Gambar ihsan Arus Baru |
Keputusan Kes kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible yang diputuskan pada 22 Ogos 2013 adalah seperti berikut:-
1) Bible bahasa melayu masih seperti status asal iaitu dibenarkan.
2) Kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh pihak kristian
3) Permohonan pihak kristian utk meneruskan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah ditolak. Permohonan peguam muslim supaya kes kalimah Allah ini dibicarakan lagi telah berjaya.
4) Permohonan pihak kristian untuk menolak pencelah dari Majlis Agama Islam juga tidak dibenarkan. Pencelah dari Majlis Agama Islam sekarang berstatus sebagai perayu yang sah bagi kes kalimah Allah ini.
Hari ini kita MENANG! Namun tidak menang secara keseluruhan. Kes akan diteruskan di pada 10 September 2013. Ucap dan sujud syukur. Alhamdulillah.
p/s :- Persoalannya, pihak-pihak tertentu cuba menpersibukkan umat Islam dengan isu-isu remeh supaya mereka boleh mencari helah lain dengan isu-isu kontemporari yang lain. Umat Islam harus berjaga-jaga dan peka dengan perkembangan yang membimbangkan ini. Kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan