Walaupun hanya 3 tahun sahaja saya di sana dan mengambil
Penilaian Menengah Rendah (PMR) di
VI, namun saya sentiasa bangga dan gembira menjadi dan merasai sebahagian daripada tradisi VI. Kalau tidak kerana VI juga, mungkin saya takkan masuk ke SM Teknik Kuala Lumpur selepas itu.
Pada zaman saya, Tuan Haji Khailani bin Abdul Jalil merupakan pengetua VI, kini beliau bertugas di SMK Segambut Jaya, tempat adik saya bersekolah. Semasa pendaftaran adik saya di SEJAYA, saya sempat bersembang dengan beliau semasa zaman VI.
Encik Zainudin Samad, GPK Pentadbiran (Akademik) pula kini merupakan Pengetua SM Teknik Setapak, KL. Di asrama dan sekolah, kami budak-budak hostel panggil
Gibo, malah ada juga rakan kami yang kena palau dengan nama ni hanya kerana nama ayah dia sama dengan Cikgu Zainudin. Seperkara yang best, cara hayunan rotan tu yang klasik. Sekali rasa, pasti trauma tak mahu lagi..
Encik Othman Abdul Samad, GPK Hal Ehwal Murid dan kemudiaanya mungkin diturunkan pangkat kepada GPK Koko selepas pemergian Encik Nik Anuay ke KPM famous dikenali sebagai
Semang. Tak tahu la dari mana datang nama tu, bila ditanya, senior kata semangkuk hayun.. Cikgu Othman merupakan Ketua Warden Asrama dan kepimpinan di bagi saya tegas jika buat salah, dan mana yang ok dia masih boleh berlembut.
Seorang lagi
warden yang legend di Asrama VI pada zaman saya adalah Ustaz Asri bin Abdullah, lebih dikenali sebagai
songkok. Mungkin sebab beliau selalu pakai songkok, orang panggil ustaz sedemikian rupa. Ustaz Asri kali terakhir saya berjumpa di TIKL, masa tu dia kata dah berpindah ke Kolej Matrikulasi Melaka tak silap saya. Sebagai budak nasyid, AJK PPI, AJK Surau dan orang kuat program surau kat asrama, jadi memang saya selalu berdampingan dengan Ustaz. Ustaz jugalah pemangkin kepada saya agar saya melihat perspektif yang lebih luas selain VI, yang membawa saya lebih berani buat keputusan untuk berhijrah dari suasana VI yang serba elit. Beliau juga sangat bangga dengan alma meternya, Universiti Malaya.
Zaman saya di hostel, ketua batch yang terakhir sebelum saya berhijrah, Ainol Johari. Well, tak ada special requirement pun untuk jadi ketua batch kat asrama ni. Cuma bila someone jadi ketua batch ini mesti seseorang yang dihormati dalam batch, baik hubungan dengan senior, cekal dan tabah serta paling penting, kuat backup batch.
Berada dalam batch 2004-2008 (saya sehingga 2006) sangatlah awesome, lebih-lebih lagi jadi budak
asrama. Hampir tiap-tiap malam kene beramah mesra dengan senior, kene buli dan buat macam-macam lagi kerja tambahan but its ok. Malah bila jumpa senior kat luar pun, kami masih boleh berkawan dengan baik walaupun zaman sekolah siap maki-maki lagi.
Prefects? No doubt bagi saya budak2 takut prefects. Tambah-tambah kalau perbarisan pagi. Ada je yang tak kene, mulalah jerit, "Boy, YOU.. Kau la yang pakai songkok dan cermin mata tu, belakang...".. Ha, dah kene petik tu, terus kene dok belakang dan kene soal siasat kenapa buat salah. Kalau tak pakai lencana atau nametag, kene naik bilik prefect ambil excuse slip.. hahaha...Malah, ada juga yang lebih takut dengan prefect daripada cikgu..kikiki... Satu lagi yang best tentang prefects kat VI, awek prefect yang biasanya satu-batu batch 2-3 org tu mesti cun dan menggoda..hahaha.. :P. Mesti market punyalah akak tu...
Saya terlibat dengan
KRS, Pantun, Nasyid, Library dan beberapa lagi aktiviti luar secara aktif. Well, memang tak boleh lari daripada aktiviti yang sangat keras dalam kadet. Biasalah, kat VI tak boleh jadi lembik, nama pun sekolah lelaki. Pantun VI pula masa tu nak naik. Pimpinan Puan Roziana Kormin, aka Kak Rozie, juga merupakan cikgu pantun. Saya berjinak-jinak dengan pantun pun di VI, tapi sebagai pelatih je la, sebab ada orang lebih baik daripada saya, antaranya Alang dan Abg. Anas. Later on, 2 tahun kemudian, dgn ilmu yang saya peroleh di VI dan ditambah lagi dengan sumber luar, pasukan pantun TIKL pimpinan saya menjadi juara Pantun pula.. Di library, post terakhir saya sebagai Naib Bendahari 2. Jadi librarian yang best adalah leh lepak dalam library masa lines.. hahaha... tapi kene susun buku la.. mana boleh goyang-goyang kaki. Bilik favourite saya lepak, bilik paling sejuk dalam VI, peti ais yang menyimpan sejarah VI, Bilik Arkib. Dalam bilik tu la, saya mulai belajar tentang sejarah VI. Even saya ada own log book yang menghimpunkan sejarah VI dari awal penubuhannya. Later on, saya memenangi kuiz sejarah anjuran Muzium VI, dapat tawaran jadi pengawas muzium, tapi saya tolak sebab lebih minat untuk menjadi sebahagian dari ahli VILB.
Hostel Capt pada zaman saya, dah tentulah saya ingat. Abg Azri, yang juga Pengerusi PKBM Infantri VI (VICC) pada tahun 2004, Abg Syukri pada tahun 2005, seorang kapten bola VI dan Abg Shaiful, juga pemain bola VI pada tahun 2006. Antara 3 ini, saya paling suka kepimpinan Abg Azri, malah style dia kumpul budak-budak dia pun saya tiru untuk beberapa ketika. Hehehe...
Oklah, inilah batch hostel saya yang masih lagi saya ingat. Kami tak ramai, tu sbb saya boleh ingat mereka semua :-
Ainol | Imran | Huzaimi | Zulfahmi | Sawal | Fauzan |Izwan | Zuhri | Hazwan | Sallehuddin | Akmal | Hakimin Loqman | Zaim | Alang | Aiman | Habab | Ariff | Saddam |
masing-masing ada samaran mereka. Ada juga yang saya tak sebutkan, saya minta maaf sangat-sangat, boleh ingatkan saya juga. Tapi, kalau sebut nama samaran depa ni, dah tentu satu VI tahu pada zaman saya di sana.. :)
Dalam kelas, saya berada di kelas 1, 2 dan 3 Jingga. Antara rakan-rakan yang saya ingat la... huhu..
Ratheesh | Naqi | Uzaimie | Hafizzudin | Leong | Izad | Galwyn | Chee Hoe | Imran | Printvy | Manraj | Cheng Yan | Prakash | Haziq | Ikhwan | Hariz | Nazri | Zaim Afiq | Amir Harris | Sarveen | Tan |syamim | Lai Nai Lim | Mun Meng | Farhan | Hang | Afif | Prashant | Ezzani | Azreen | Ridzuan | Putera | Nazeem | Mukhlis | Shee Yew | Nazir | Zaim | Mun Meng | Shimir | Taufiq | Wong Ru Sheong | Ng Munn Yy | Rasyid | Syazmin | Izzuan | Vityas | Faruq | Phang | Lai Ching Sheng | Yap | Sathilan | Meng Tsu | Zharif |Shahir | Razlan | Mukand Singh | Syafiq Putra | Adri Nasir |
paling rapat sekali dalam kelas, Uzaimi. Sbb kami sama-sama dalam KRS, manakala Naqi pula rapat sbb selalu menjadi mangsa bahan usikan dia sebab saya lebih suka diam daripada melawan. Tak berdendam pun, adatlah berkawan. Penguasaan bahasa inggeris saya menjadi lebih baik bila bergaul dengan rakan-rakan dengan bukan Melayu. Mereka sangat sporting :) Malah, pernah juga saya bacakan doa dalam bahasa Inggeris dalam perhimpunan rasmi sekolah.
Apa-apa pun, pengalaman saya di VI membuatkan saya lebih berfikir dan matang. Saya berfikir untuk menjadi orang yang lebih baik daripada senior-senior yang membuli saya, erti persahabatan yang sebenar dan juga susah senang bersama sebagai satu batch. Kene bahan bersama, its ok. Tak kisah pun. Sebab itulah yang merapatkan kami. Kalau seorang kene cuit, semua turun atas dasar unity. VI memang mempunyai budaya kecemerlangannya yang tersendiri, saling menyokong rakan-rakan walaupun lain kadet dan kelab.
Menjadi warga VI untuk seketika adalah satu kenangan yang indah dalam diri.
Terima kasih. Semoga kalian semua, batch 2004-2008 berjaya dalam bidang yang diceburi.
Once a victorian, always a victorian.. Keep in touch always. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan