• Maaf, saya bukanlah yang baik

    19-8-2013

    Hari ini saya demam. Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya berpeuk tubuh di rumah. Macam biasa, saya cuba sebaik mungkin untuk membantu adik-adik dan mak ayah di rumah. Bergerak ke sana kemari serata KL, masak dalam rumah dan buat segala kerja-kerja di rumah selagi terdaya.

    Mungkin, demam ini datang dari stress yang berpanjangan. Tak tahulah bila sembuh. Mungkin bila dah reda semua, sembuh la kot. Masih jadi teka teki.

    Hujan membasahi bumi KL hari ini, mungkin ia mengiringi hati yang menangis hari ini. Bila jiwa tak berapa tenang, semua kerja pun tak menjadi. Bawa kereta pun hampir kemalangan hari ini. Mujurlah Allah masih sayangkan saya lagi.

    Secara jujurnya, saya cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang. Yang terbaik. Tapi kadang kala, sejauh mana kita usaha, ada sahaja yang tak kena. Ada orang kata, saya patut putus asa, tapi saya yakin, putus asa itu gagal segala-galanya.

    Memikirkan yang ayah dan mak saya tak berapa sihat, saya perlu jadi segagah yang boleh demi keluarga. Suruhlah apa sahaja, saya sanggup asalkan keluarga saya harmoni sentiasa. Walaupun saya sendiri mungkin penat atau demam, merintih keseorangan. Bukan nak harapkan simpati sesiapa, jauh sekali nak harapkan belas ihsan orang lain.

    Saya juga ada orang yang saya sayang. Kerap kali dia merajuk dengan saya kerana saya abaikan dia. Malah, mungkin marah dan menyumpah2 saya sbb perkara yang sama.

    Tak mengapalah, salah saya. Benar katanya, 24 jam sehari tetapi tak mampu nak luangkan beberapa ketika untuk dia. Malah, banyak lagi medium lain yang boleh digunakan untuk sampaikan pesanan selain sms yang memerlukan kredit.

    Saya bukanlah abang yang baik, apatah lagi teman yang baik. Tetapi selagi hayat dikandung badan, saya akan cuba sehabis yang baik.

    Terima kasih sudi membaca
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan