Gambar Hiasan Semata-mata (Ihsan Goooogle) |
Sakarang, dah duduk Universiti, bergelar MAHASISWA yang katanya serba hebat, cerdik pandai dan tidak kurang juga yang menyatakan 'insan-insan terpilih' (ye la, dalam banyak-banyak belia, diorg ni je yang terpilh masuk universiti), bukannnya menjadi makin baik, tetapi makin teruk... Malah lebih teruk daripada tadika... (tak kata semua, segelintir sahaja... tapi masalahnya menyusahkan semua orang)
Teman bukan niat nak marah, idok la, tapi sbg nasihat yang terlintas kat diri. Benda basic je bro.. Jaga kebersihan, jaga adab dan juga hormati hak orang lain..
Sebagai contoh, bila makan dengan menggunakan pinggan dan mangkuk dan menggunakan sinki, apa salahnya jika bersihkan kembali sinki tu seperti sediakala? Dah la makan x ajak (itu bukan jadi isu pun), janganlah menyusahkan orang lain dengan melihat sisa2 makanan pada singki dan bungkusan makanan yang tidak dibuang ke tong sampah. Ianya jijik, kotor... Kucing pun tahu buang najis kat tempat berpasir dan kambus, takkanlah kita manusia yang dikurniakan akal pun gagal berfikir apa yang baik perlu dibuat..
Inilah fenomena yang teman katakan, lebih teruk daripada budak tadika... Kalau kat tadika, buang sampah merata-rata, cikgu akan marah, kena denda, tapi kat universiti x ada siapa pun nak marah, tapi lemak pun banyak juga... Agak-agak la sampai nak Pengetua Kolej / Felo / Staf Universiti / JKK nak buat macam tu juga kan? Salah je denda.. Dah kata tak suka peraturan dan denda,so, janganlah cari masalah ya...
#pesanan buat diri sendiri juga yang kadang kala cuai mengikut peraturan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan