Yoon Sang Hyun - Tears (Oska) (OST Secret Garden


Translation
The star that is shining so brightly in the night sky
Is like the lonesome me
Regretting the heart-rending love
Becoming a sad constellation of tears
If I were given another chance
To go back to the time when we had first met
I would not foolishly let you leave
I would not let it happen again
The starry sky is filled with flowing tears
If they can illuminate the yearning hearts
When you can see the mournful stars
You may be able to forgive the pitiful me
If I were given a chance again
To go back to the time when we fell in love
I would not so foolishly hurt you
I would not have let it happen again
The starry sky is filled with flowing tears
If they can illuminate the yearning hearts
When you can see the mournful stars
You may be able to forgive the pitiful me
The distance between us is farther than the starry sky
We cannot reach each other’s hearts
How many more times must I cry, how much more tears must I shed
So that my tears can overflow into your eyes
Do you understand my heart?
Credit
Translation: michyeoga @ wordpress.com
Thank you Princess Of Tea

Surat Dari Rakyat


Kepada:-
YB Menteri-Menteri Malaysia
D/A Balai Suara Merdeka
No 31, Lorong Ogos,
Jalan Merdeka 19/57,
01963 Lumpur di Kuala,
Malaysia.

Daripada,
Rakyat yang ada secangkir peka.

Dengan segala hormatnya
Ingin saya menarik perhatian
Mengenai musibah yang melanda sebahagian negeri Tuan
Malang masih buntu serta keliru di pihak Tuan dengan tindakan
Saya berpandangan
Negara kita cintai sedang diuji tuhan
Antara musibah atau ujian
Marilah bersama kita fikirkan
Sudah sampai masa ambil tindakan
Mana yang wajar dan baik diteruskan
Yang lagha batal tinggalkan
Itulah pandangan kami sbgi marhean
Hentikanlah semua ini
Dengan kuasa menteri yg diberi
Konsert tari anjuran TV menteri
Countdown tahun baru di Pusat Pentadbiran Menteri
Aneka sambutan dan party
Celiklah mata dan deria sensitiviti
Ada tangisan dan perit sdg dilalui
Ujian bah dibeberapa negeri
YB Menteri yang dihormati,
Bantuan agensi Tuan amat kami hargai
Bekalan bantuan sumbangan pihak Tuan kami syukuri
Cuma pada hemat kami
Rasanya tak perlu semua barang yang Tuan beri
Ada logo yang Tuan wakili
Sampaikan asal boleh dan diizini
Seluar dalam diberi pun ada logo parti
Hemat kami sbg rakyat marhean,
Ini bukan masa lumba siapa lebih prihatin,
Atau siapa mampu beri bantuan ringgit berjuta
Cukup-cukuplah masa bertanding berkempen,
Sekaranglah masa bantu kami seikhlas hati sbg rakyat jelata.
Inilah masa untuk membalas budi
Setelah tuan dan co. kami undi
Kerana kuasa kami mampu memilih
Setiap empat tahun beralih.
YB Menteri yang dikasihi,
Terima kasih untuk masa yg diberi
Untuk membaca surat ini
Kerjasama dan keprihatinan tuan amat kami hargai
In sha Allah dengan bantuan dihulurkan Tuan
Kekalkan Tuan dalam kerajaan
Dengan izin Tuhan
Sekian, terima kasih
-Marhean-

IdhamM 
0720 250814
Setapak Kuala Lumpur
Inspirasi drpd Poskad Dari Rakyat karya Tuan Marjan S

[2014] Tahun Masam-Masam Manis


[2014] Tahun Masam-masam manis
Kenapa masam2 manis?
Cukup suka duka dan pelbagai lagi rentetan peristiwa penting di peringkat nasional mahupun diri sendiri
Negara 
1. Jerebu & Kemarau
2. Tiada air di Selangor & KL
3. Kehilangan MH370
4. Terhempasnya MH17 ditembak
5. Banjir mega
Keluarga dan diri sendiri

Mak dan ayah menjadi tetamu Allah pd awal Ramadhan yg lalu, ayang berjaya mendapat pointer yg baik utk mencerahkan peluang ke oversea dgn MARA, kemalangan saya pd bulan Ogos dan kehilangan beberapa sahabat yg sangat terasa sehingga kini. Putus cinta dan juga keputusan merudum juga pada tahun ini.

Harapan 2015

Semoga keluarga dan semua diberikan rahmat dan magfirah oleh Allah SWT, sentiasa berubah kpd lebih baik, dekat dengan Allah dan meningkatkan prestasi dan produktiviti masing2.. in sha Allah. Semoga tahun ini juga negara kita terhindar dari marabahaya dan juga mendapat keredhaan Illahi.

#DoaUntukMangsaBanjir


Marilah kita sama2 mendoakan agar saudara kita di pantai timur, utara dan Sabah yg sedang dilanda ujian banjir, selamat semuanya dan dilindungi oleh Allah senantiasa.
Jadikanlah hujan yg turun sebagai hujan bermanfaat, air yg berlebihan diserap bumi dengan cepat dan hujan yg turun hanyalah sekadar mencukupi. Sesungguhnya Allah jualah yg Maha Mengasihani.

Kenapa Interpol Mencari Syeikh Yusuf Al-Qaradawi


Dunia Islam kini digemparkan dengan isu waran tangkap (notis merah) oleh Interpol yang dikenali sebagai Polis Antarabangsa kepada Ulama Tersohor masa kini, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.
Jelas, ianya satu cubaan terancang untuk memporak porandakan Islam dan menampakkan Islam sebagai sebuah imej yang ganas dan ekstrimis, setelah pelbagai cara pihak kuffar untuk mendajalkan Islam gagal.
Waran tangkap terhadap Al-Qaradawi telah dikeluarkan oleh Mesir atas tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.
Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Hosni Mubarak.
Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi yang dilantik menjadi Presiden Mesir pada tahun 2012 adalah antara individu yang berjaya melarikan diri ketika insiden berkenaan.
Terdahulu, Al-Qaradawi telah mengkritik kerajaan baharu Mesir selepas penyingkiran Morsi pada Julai 2013.
"Dari hari dia (Presiden baru, Abdel Fattah al-Sisi) dilantik, semua yang kita lihat adalah pembunuhan dan pertumpahan darah serta tahanan wanita diperkosa," kata Al-Qaradawi sebelum pilihan raya pada Mei lalu.
Sementara itu, pada Februari lalu, pegawai kanan Mesir menuntut Qatar mengekstradisi Al-Qaradawi ke Mesir untuk didakwa.
Mereka juga mendesak Interpol supaya menahan Al-Qaradawi tahun lalu.
Menurut Global Muslim Brotherhood Daily Watch, Interpol mengeluarkan notis merah yang menunjukkan tahap berjaga-jaga paling tinggi dan memerlukan tindakan segera oleh agensi polis antarabangsa terhadap Al-Qaradawi. ianya sama seperti
Jelas sekali, waran Interpol terhadap Al-Qaradawi adalah berasaskan dendam As-Sisi terhadap Al-Qaradawi dan mereka cuba menutup mulut ulama yang lantang mengkritik kekejaman rejim As-Sisi terhadap Mesir.
Marilah kita menunjukkan kebersamaan kita bagi menentang satu lagi agenda terancang kuffar bagi menjatuhkan umat Islam dan seterusnya memelihara ilmuan serta ulama kita daripada terus menjadi mangsa kerakusan penyangak dunia.

Rujukan :

PT3- Pandangan Peribadi Saya sebagai Siswa


Pada hemat saya, keterujaan transformasi sana sini menjerat diri. Perubahan itu bagus, tapi kalau pelaksanaan lemah, setakat memenuhi hasrat menteri, akibatnya nasib anak2 diperjudi.
Rasanya Prof DiRaja Ungku Aziz ada menegur keghairahan pak2 menteri untuk mengubah lanskap pendidikan yg diamalkan sejak merdeka, tetapi dipandang sepi. Akhirnya, memakan diri sendiri.
Walau apapun, tindakan pantas perlu direncanakan agar tiada lagi nasib 'tikus uji kaji' berlaku pd adik2 kami.
Ianya tak mengejutkan bila baca rintihan para guru ttg pelaksanaan PBS yg cantik atas kertas kerja, tp lemah pelaksanaanya (skrg digantung pelaksanaannya), maka tak terkejutlah keputusan PT3 dan sblm itu UPSR, merudum...
Kasihan..
-mangsa tragedi PPSMI-
P/s : rasanya ramai yg jd golongan professional skrg ni pun lahir dr sistem pendidikan yg diguna sejak merdeka? Apa dosa sampai nak rombak semua... berfikir... berfikir...

Aku Tak Teruja


Kau masih bermain kata
Tatkala hatiku tawar tiada rasa
Kau fikir aku ini mesin uji cuba
Untuk menguji masih bersisakah cinta

Benar dahulu aku buta
Kata hasratmu cuba kupenuhi semua
Namun Tuhan itu Maha Kuasa
Ditonjolnya pertualang sebalik drama

Sungguh aku tak teruja
Terima 'text' kiriman si dia
Meremang bulu terasa loya
Kenang sikapmu bikinku kecewa

Jika kau rasa masihku beriya
Nampaknya sangkamu salah belaka
Sejak peristiwa kau dan dia
Berganjak aku tiada hampa

Walau hati berbirat luka...

IdhamM
231214 1506
Kuala Lumpur

Manusia

Lumrah dunia
Diskriminasi adalah amalan biasa
Pangkat kuasa kasta manusia
Cantik mantap terus puja
Hartawan kaya menjadi rajaYang serba tak kena di caci hina

Tidakkah kau sedar wahai insan
Dirimu dan diriku kan menghadap Tuhan
Apakah cukup dibuat bekalan
Menabung pahala dengan syiling amalan
Jangan nanti beribu sesalan
Disoal kubur buntu jawapan

Astagfirullah hal azim

IdhamM
1314 231214
Setapak, KL

Selamanya Harimau Malaya

Aum aum aum
Terus mengaum harimauku perkasa
Usah gentar dengan raksasa
Teruskan baham dan lapah mangsa
Walau badan berbirat luka

Gerak lincah harimau malaya
Tunjukkan taringmu pada dunia
Engkaulah raja di rimba
Di tanah garisan khatulistiwa

Ayuh berjuang sepenuh nyawa
Jangan mudah putus asa
Jauh sekali panjang kecewa
Walau piala terbang ke utara
Di hati kami kau tetap juara

Kerana aku dan rakyat semua
Selamanya Harimau Malaya...

IdhamM
0214 211214
Kuala Lumpur

Warkah Rindu


Ku luahkan rasa hati
Yang ku simpan dengan rapi
Ibarat terkunci pada peti besi
Agar Kau mengerti
Betapa rindunya jiwa ini

Apa mungkin rasa cinta ini
Dipajak gadai dijual beli
Umpama barang emas kerak bumi
Dibuat niaga mengikut hati

Ku nukilkan agar Kau perhati
Betapa kasihnya diri ini
BuatMu yang ku cintai
Yang tak nampak di mata, dekat pada hati
Yang benar-benar pasti
Pemilik cinta ini
Dalam diri mekar abadi
ALLAH Rabbul Izzati...

IdhamM
1003 201214
Setapak, Kuala Lumpur

Lili


Lili yang tumbuh berseri
Menceriakan pandangan sepanjang hari
Tersurat dalam mitos Yunani
Tumpahnya susu Hera si Dewi
Jatuh ke permukaan bumi
Konon terjadi si cantik lili

Kemuliaan dan kesucian
Bunga lili jadi bandingan
Ceritera kisah cinta dua insan
Yang tidak kesampaian
Putus di tengah jalan

IdhamM
0803 191214
Kuala Lumpur

Mari Dakwah


Serulah
Walau dengan ayat sepatah
Usah ditunggu gelaran pencetus ummah
Apatah lagi pakar pengkhutbah
Sesama saudara satu jemaah
Ke jalan Tuhan kita hijrah

Bicaralah
Tegakkan mulia bentes yang salah
Ajak kenalan mari berubah
Yang Maha Satu kita sembah
Saham pahala kita cambah
Amal mulia mari ditambah

Usah kita berlengah
Masa terbuang tak balik menjengah
Dunia fana halau kita pergi
Kubur sepi sudah panggil mari
Soal sendiri pada diri
Banyak mana amalan kini

Janji Allah itu pasti
Mati kian hampiri
Telah terpatri dengan rapi
Takkan berubah walau seinci
Takkan terlewat hatta sesaat...

IdhamM
0001 191214
Kuala Lumpur

Tahniah dan Terima kasih


Tahniah buat Thailand sebagai Juara Baharu AFF Suzuki Cup 2014.
Terima kasih buat Dollah Salleh yang menjadikan impian Malaysia ke final terlaksana
Terima kasih buat pasukan harimau malaya yang berjuang habis-habisan hingga final walau tiada harapan diletakkan berikutan terlalu ramai harimau tua.
Credit buat wira yg konsisten yg diketuai Shukur Adan, Indra Putra, Safiq Rahim, Afif, S. Kunalan dan rakan2..
Terima kasih buat Ultras Malaya yang terus konsisten menyokong susah senang pasukan Malaysia.

Beza Tapi Sama



Pujangga lama ada cerita
Ganja, Candu dijual terbuka
Belacan dijual di bawah meja
Kata peniaga lesen tiada
Belacan smuggle dari Malaya
Takut ditahan orang berkuasa

Dua kosong satu empat
Sama cerita beza latar ambil tempat
Yang bawah meja terus leluasa
Yang halal disekat penguasa

Atas nama kebaikan jadi alasan
Seolah rakyat cetek fikiran
Sampaikan dulu cadang tubuh jabatan
Muka buku ditagih marhean..

Alamak... sama la pulak... (garu kepala)

IdhamM
1453 181214
Kuala Lumpur

Lonely dan Aku


Tak dinafikan selepas beberapa bulan break up dengan cinta hati, saya mengalami tekanan perasaan dan alami rasa sunyi. Jiwa rasa tak menentu dan hidup tak tentu arah, bagai tergambar dalam lirik lagu jiwang kapak. Benarlah cinta itu buta, boleh rosak segala-gala kalau terus tak tentu hala.

Sehingga kini, aku masih mencari rentak walaupun sendiri. Terus mengayuh ke satu destinasi yang tidak tahu mana akan pergi. Si dia telah temui pengganti, jadi aku perlu kuatkan hati dan bawa diri.

Lagu Lonely nyanyian Akon ini keluar masa saya tingkatan satu di VI. Bila dibaca balik liriknya, memang ada kene mengena dengan keadaan aku sekarang.

Layan...

Tuah dan Jebat


Tuah dan Jebat
Kisah dua sahabat
Tersurat dalam hikayat
Sama handal sama hebat
Kepada Sultan menjunjung taat.

Kisahnya si Tuah
Setianya pada Sultan
Tun Teja di Pahang dilarikan
Puteri Gunung Ledang dipinangkan
Melur kekasih hati dilepaskan

Kemudian dicerita suatu hari
Bahana diikutkan cemburu buta si babi
Dituduh Sultan si Tuah dan Melur bermukah
Titah Baginda agar Tuah dibunuh

Bangkit Jebat membela sahabat
Dari kezaliman Sultan musibat
Istana Melaka Jebat mengamuk
Sultan celaka bikin kecamuk

Lalu muncul si bendul Tuah
Tawar diri bunuh bedebah
Mengatur langkah menentang Jebat
Keris dihunus ke badan sahabat
Di riba Tuah Jebat rebah
Membunuh kawan yg dibela nasibnya
Atas nama setia pada si Raja
Konon Melayu pantang derhaka.

Hikayat diwaris sehingga kini
Walau Sultan Melaka tiada lagi
Bertahun terpacak gahnya KLCC
Umat Melayu masih berteka teki
Antara Tuah dan Jebat
Mana yang benar dalam jihad
Kerana setia membabi buta
Diturutkan jua segala kemahuan
Membunuh sahabat tiada ehsan
Akibat mabuk taatkan Sultan

Idham M
0731 191214
Kuala Lumpur

Persoalanku


Apakah dunia ini semakin ghairah
Melihat bumi bertuah bertumpah darah
Anak kecil, warga tua dan insan tidak berdosa
Terus menjadi mangsa
Kerakusan tentera mabuk kuasa

Apakah dunia hari ini
Hanya memerhati
Diam seribu bahasa tanpa suara
Cuak dikecam penyangak dunia

Baculkah kita?
Sekadar menjadi pekak, bisu dan buta,
Walau hakikat sempurna telinga, mulut dan mata,
Di manakah suara kita?
Apa ikhtiar bantu mereka?
Terus kelu tanpa cerita..

Apa nasib saudara kita di sana?
Diseksa dicerca di dunia yang fana,
Moga korbanmu dibalas syurga
Pada alam kekal selamanya

IM, 17/12/14 0110
Kuala Lumpur

UTHM Terima Penarafan 5 bintang QS Star Rating


Batu Pahat 17 Dis. – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila diberi penarafan lima bintang dalam audit oleh Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating dari QS Intelligence Unit, London, United Kingdom semalam.

Bahana Facebook - Jangan Main Sorong je Bro!

Petikan facebook daripada seorang pemimpin mahasiswa 

Saya semalam menghabiskan masa malam saya bersembang dengan rakan-rakan varsiti saya mengenai PRK UTHM dan juga isu PAU. Well, saya menghormati pandangan semua yang diluahkan kerana bagi saya, semuanya itu pasti ada asas. Itu sebab mengapa saya boleh buat kawan, sama ada pihak sini dan sinun. Ye la, Malaysia ini kita punya bersama.

Kenangan Bersama Datuk Aziz Sattar

Tandatangan Datuk Aziz Sattar pada salah sebuah buku yang saya miliki
Sebelum bermula program Bicara Tokoh @ KSJ bersempena Open Day Temmasya'11, sy sempat bersembang dengan Datuk Aziz Sattar (Allahyarham) di holding room.
Ditanya apakah yang paling diingati oleh beliau, beliau melayangkan ingatan kepada sahabat beliau, Allahyarham TS P.Ramlee. Beliau amat menghargai P. Ramlee. Bagi beliau, P. Ramlee ikhlas berkarya dan tidak lokek.

Rumah Mampu Tengok - Solusinya

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd. Shahar Abdullah
Saya setuju dengan cadangan yg dikemukakan KP Umno Pahang mengenai skim simpanan yg dicadangkan spt Lembaga Tabung Haji.
Atau mungkin boleh diperkemaskan lagi dengan mengambil model seperti KWSP di mana rakyat boleh memilih rumah yg diingini mengikut kemampuan dan buat pembayaran secara bulanan melalui potongan gaji spt caruman KWSP.

Semanis Kurma - Bangkit! - Perkongsian Menarik oleh DAO


Kepada rakanku budiman,
Di sini saya kongsikan video yang saya kira cukup bermanfaat untuk tontonan rakan-rakan.
Perkongsian Dr. Azizah, Ustaz Alkashah dan Ustazah Bahiyah mengenai bangkit.

Hormatilah Perajurit Kita!

Hanya orang yang tak tahu mengenang budi sahaja mengenakan pakaian keramat sedemikian rupa.
Walaupun ak dan keluarga aku bukan askar, tp sbgai warganegara yg mengenang budi pejuang2 yg sanggup menggadai nyawa, tinggalkan anak bini kat rumah dan memilih hidup tak selesa demi keamanan negara, perbuatan warga picisan yg memakai sewenang2nya pakaian tentera ni amat menjelekkan.

KJ Buat Perkara Baik, Jadi Apa Masalahnya Menentang??


Apa dosa KJ utk org menafikan bawa isu transgender ke PAU?
UMNO sokong transgender ke?
Niat KJ tu cukup baik. Tak perlu jadi ulama pun nak betulkan sesuatu. Dia menggunakan ruang yg ada untuk memastikan perkara yg betuk dilaksanakan.

Tahniah buat rakan-rakan yang bergraduasi

Gambar graduasi saya tahun 2012 di UTM, Skudai.
Tahniah buat rakan2 saya di UTM yg bergraduasi pada minggu ini, terutama yang pernah bersama dalam board JKM KSJ dan juga aktif program semasa di UTMKL.
Kejayaan kita pada hari ini, kenanglah siapa yg berada di belakang anda selama ini. Nescaya, anda pasti rasa sangat gembira.
Ibu dan ayah saya adalah segala2nya bagi saya. 
Tidak dilupakan para guru / pensyarah, rakan2 dan juga mereka yg membantu spjg proses transformasi kita bergelar mahasiswa.
Alhamdulillah.

Apa cerita dengan bahasa Melayu, terpinggir di bumi sendiri


Tatkala kerajaan begitu giat melaungkan slogan 'bahasa Melayu bahasa kebangsaan' dan kebetulan jatuh pd bulan bahasa kebangsaan, terdapat banyak lagi agensi kerajaan yang merendah2kan martabat bahasa Melayu. Tapi ada yang ambil kisah??

I Want Touch A Dog : Apa masalahnya sampai tetiba nak pegang anjing?


Maaflah bagi yang tidak sependapat dengan saya.
Memegang anjing adalah TIDAK HARAM, tetapi najis jatuh dalam hukum mengendalikan najis mughallazah (Najis berat) menurut mazhab Syafiee. Walau bagaimanapun, hukum itu diperjelaskan oleh mazhab yang kita rujuk seperti berikut :-

Menaja Orang Kaya Bersalin? Tak munasabah pun


Kadang2, kita tak perlu pun baca akhbar, cuma setakat tahu kronologi melalui tajuk berita sahaja.
Utk orang yang mampu borong kelengkapan bayi di London utk ditaja, ianya suatu yang tidak munasabah, KPJ. Plus siap bangga boleh minta apa sahaja. Cuba kalau rakyat biasa, mmg harapan la kan dpt layanan vip cenggini.

Tahniah Datuk Dr. Haji Misbun Sidek


Bekas pemain serta jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Pembangunan Insan yang mebawa gelaran Doktor (Dr.) dalam Majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke-14.

Pengiktirafan itu diberikan berikutan kejayaan beliau dalam mencungkil bakat baharu dalam dunia badminton dan pernah membimbing jaguh-jaguh badminton dunia antaranya pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Tahniah diucapkan daripada warga UTHM

Semuanya bermula dengan beberapa helai kertas kerja...


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Festival Keusahawanan UTHM (EFEST) 2014 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Syukur ke atas Illahi semuanya berjalan dengan baik walaupun terdapat pelbagai rintangan sepanjang program. Tahniah buat semua krew program yang menjayakan program ini bermula 23-27 September 2014 dan melaksanakan gerak kerja sebelum dan selepas ini.

Apa yang diharapkan, penganjuran program ini dapat memberikan impak positif kepada semua pihak, sama ada penganjur, peserta, penggerai, komuniti awam dan juga yang lain-lain dari sudut persepsi keusahawanan, kepimpinan, urus tadbir program, penyampaian ilmu dan pelbagai lagi nilai-nilai positif.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidup saya saya direhatkan secara total dalam penganjuran program berikutan ujian yang dilanda saya. Buat masa ini, saya sedang berusaha keras menjalani fisioterapi bagi memulihkan kembali kaki sebelah kanan saya yang parah selepas kemalangan di Peserai, sehari sebelum hari sambutan kemerdekaan negara yang ke-57. Nampak gayanya, EFEST mungkin program terakhir saya di UTHM berikutan keadaan sekarang yang saya alami. Saya tak yakin selepas ini saya akan ada peluang lagi untuk menganjurkan program lagi.

Saya telah menjalankan gerak kerja program ini sejak bulan Februari 2014, secara tepatnya setelah Bengkel Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa anjuran Pusat Perniagaan dan Keusahawanan di Melaka. Kertas kerja ditulis berdasarkan pendapat dan juga pandangan rakan-rakan saya semasa melakukan survey di sekitar kampus. Harapan mereka mudah, pastikan isi program yang membina dan mampu memberikan nilai tambah kepada mereka. Sebelum ini pun, mereka juga yang mengkritik entiti keusahawanan siswa yang syok sendiri dan hanya sekadar buat program untuk puak-puak mereka sahaja. Saya mengambil pandangan itu sebagai suatu perkara yang membina.

Bagi saya, alang-alang menjalankan program, pastikan ianya ada impak kepada kampus, mampu memberikan manfaat kepada semua orang atau ianya sekadar projek gajah putih, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, masuk angin keluar asap.

Pelbagai cabaran yang dialami semasa menjalankan gerak kerja program. Ada orang diberikan jawatan dan tugas, tapi kerja tak jalan. Ada orang pula pandai bermuka-muka, depan lain dibelakang lain, ada yang hanya pandai cakap sahaja tapi akhirnya tak gerak jgak kerja dan pelbagai lagi la ragam manusia. Saya ambil positif semua perkara ini, dan saya percaya bahawa, mereka yang menjalankan amanah ini dengan baik bersama-sama saya pada awal gerak kerja ini adalah mereka yang benar-benar dipilih oleh Allah.

Sepanjang gerak kerja, saya sentiasa menguji anak-anak buah saya. Memang sengaja saya berikan amanah semasa mereka pulang ke kampung untuk melihat sejauh mana penerimaan mereka terhadap tugasan yang diberi. Semua orang diberikan masa 24 jam, ada komitmen dan kerja, tetapi sejauh mana mereka boleh mencuri masa untuk melakukan kerja-kerja program. Tak ramai yang ada fleksibiliti masa begini dalam menjalankan tugas. Mereka tak tahu yang dunia perkerjaan mencari versatiliti, bukan rigid person serta mampu menahan tekanan dengan baik.

Sepanjang gerak kerja program, saya banyak melakukan networking dengan pihak yang ada kaitan dengan program. Saya masih ingat lagi bagaimana saya meyakinkan pihak MPBP untuk kebenaran pemasangan banner di sekitar pekan Parit Raja secara percuma, meyakinkan PA Pengarah Jabatan Penerangan untuk terlibat sama dalam program ini walaupun gdan enrenya tiada kaitan serta berhubung dengan puluhan peniaga dan pihak berkenaan untuk mengajak turut serta dalam program.

Alhamdulillah, saya mempunyai networking yang baik sehinggalah saya sekarang walaupun sedang menjalani rawatan susulan di rumah. Saya gembira melakukan kerja ini tetapi dalam masa yang sama saya bersedih sebab tak dapat melihat program ini berlangsung dengan mata saya sendiri secara live,

Mungkin rezeki saya tiada di EFEST. Ia juga sebagai tanda saya sudahpun keluar daripada lebuhraya kepimpinan saya di UTHM. Saya menerima hakikat itu seadanya. Sesungguhnya, berpisah dengan sesuatu yang kita usahakan daripada awal dan minat adalah sangat menyakitkan daripada kemalangan itu sendiri.

Akhir coretan, saya ingin ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang menyokong saya sepanjang saya menjalankan gerak kerja program ini dipermulaan dahulu. Buat program di universiti tak dapat gaji pun, duit tambang balik Batu Pahat pun atas ihsan mak ayah saya. Mujurlah mereka memahami, kalau tidak saya tak rasa banyak persiapan EFEST boleh dilangsaikan.

Terima kasih juga buat Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Prof Madya Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff, Penolong Pendaftar, En. Ahamad Khirul Nizam Ali dan Staf CBER atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang saya melakukan gerak kerja ini.

Tahniah buat saudara Syahir dan pasukan atas kejayaan menjayakan program ini dengan baik. Anda telah buktikan yang anda telah berjaya menjadi Pengarah Program yang baik. In sha Allah, next time mesti ada buah tangan yang menarik untuk warga UTHM nikmati.

Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi buat semua.

Salam hormat,
Idham Wan Mahdi

Cerita Malam Si Ayah dan Anak


Malam tadi, semasa saya menonton rancangan The Voice 7 kt AXN, ayah menarik perhatian saya mengenai penglibatan Lo'real dlm program EFEST yg sedang berlangsung.
Ayah saya bekerja dgn boss syarikat kosmetik Silkygirl. Dia tak sangka yang Loreal sanggup turun ke Parit Raja untuk buat promosi kerana Loreal adalah jenama utk orang yang bertaraf 'Middle Class' iaitu bergaji RM10k ke atas.
Sy meminta analogi yang lebih drpd ayah ttg perkara tu. Sbg cth, lipstick Silkygirl berharga RM30, lipstick Loreal pula berharga RM70. So kita boleh nampak siapa sasaran pelanggan utk Loreal dan Silkygirl.
Akhir perbincangan, sy menyatakan bahawa strategi Loreal mudah, mereka sasarkan utk turun ke UTHM agar suatu masa nanti bila pelajar2 ni berjaya, ada income sndiri dan menjadi golongan middle class, mereka akan gunakan produk Loreal ni sbg salah satu pilihan. Bukankah mendidik pengguna ni perlu bermula daripada asas? Itulah cara usahawan berfikir.
— at Ppr Seri Semarak Setapak

Day 27 - Semua orang mahu jawatan, tapi berapa ramai yang mahu menggalas beban..


Menjadi orang yang berjawatan ini sememangnya best. Popular, dihormati, boleh mengawal, berduit dan macam-macam lagi kelebihan. Ye la, menjadi orang penting untuk sesebuah organisasi siapa yang tak mahu. Hatta seekor kucing kalau diberi layanan 5 bintang pun boleh naik minyak, apatah lagi manusia.
Cuma kita tak dapat baca hati budi masing-masing. Apakah matlamat yang mereka hendak capai dengan menjadi seseorang yang berjawatan. Apa yang ditulis dalam manifesto itu kadang-kadang hanya sekadar gula-gula sahaja. Sebagai contoh, ingin memperbaiki sistem pengangkutan dalam kampus. Tapi apa perancangan beliau untuk memperbaiki usaha itu? Boleh jadi dia sudah berfikir, ataupun hanya sebagai gula-gula supaya mahasiswa mengundi dia dengan menggunapakai isu pengangkutan sebagai batu loncatan.
Saya pernah menjaga organisasi yang mewakili hampir 2000 orang mahasiswa (kira-kira 70% penghuni kampus UTMKL) suatu masa dahulu. Dalam 63 orang jawatankuasa yang dilantik, hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang berjawatan itu menjalankan tugas mereka. Selainnya hanya setakat bersandiwara, bermegah dengan jawatan dan yang lebih menarik, menjadi pengkritik pulak bagi yang buat kerja dan mengadu domba dalam laman sosial.
Point utama yang saya katakan pada rakan-rakan saya yang mahu menceburi bidang kepimpinan, berjawatan belum tentu menunjukkan dia benar-benar buat kerja. Saya lebih suka ambil mereka yang betul-betul underground buat kerja dan ikhlas dalam memberi daripada hanya dibaluti dengan populariti.
Beban kerja sudah semestinya akan ada buat mereka yang berjawatan. Saya tak faham kadang kala ada yang menjadikan alasan terlalu terbeban ini sebagai halangan untuk mereka menjalankan tugas dengan baik. Kebiasaannya, assignment berlambak dan juga test kebiasaan menjadi alasan. Kan bagus masa nak volunteer atau nak offer diri untuk jawatan itu mereka terfikir mengenai isu-isu begini. Ianya mudah, kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai.
Saya lebih hormat anak buah yang rajin daripada ketua kpd anak buah itu yang malas dan banyak cakap. Bagi saya, menjadi ketua bukan bermakna hanya bagi arahan dan tunjuk jari semata-mata, tetapi bekerja memastikan apa yang dirancang itu berjalan. Bukan hanya takat cakap manis tapi haprak hasilnya tiada. Bidalan orang putih ada mengatakan, "Words is cheap, Action is golden".
Semoga kita sama-sama memperbaiki diri kita. Ingatan ini saya tekankan pada diri saya terutamanya dan buat rakan-rakan saya yang bergelar pemimpin amnya.
Salam hormat
Idham Wan Mahdi
Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia

Day 26 - PRK UTM


Pada ketika ini, sy sedang memerhatikan perkembangan EFEST daripada jauh, memastikan perjalanan program berjalan seperti yg dirancang dan juga memberikan nasihat apa yang perlu dilakukan kpd rakan2 saya. My highest credit goes to Syahir dan pasukan kerana berjaya memastikan EFEST dpt bermula dengan baik smlm.
Tumpuan sy turut dicuri dengan demam PRK di UTM yang telah pun bermula beberapa hari lepas. Ya sy mmg masih ambil tahu perihal UTM sebab bagi saya UTM sangat dekat di hati saya. Tahun ini menyaksikan ramai lagi kenalan saya yang bertanding. Mereka juga bermula dengan penganjuran program secara kecil2an di UTM dan menganggotai JKM / Kelab di UTM dahulu.
Jadi sy mmg tahu, suatu masa nanti jika bakat mereka ini diteruskan, in sha Allah mereka akan diangkat menjadi pemimpin. Selamat maju jaya buat rakan2 saya yang bertanding, tak kisah la sama ada drpd ProM, Aspirasi ataupun Bebas.
Bagi saya, tak mengapa berbeza fahaman politik dan ideologi, sebab manusia takkan pernah sama cara berfikir dan tak lari daripada perbezaan, apa yang penting adalah kesepakatan utk menjaga kebajikan mahasiswa. Mereka harus terus menjadi wakil yang 'bijak' utk terus memberi tekanan secara berhikmah kpd pihak universiti menyediakan kemudahan yang terbaik kepada mahasiswa, bukan akhirnya menang dan menjadi lembu dicucuk hidung.
Menjadi MPM (di UTHM, MPP) sudah semestinya mendapat perhatian drpd seluruh universiti. Pilihan berada ditangan anda, sama ada menjadi seorang pemimpin yang memahami denyut nadi siswa dan universiti, atau setakat tumpang glamour atas nama dan yang lebih teruk, menggunakan jawatan setakat kepentingan diri sendiri.
Sekali lagi, saya mengucapkan selamat berjaya kepada rakan2 saya yang menjadi MPM UTM, jika dipilih, berkhidmatlah sebaik mungkin utk yang mengundi untuk kalian dan lakukan yg terbaik demi mengangkat keunggulan universiti.
Selamat berkempen!
Salam hormat,
Idham Wan Mahdi

Saya dan Petrosains


Kali pertama saya melawat Petrosains adalah pada tahun 2003. Terima kasih kepada cikgu sekolah rendah sy yang mengaturkan lawatan ke KLCC dan Petrosains. Masa tu jakun gila dpt pergi ke bangunan berkembar tertinggi di dunia dan masuk ke muzium sains- petroleum yang serba interaktif. Sy ingat lagi yang saya x mampu beli cenderahati kat kedai cenderamata Petrosains (Xplorasi), dan akhirnya saya memilih membeli poskad gambar KLCC sebagai tanda kenang-kenangan.
Tahun 2008, selepas SPM, time happy merdeka, sy boring. Masa banyak dihabiskan dgn fb dan chatting. Ditakdirkan Allah masa chatting, ada seorg sahabat rapat maklumkan ttg peluang jd sukarelawan di Petrosains. Maka diri ini pun mencuba nasib. Bukan nak sangat pun fikir ttg gaji, tapi pengalaman. Itu kata2 smgt ayah dan mak ttg kerja sukarela kat Petrosains.
Alhamdulillah, setelah isi borang dan menunggu beberapa hari, sy dipanggil utk temuduga. Berdegup2 jantung pergi interview dgn sebuah organisasi agak popular. Temuduga dijalankan dalam bahasa Inggeris ya. Dgn berbekalkan smgt hentam sajalah, sy bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun x brapa yakin sbb jarang berbahasa inggeris.
Alhamdulillah, sy terpilih walaupun sy tahu banyak calon yg lebih baik dan yakin drpd sy. Rakan2 sy yg terpilih pun bkn calang2 punya latar blkg. Kbykan mereka adalah top student sekolah masing2 dan someone yg excel dlm setiap benda yg dilakukan dan organisasi yg disertai.
Di Petrosains, sy boleh katakan tiap2 hari belajar perkara baharu. Tiap2 pagi bekerja akan ada sesi sharing oleh staf dan volunteer ttg science facts, kemudian masuk station akan ada staf berkongsi something ttg exhibit atau isu kontemporari exhibit dgn sy dan rakan2 dan ketika engage dgn visitor pun begitu. Sesama volunteer, sama ada senior ataupun sama2 batch pun saling berkongsi ilmu. Itulah bagaimana sy belajar dan meningkatkan diri serta kemahiran sy di Petrosains.
Semangat Petrosains yg energetic dan suka berkongsi ini menjadikan pengalaman kerja saya di sana cukup menarik. Saya siap rekemen pd junior2 saya utk kerja di sana bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
Terima kasih Petrosains atas ilmu dan pengalaman yg cukup bermakna. Persahabatan, ketinggian budaya ilmu, kemesraan dan banyak lagi nilai murni dpt saya belajar di sana dan nilai2 inilah yg saya terapkan setelah masuk ke universiti. Malah saya tak ragu2 katakan, program UTM- University Social Responsibility (USR) Smart Camp di KL, Kluang dan Mini USR Kulai adalah inspirasi drpd ilmu dan pengalaman saya di Petrosains.
Thank you Petrosains for the wonderful experience. Wishing Petrosains success always. Always Creating Wonders.
— feeling motivated.

CMT Celcom yang Memualkan. Tanpa persetujuan pengguna terus laksanakan

Cuba korg call no korg sndiri, ada tak caller ringtone perempuan nyanyi lagu warisan.. dah la tak sedap, sesuka je celcom tambah...
ni cara nak off caller ringtone tu...
Dial *888# then select Music, then select Manage CMT, then select UNSUBSCRIBE. Not View/delete song.
Kalau pilihan tu x ada, balas next k...