual, kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Negara, ketinggian keimanan kepada Allah SWT dan pembangunan secara fizikal dan rohaniah yang seimbang dalam menuju redha Allah SWT.
Kita akan benar-benar merdeka dengan reda Allah, tiada jenayah kerana takutkan Allah dan hidup di bawah payung rahmat Allah dengan selesa.
Jangan ulangi kesalahan yang sama. Nyahkan konsert-konsert hiburan daripada sambutan Merdeka, penuhkan masjid dan surau dengan majlis yang lebih barakah, seperti solat hajat, bacaan yassin dan tahlil buat perwira negara dan juga anjurkan majlis-majlis ilmu.
Seandainya kita masih degil untuk menganjurkan dan menghadiri konsert-konsert hiburan yang melalaikan pada malam ambang Merdeka, ianya saya rasa sama jijik seperti kencing di atas pusara perwira negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan