• Hidup kata pergi, maut kata mari..


    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera

    16 Ogos 2013

    1. Pagi tadi mendapat khabar yang kawan satu flat yang sebaya dan adiknya maut dalam kemalangan di Bidor. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga Allah merahmati mereka. Al-fatihah.

    Ini mengingatkan saya bahawa maut tak kira usia, hari ini mungkin kita bernyawa, esok belum tentu lagi.. 

    2. Kecuaian membawa padah. Hari ini semasa saya menghantar adik saya ke bank, seorang penunggang motorsikal dan pemboncengnya dimarahi di simpang jalan di Wangsa Maju kerana memberhentikan motor pada kotak kuning. Memang patut pun begitu, kerana kotak kuning itu adalah kawasan larangan berhenti, dan hormatilah hak orang lain semasa di jalan raya.

    Mati itu pasti, dan malang tidak berbau. Jadi, sediakanlah bekal kita dengan mencukupi, sebelum kita menghadap Illahi. Pesanan buat diri sendiri terutamanya...
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan