• Aku Bukanlah Maksum


    Aku bukanlah maksum,
    Yang tidak punyai sejarah silam,
    Cuai dan leka pada masa silam,
    Gejolak nafsu yang buatku pernah tenggelam dahulu...

    Aku tidaklah sempurna,
    Tidak dapat ku lari  melakukan kekhilafan senantiasa,
    Kadang kala aku gagal syukur dengan apa yang dikurnia,
    Sehingga datang bala bertimpa..

    Ku percaya,
    Tuhanku maha pengampun,
    Selagi aku terus berpaut pada tali-Nya,
    Walaupun kadang kala ku tewas, lemah,
    Tetapi Tuhanku lebih menyayangiku..

    Mengapa perluku berputus asa,
    Selagi tali rahmat dan keampunan masih ada,

    Aku bukanlah si celik yang buta hati,
    Aku masih terus kembali pada jalan-Mu...

    Tuhanku,
    Kau yang maha Pengasih dan Pengampun,
    Ampunkanlah daku,
    Yang maha hina ini,
    Pada-Mu jualah, aku kembali serahkan diriku ini,
    Bimbinglah daku,
    ke jalan-Mu yang kau redhai...

    Taman Tasik Titiwangsa | 14 Ogos 2013
    IdhamM
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan