1. Rahmat Allah dan nikmat Allah hidup di dunia dan diakhirat.
Maha suci Allah yang menciptakan kita semua dan kurniakan kita dengan pelbagai nikmat dan juga kesenangan. Inilah hadiah yang paling benar daripada Allah kpd saya dan juga semua umat manusia. Hadiah yang paling agung adalah iman dan islam di mana barangsiapa yang memperoleh kedua ini, insyaAllah Allah akan pelihara tubuh badan dan rohnya daripada api neraka.
2. Kasih sayang daripada Rasulullah SAW
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang sangat kasih pada umatnya. Malah, sifat kasihnya Nabi terhadap umatnya sehingga memohon pada Allah SWT agar umat Baginda diberikan keistimewaan semasa pengadilan di akhirat kelak. Kasih sayang Baginda SAW merupakan hadiah daripada manusia yang paling agung buat semua umat Islam.
3. Kasih sayang seorang ibu dan ayah
Tanpa ibu dan ayah, mustahil untuk kita berada di dunia. Insan yang mengandungkan kita selamat 9 bulan 9 hari, menjaga kita dari sekecil-kecil tapak tangan hinggalah kita ke hari ini dan yang berusaha siang dan malam mencari sesuap nasi merupakan hadiah buat kita yang paling sempurna selama ini. Tanpa mereka, mustahil untuk kita bernafas di bumi Allah ini. Malah, bagi memuliakan mereka, Allah SWT memberikan ganjaran pahala walaupun hanya menatap wajah kedua ibu ayah kita.
4. Sahabat yang baik dan mendoakan kita kesejahteraan kita tanpa diketahui
Manusia saling memerlukan, itulah hakikatnya. Tanpa sahabat, agak sukar sebenarnya hidup kita untuk menjayakan apa yang dirancang. Berat sama dipukul, yang ringan sama dijinjing jelas menggambarkan betapa signifikannya peranan sahabat dalam bekerjasama. Kesetiaan sahabat adalah hadiah yang sangat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan wang tunai sekalipun. Doa mereka terhadap kita dimakbulkan Allah, sama seperti doa orang-orang yang teranaiya.
Bagi saya, inilah hadiah yang paling bermakna buat saya. Hadiah-hadiah lain juga istimewa juga, tetapi yang paling istimewa adalah empat yang saya nyatakan diatas, sebab tanpa empat diatas itu, bagi saya, tiada makna untuk kita hidup di dunia ini.
Alhamdulillah dan subhanaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan